Meminta untuk dibelikan apa sahaja seperti mainan seakan sudah terbiasa dalam hidup anak kita. Sama seperti kita, mereka inginkan sesuatu yang menjadi kesukaan. Pun begitu didiklah anak untuk kenal Allah dan erti syukur dalam segala perkara yang mereka lakukan, baruah anak faham.

Inilah yang cuba dikongsikan oleh Dr. Rahimah Saimin. Ajar anak erti mengenal syukur dalam segala hal dan insyallah anak bukan hanya menjadi anak yang lebih matang bahkan sentiasa memahami kesusahan mak ayah malah orang lain.

Bersyukur ada diperintahkan oleh Allah SWT. Allah SWT berfirman: “Bersyukurlah akan nikmat Allah, jika benar kamu hanya menyembah-Nya semata-mata.” (Surah An-Nahl, ayat 114).


Complicated ke nak bercerita perihal agama pada anak kecil terutama bab bersyukur? Ilmuan mengatakan bahawa sesungguhnya agama Islam itu mudah dan berserdahana.

Setiap kejayaan mahupun musibah yang diterima, didik anak-anak untuk sentiasa bersyukur. Bersyukur merupakan hal yang selalu disebutkan dalam al-Qur’an. Ceritakan bahawa dengan bersyukur tentunya kita semakin ikhlas dan dekat kepada Allah SWT.

Beritahu anak mengapa rasa syukur itu penting
Ibu bapa perlu menceritakan signifikan syukur pada anak-anak. Peringatan pada kita semua sesungguhnya tidak akan ada sesuatu perkara yang terjadi di muka bumi ini tanpa keizinanNya. Oleh itu, kita sebagai hambaNya harus sentiasa menanamkan dan sifat syukur dalam diri dan menzahirkannya pada Allah SWT.

Dalam melakukan aktiviti harian, kita semua dituntut untuk memanjatkan syukur seawal pagi sejurus bangun dari tidur. Ibu bapa boleh ajarkan anak satu doa yang diajarkan oleh baginda Rasulullah SAW:

اَلْحَمْدُ ِللهِ الَّذِىْ اَحْيَانَا بَعْدَمَآ اَمَاتَنَا وَاِلَيْهِ النُّشُوْرُ
Ertinya: “Segala puji bagi Allah yang telah menghidupkan kami sesudah mati (membangunkan kami dari tidur) dan hanya kepadaNya kami dikembalikan.”

IKLAN

Kemudian, apabila mengerjakan Solat Subuh kita mulakan dengan Surah Al- Fatihah. Di dalamnya dimulai ayat: Alhamdulillah. Kita memuji-muji Allah SWT.

Berpesan-pesanlah pada anak bahawa bersyukur merupakan sifat orang-orang yang bertakwa. Firman Allah SWT mafhumnya: “Kerana itu bertakwalah kepada Allah, supaya kamu mensyukuri-Nya.” (Surah Al-Imran, ayat 123)

Ceritakan pada anak tentang keindahan bersyukur
Jangan lokek bercerita perkara baik pada anak. Jangan pernah rasa terlalu awal nak ceritakan bab agama pada anak. Dengan penceritaan dan pengisian sebegini, anak dapat menilai bahawa sifat syukur memberikan tenaga spiritual yang amat positif yang tiada tolok bandingnya. Malah bersyukur amat diperlukan untuk mengatasi perasaan sedih dan amarah.

Ingatkan anak satu pesanan berharga di mana ketika senang, kita bersyukur dan ia akan menjadikan kita terinspirasi. Tika ditimpa musibah, kita bersyukur dan kita akan dapat mengatasi situasi yang getir.

Ceritakanlah satu hadis yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari di mana Rasulullah SAW selalu solat sehingga kakinya bengkak. Apabila ditanya mengapa baginda solat sebegitu sedangkan baginda telah dijanjikan syurga, baginda bersabda: “Tidakkah patut aku menjadi hamba yang bersyukur?” Kisah-kisah teladan lain boleh diceritakan pada anak semasa dalam perjalanan ke sekolah atau semasa makan malam contohnya. Ini boleh mengisi masa lapang anak dengan pengisian yang mendatangkan faedah.

IKLAN

Didik anak untuk senantiasa menjengah ke dunia luar. Ingatkan anak-anak bahawa ramai yang mengimpikan kehidupan kita sebagai kehidupan mereka. Ramai yang menginginkan kebahagian kita kecapi kerana mereka telah menghadapi ujian yang lebih perit daripada kita. Semasa di dalam kenderaan, observe persekitaran.

Selitkan cerita perihal syukur pada observation kita. Berikan contoh authentic yang dilihat pada waktu itu. Dan panjatkan doa kepada orang lain. Sesungguhnya mendoakan kebaikan orang lain dalam keadaan dia tidak mengetahuinya, adalah amalan yang sangat mulia.
Justeru, ingatkan dan didik anak untuk syukuri segala pemberian yang diberikan oleh Allah kerana setiap musibah turun dengan seribu hikmah disebaliknya. Bersyukur dengan segala kurniaan yang diberikan oleh Allah SWT. Dia masih ingin mendengar segala rintihan kita. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar dan Maha Melihat (As-Sami’ dan Al-Bashir).

Cara Bersyukur
1. Ajar puji Allah SWT: Sebelum berdoa, didik anak untuk puji dan berterima kasih kepada Allah SWT atas setiap pemberian yang diberikan dengan melafazkan kalimah Alhamdulillah. Ini membawa kepada pengiktirafan kesyukuran dalam hati dan lafaz pada lisan.

Didik anak sejak kecil untuk membasahi lidah dengan kalimah Alhamdulillah di dalam setiap urusan harian. Contohnya, “Alhamdulillah, Thank you, Allah. Adik dah boleh membaca dan mengira.” atau “Thank you Allah for the food You gave us today.”

IKLAN

2. Ajar ucap terima kasih: Didik anak untuk ringan mulut mengucapkan rasa berterima kasih atas apa jua bentuk ganjaran yang diterima. Tidak kira besar mahupun kecil, mahal ataupun murah. Contohnya ungkapan “Terima kasih Tok, masakkan lauk kegemaran saya.” atau “Terima kasih cikgu atas tunjuk ajar cikgu.”

Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa yang telah ditolong dan berkata kepada mereka yang telah menolongnya, ‘Jazakallahu Khairan (semoga Allah membalasmu dengan kebaikan)’ telah melakukan yang secukupnya untuk membalasnya..” (Riwayat Tirmizi)

3. Ajar doa syukur: Doa yang diajarkan oleh Rasulullah SAW sejurus selepas solat:

اللَّهُمَّ أَعِنِّى عَلَى ذِكْرِكَ وَشُكْرِكَ وَحُسْنِ عِبَادَتِكَ

Ertinya: “Ya Allah, bantulah kami untuk mengingati-Mu, bersyukur kepada-Mu dan Menyembah-Mu dengan sebaiknya”

4. Beri Contoh Bersyukur: Sebagai ibu bapa, berikan contoh teladan yang baik dalam mensyukuri nikmat Allah SWT. Zahirkan rasa syukur kita di hadapan anak-anak. Sebutkan hal yang membuatkan ibu atau ayah besyukur pada hari itu. Contohnya, “Tadi mama ada tengok satu video. Video tu buat mama syukur pada Allah sebab Allah berikan mama anak-anak yang cerdik dan sihat. Bless you! Alhamdulillah.”

Dzikir juga boleh diajarkan pada anak dengan menyebut 99 nama-nama Allah (Asma’ul Husna) yang indah sebagai tanda puji dan syukur kita padaNya. Kemudian, dzikirlah bersama-sama anak di dalam kenderaan, semasa bermain atau sebelum tidur. Contohnya ar-Rahman, ar-Rahim, ar-Razzaq.

Artikel berkaitan: Elakkan Kutuk Makanan Depan Anak, Ajar Anak Erti Bersyukur, Mulakan Dengan Menghargai Makanan

Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)