Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan bahawa pihaknya memantau produk konjak jeli yang didakwa berbahaya dan beri risiko kepada kanak-kanak.

Menurut KKM dalam satu kenyataan, isu itu telah menjadi perhatian sejak tahun 2001 selepas mendapat laporan berhubung penjualan konjak jeli mempunyai risiko tercekik terhadap golongan itu.

Pengarah Kanan Keselamatan dan Kualiti Makanan, Norrani Ehsan berkata KKM melalui Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan memantau produk jeli dipasaran tempatan secara berterusan. Berdasarkan data pemantauan dari tahun 2018 hingga kini, sebanyak 649 produk jeli telah disampel dan 352 daripadanya adalah produk konjak jeli.

Didakwa Berbahaya & Berisiko Tercekik Pada Kanak-Kanak, KKM Pantau Produk Konjak Jeli“Enam sampel jeli telah dikesan tidak mematuhi peraturan makanan 139A dan telah dikenakan tindakan penarikan balik produk (recall) oleh KKM,” jelasnya.

Tambahnya, konjak merupakan sejenis tumbuhan yang tinggi dengan serat yang dipanggil glukomannan atau disebut juga konnyaku, konjonac atau serbuk taro atau tepung keladi.

“Industri menggunakan bahan aditif makanan tersebut yang berfungsi sebagai bahan pemekat dalam penghasilan jeli. Penambahan konjak bagi jeli adalah dibenarkan di Malaysia berdasarkan pada saiz jeli yang dihasilkan,” katanya.

IKLAN
Didakwa Berbahaya & Berisiko Tercekik Pada Kanak-Kanak, KKM Pantau Produk Konjak Jeli
Gambar Hiasan

“Produk konjak jeli mempunyai tekstur yang kenyal, sukar larut, ketika berada di dalam mulut dan sukar untuk ditelan berbanding produk jeli yang lain,” katanya.

Susulan mengambil kira risiko yang wujud, KKM menetapkan kawalan ke atas produk ini dibuat dengan menetapkan saiz dan juga amaran pada label produk.

Didakwa Berbahaya & Berisiko Tercekik Pada Kanak-Kanak, KKM Pantau Produk Konjak Jeli

Maklum Norrani, di Malaysia, keperluan produk itu tertakluk di bawah garis peraturan seperti Peraturan 139 (Konfeksi Sajian ) iaitu jeli dengan diameter melebihi 45 miliiter dan ianya boleh mengandungi konjak manakala Peraturan 139 A (konfeksi jeli terkawal) iaitu jeli dengan diameter kurang atau sama dengan 45 milimeter dan ianya tidak boleh mengandungi konjak.

IKLAN

“Selain itu, label bagi kategori 139A ini hendaklah mengandungi pernyataan AMARAN: BOLEH MENYEBABKAN RISIKO TERCEKIK dan perkataan TIDAK SESUAI BAGI KANAK-KANAK DI BAWAH UMUR 3 TAHUN,” katanya dalam kenyataan tersebut.

Didakwa Berbahaya & Berisiko Tercekik Pada Kanak-Kanak, KKM Pantau Produk Konjak Jeli
Gambar Hiasan

Sehubungan itu, KKM menasihatkan ibu bapa untuk sentiasa memantau pengambilan produk konjak jeli oleh anak-anak bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku.

KKM juga menyeru orang ramai untuk menyalurkan sebarang maklumat berkaitan penjualan konjak jeli ke Pejabat Kesihatan Daerah atau Jabatan Kesihatan Negeri terdekat atau melalui laman sesawang aduan awam KKM (http://moh.spab.gov.my) atau Facebook BKKM http://www.facebook.com/bkkmhq.

IKLAN

Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia

Didakwa Berbahaya & Berisiko Tercekik Pada Kanak-Kanak, KKM Pantau Produk Konjak Jeli

Jom, join Gathering Ibu Hamil Menawan sekarang! Banyak aktiviti dan hadiah menarik menanti dan penampilan istimewa Pn. Nad Masrom. Klik DAFTAR segera di sini https://toko.ideaktiv.com/product/gathering-mama-hamil-menawan-pama-x-numom/

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama)

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI