
Zaman sekarang, makin ramai kanak-kanak yang menghidap penyakit yang dahulunya hanya dikaitkan dengan orang dewasa, termasuk kolesterol tinggi.
Perkongsian daripada Dietitian , Nur Hafizah M Sobri ini membuka mata ramai apabila seorang kanak-kanak berusia lima tahun dikesan mempunyai berat badan berlebihan dan bacaan kolesterol yang tinggi.
BARU UMUR 5 TAHUN ADA KOLESTEROL TINGGI
Makin muda pesakit zaman ni
Teringat kes ni, sebab anak tersebut akan masuk darjah 1 tahun ni.
Dirujuk kepada saya sebab berat badan berlebihan (55kg) dan bacaan kolesterol (6.2)
.
Ditanya anak makan apa selain yang mak sebut
Kerap minum air manis macam air teh O dan sirap yang nenek buat
Kerap beli jajan dan gula gula dengan atok
Anak dijaga oleh atok nenek waktu mak ayah ke kerja dan jaraaaaang main dekat luar…banyak masa duduk dalam rumah tengok tv dan main phone.
1. Buat sekali seminggu homemade nugget/chicken chop/ pes simple untuk masak sepanjang minggu
2. Sentiasa standby buah buah di rumah
3. Jika perlu beli dari luar, beli hat ada nasi dan berlauk..wajib ada sayur.
Untuk anak
1. Jam 5-7ptg keluar rumah. Buat la apa apa, main bola ke congkak ke baling selipar ke..tak boleh duduk dalam rumah
Perlu berhenti praktis kita anak anak yang bambam adalah anak anak yang sihat.
Pembetulan: maaf typo berat adik ni..patut 55kg bukan 65kg.
Sumber: Nur Hafizah M Sobri