Zaman serba moden dan canggih ini memerlukan kekentalan mental dan fizikal dalam mendidik anak. Ada waktunya ibu ayah terpaksa mengalah dan bermain dengan emosi serta psikologi halus yang membuatkan anak akur dengan setiap arahan yang diberikan.
Namun bukan hanya arahan yang ibu ayah harus praktikkan, ibu ayah juga perlu turut sama dalam setiap perkara dan aktiviti yang dilakukan. Barulah anak bersemangat. Ini yang dikongsikan oleh saudara Zul Fikarullah. Kita ikut mana yang tepat dan jadikan panduan dalam mendidik anak kita.
5 Tip mudah didik anak jadi Soleh Solehah
1. Tunjukkan tauladan pada anak.
Usah nasihat semata-mata sebab anak akan cepat bosan. Buat dulu atau ajak anak buat sama-sama. Baru anak semangat nak buat. Ni kau suruh anak baca Al-Quran, kau pula tergolek tengok tv. Memang tak best lah budak tu nak buat.
2. Mindset akhirat
Tanam mindset akhirat pada anak-anak. Selalu sebut Allah. Anak buat salah, kata Allah marah nanti. Suruh anak tidur awal usah kata sebab nak sekolah esok. Tukar mindset kepada akhirat kata nak bangun solat tahajud esok. Lepas tu, sekolah tetap akan pergi juga.
Ads
3. Kerap cerita tentang Sirah Nabi
Selalu cerita pada anak tentang pengorbanan dakwah Nabi saw dan para sahabat. Tanamkan rasa kekaguman kepada Nabi saw melebihi makhluk lain. Janganlah dok asyik sembang pasal K-Pop. Buang masa.
4. Kerap peluk anak.
Terutamanya si ayah. Jangan asyik peluk mak jer. Anak-anak walaupun dah besar tetap perlukan aura pelukan dan belaian seorang ayah. Anak yang sering dipeluk akan lebih tenang, kurang degil dan rasa diri mereka dihargai.
Ads
5. Jadikan doa sebagai amalan.
Nak buat apa sahaja mesti doa dahulu. Kenapa kena doa, sebab nak ajar anak bergantung hanya kepada Allah. Bukan kepada makhluk. Terangkan kepada anak kenapa perlunya berdoa dari usia mereka kecil lagi.
Sesungguhnya hidup ini teramat singkat, amalan pula tak banyak. Sebab itu perlu didik anak jadi soleh dan solehah agar ketika diri kita sudah meninggal dunia masih ada doa anak yang soleh memberi bekal ke dalam kubur kita nanti.
Ads
Lebihkan akhirat dalam hidup anak-anak maka dunia akan mengejar mereka. Bukan sahaja anak ye, diri kita juga sama.
Suruh orang buat baik memang senang. Nak suruh diri buat baik ni yang payah.
Semoga kita semua terus istiqamah dalam kebaikan sehingga akhir hayat kita.
Banyak lagi tip sebenarnya, tetapi kita mulakan dahulu yang sedikit ini jika masih belum buat. Jika sudah buat, Alhamdulillah. Boleh tambah lagi amalan baik yang lain dan jangan lupa untuk doakan orang lain juga boleh buat sama.
Biarlah kita masuk syurga sama-sama ye.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bila jadi ibu ayah ni memang kat mata anak kita paling terbaik. Tapi sudah semestinya tiada yang sempurna dalam mendidik si kecil yang sedang meningkat usia. Namun apa yang boleh kita buat adalah berikan yang terbaik untuk mereka.
Nak jadi mak ayah yang ‘awesome’ untuk anak-anak, boleh cuba 5 teknik mudah ini!
5 teknik mudah ni boleh buatkan korang jadi mak ayah yang awesome
Banyakkan senyuman dan sentiasa bercakap lemah lembut dengan anak. Ada waktunya kita perlu bertegas tapi bukan bermakna kita mesti menengking si kecil tu.
Ada kanak-kanak yang dia orang ni suka sangat terjerit-jerit. Sebenarnya sifat tu boleh jadi diwarisi daripada mak ayah yang kerap meninggikan suara bila bercakap.
Jaga betul-betul perkataan yang keluar dari mulut kita masa berada kat depan anak.
Tak kiralah walaupun waktu tu kita tengah marah sangat-sangat. Apa saja yang dilontarkan oleh lidah mak ayah, akan jadi doa yang beri kesan berpanjangan dalam hidup anak kita tu.
Selalu peluk dan cium anak. Pelukan dan ciuman akan buatkan dia rasa disayangi serta dihargai. Hatinya terasa dekat dengan mak ayah dia. Akhirnya apa saja yang kita nasihatkan mudah untuk dia dengar dan taat.
Banyakkan bercerita dengan si kecil kita tu dan dengar jugak apa yang mereka nak ceritakan.
Kita tak nak jadi mak ayah yang leka dengan dunia sendiri hingga anak lebih cenderung ceritakan masalah dengan orang luar.
Kita lakukan dulu apa yang kita nak anak kita tu lakukan.
Nak anak rajin belajar, kena tunjukkan yang kita pun rajin cari ilmu baru. Nak anak rajin baca Quran, kita dulu yang kena selalu baca Quran.
Nak anak ringan tulang rajin berkemas, kita pun sama kena ringan tulang dan selalu ajak anak kemas bersama.
Nak tak nak, wajib pesan pada pasangan masing-masing. Si kecil kita tu boleh jadi susah nak dengar apa yang kita cakap tapi mereka mudah benar nak tiru apa yang kita selalu buat.
Jom #sebarkan ilmu ni pada mak ayah yang belum tahu.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pengarah Hospital Melaka telah diarah melakukan siasatan segera berhubung kenyataan dibuat seorang lelaki dalam media sosial yang mendakwa bahawa anak saudaranya berusia kurang dua bulan mengalami tangan bengkak sehingga bernanah, selepas mendapatkan rawatan demam campak di hospital berkenaan.
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Sumber Manusia dan Perpaduan negeri, Ngwe Hee Sem berkata, dakwaan dibuat pemilik akaun Facebook dengan nama Mohamad Izwan itu yang mengatakan insiden berkenaan berpunca daripada kelalaian Hospital Melaka akan disiasat sewajarnya.
“Saya ada membaca media sosial bahawa Encik Mohamad Izwan akan mendakwa Hospital Melaka. Saya sebagai Exco Kesihatan telah mengarahkan Pengarah Hospital Melaka membuat siasatan tentang perkara ini,”
Sejak semalam, tular dalam media sosial kisah seorang bayi yang dikatakan perlu menjalani pembedahan untuk mengeluarkan nanah daripada tangannya yang bengkak.
Mohamad Izwan mendakwa, anak saudaranya dimasukkan ke Hospital Melaka kerana demam campak, namun selepas 11 hari menerima rawatan tangannya mengalami bengkak yang disifatkan sebagai kritikal sehingga bernanah.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Duit syiling berjaya dikeluarkan dari tubuh seorang kanak-kanak perempuan yang berusia 3 tahun di China setelah dia menelannya semasa bermain di rumah.
Kanak-kanak itu dikejarkan ke hospital apabila dia mengalami gejala muntah-muntah dan mual, kata ibunya kepada doktor.
Setelah doktor melakukan imbasan CT, ada sesuatu yang mengejutkan apabila gambar sinar-X mendedahkan objek bulat yang tersangkut di bahagian belakang tekak pesakit kanak-kanak ini.
Kejadian itu dimaklumkan setelah ibu bapa membawa anak itu mendapatkan rawatan perubatan di Hospital Perubatan Tradisional Cina Nanning di wilayah Guangxi.
Gadis kecil yang dipanggil manja sebagai Bei Bei, telah tinggal di rumah bersama neneknya ketika kejadian, kata sebuah laporan hospital.
Dia dikatakan mengambil duit syiling satu yuan dari meja dan menelannya sebelum nenek menyedari apa yang telah berlaku. Berdasarkan pada versi mata wang, duit syiling satu yuan biasanya berukuran sekitar 25 milimeter (0,98 inci) lebar.
Neneknya yang cemas melihat kejadian itu segera menghubungi ibu bapa Bei Bei yang kemudian bergegas pulang untuk memeriksa anak perempuan mereka.
Bei Bei telah keluar dari hospital Nanning setelah menjalani pembedahan, menurut laporan itu.
Doktor memberi amaran kepada ibu bapa mengenai bahayanya anak-anak menelan benda asing secara tidak sengaja.
“Kami ingin mengingatkan semua penjaga agar memastikan benda-benda kecil dan mainan kecil berada ditempat tinggi dari kedudukan bayi mereka supaya tidak dapat dicapai,” kata seorang doktor.
Kredit: Daily Mail
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tragedi penemuan mayat bayi di Tokyo mengejutkan dunia. Ketahui kronologi, persoalan besar yang timbul, dan mengapa masyarakat perlu lebih peka terhadap keselamatan bayi serta sokongan kepada ibu berisiko.