Kes jangkitan COVID-19 semakin meningkat dan sehingga semalam sudah mencatat angka kematian sebanyak 20 kes. Rakyat Malaysia kini sedang menjalankan Perintah Kawalan Pergerakan yang telah dilanjutkan sehingga 14 April 2020 nanti.

Sekiranya telah disahkan positif wabak tersebut, pesakit akan dikuarantin di hospital untuk menerima rawatan lanjut. Bagaimana agaknya keadaan di dalam wad kuarantin tu agaknya kan? Menerusi perkongsian oleh seorang pengguna Twitter, dia telah berkongsi pengalaman rakannya yang dikuarantin selepas disahkan positif.

Dikuarantin Kerana Positif COVID-19, Ibu Hamil Ini Kongsi Pengalaman ‘Tinggal’ Di Hospital

Seperti yang diceritakan, rakan wanita ini telah dikuarantin selama 12 hari di hospital. Rakannya, Farah Salwani, hamil tiga bulan dan tidak dibenarkan untuk menerima pelawat sepanjang tempoh kuarantin tersebut.

Dikuarantin Kerana Positif COVID-19, Ibu Hamil Ini Kongsi Pengalaman ‘Tinggal’ Di Hospital

Melalui cerita Farah, sebaik tiba di hospital, jururawat akan melakukan prosedur nasal swab (kali kedua memandangkan ujian kali pertama disahkan positif). Selain itu, sampel darah juga diambil dan pesakit akan melakukan ujian X-ray.

Keputusan NEGATIF Tapi Ada Gejala Lain, Pihak Hospital Takkan ‘Lepaskan’

Selepas tempoh 72 jam, keputusan sampel kedua akan menentukan status baharu sama ada positif atau negatif. Tidak kira apapun keputusannya, prosedur itu akan dilakukan untuk kali ketiga dan 72 jam selepas itu keputusan akan keluar.

 

Tambahnya lagi, untuk mendapat pelepasan dari pihak hospital keputusan kali kedua dan ketiga perlulah negatif. Jika tidak, prosedur ini akan diulang semula sehingga pihak hospital berpuas hati dengan keputusan yang keluar.

IKLAN

Dikuarantin Kerana Positif COVID-19, Ibu Hamil Ini Kongsi Pengalaman ‘Tinggal’ Di Hospital

Walaupun telah disahkan negatif, pesakit tidak boleh mempunyai sebarang gejala COVID-19 seperti demam, batuk, selesema atau sesak nafas. Walaupun keputusan negatif, tetapi sekiranya pesakit mengalami gejala, ujian nasal swab akan diambil semula.

Tak Boleh Ada Pelawat. Kalau Nak Beri Barang, Jururawat Hantarkan

Masuk hari keempat rawatan, Farah memberitahu yang dia sudah mulai ‘lemau’. Segala pintu dan tingkap tidak boleh dibuka dan alat penghawa dingin dipasang sepanjang masa. Apa sahaja yang diberi, Farah akan habiskan. Bukan semua ‘kena’ dengan tekaknya, ada masa Farah akan termuntah.

Dikuarantin Kerana Positif COVID-19, Ibu Hamil Ini Kongsi Pengalaman ‘Tinggal’ Di Hospital

Tiada pelawat yang dibenarkan. Jika ada yang mahu menghantar makanan, jururawat berpakaian sut lengkap yang akan ambil dan berikan kepada pesakit.

IKLAN
Sambut Birthday Sendiri

Farah juga memberitahu yang tarikh lahirnya kebetulan pada waktu dia di hospital. Memandangkan tiada sesiapa dibenarkan melawat, ahli keluarganya menghantar kek dan makanan kepada Farah.

Dikuarantin Kerana Positif COVID-19, Ibu Hamil Ini Kongsi Pengalaman ‘Tinggal’ Di Hospital

Tambah Farah, dia tidak kenal siapa pun yang memasuki wad kuarantin. Kesemua mereka memakai sut PPE (Personal Protective Equipment) yang lengkap. Semua orang kelihatan serupa baginya. Doktor, jururawat dan cleaner juga memakai sut yang sama.

Dikuarantin Kerana Positif COVID-19, Ibu Hamil Ini Kongsi Pengalaman ‘Tinggal’ Di Hospital

Hati Kena ‘Kental’, Selalu Bersedia

Katanya, di hospital perlu selalu reda dan bersedia dengan sebarang kemungkinan. Boleh jadi bila kita rasa dah boleh keluar hospital, tetapi tiba-tiba kena ambil sampel semula dan tempoh kuarantin mungkin dilanjutkan.

IKLAN

Dikuarantin Kerana Positif COVID-19, Ibu Hamil Ini Kongsi Pengalaman ‘Tinggal’ Di Hospital

Rumah Dibersihkan, Ada Pemeriksaan Kesihatan Susulan

Selepas habis tempoh kuarantin, pasukan Kementerian Kesihatan Malaysia akan menjalankan proses pembersihan di rumah pesakit. Walaupun pesakit sudah sembuh sepenuhnya, prosedur ini tetap dijalankan sebagai langkah pencegahan. Selain itu, pesakit juga akan diminta untuk menjalani pemeriksaan kesihatan susulan selepas discaj dari hospital.

Dikuarantin Kerana Positif COVID-19, Ibu Hamil Ini Kongsi Pengalaman ‘Tinggal’ Di Hospital

Difahamkan Farah kini telah sembuh sepenuhnya. Semoga kesihatan Farah bertambah baik dan segala urusannya dipermudahkan.

Dikuarantin Kerana Positif COVID-19, Ibu Hamil Ini Kongsi Pengalaman ‘Tinggal’ Di Hospital

Pa&Ma doakan agar tempoh kehamilannya dapat ditempuhi tanpa sebarang masalah dan seluruh ahli keluarga Farah bebas dari kangkitan COVID-19.

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI