Bercerita tentang kanser, ia bukanlah sesuatu yang boleh dibuat main. Kita semua tidak mahu ada kanser kerana ia penyakit berbahaya yang boleh membawa maut. Tak sanggup rasanya membayangkan diri terpaksa menjalani pelbajai jenis rawatan dan kemoterapi yang memeritkan.

Namun jika berjaya dikesan dari peringkat awal, tidak mustahil penyakit kanser ini boleh dirawat. Pesakit kanser mempunyai peluang untuk pulih dan bebas sepenuhnya dari penyakit itu. Ikuti perkongsian salah seorang cancer survivor, Dato’ Sri Nazir Razak yang kini telah bebas daripada kanser prostat.

“Alhamdulillah, saya sangat bertuah kerana kanser prostat yang saya hidapi dapat dikesan pada peringkat awal sekitar bulan Oktober 2018. Tiada sebarang simptom yang dapat dilihat dan ia dikesan ketika saya menjalani pemeriksaan prostat sebagai syarat awal pembelian insurans. Saya menjalankan ujian di London dan memberitahu doktor saya ketika itu untuk menjadualkan pembedahan saya selepas saya pulang dari bercuti. Memang tak ada rasa sakit pun, sihat je. Sampai boleh pergi bercuti dengan keluarga.”

Disahkan Kanser Prostat, Dato’ Sri Nazir Bangkit  Dengan Sokongan Keluarga. Kini Sembuh!

Beliau tidak menafikan sokongan keluarga sangat memainkan peranan penting sepanjang proses pemulihannya.

Disahkan Kanser Prostat, Dato’ Sri Nazir Bangkit  Dengan Sokongan Keluarga. Kini Sembuh!

“Bila dah dapat tahu ada kanser saya dan keluarga sangat risau. Saya juga risau kalau ada sesuatu yang tidak diingini berlaku semasa pembedahan dijalankan. Tapi saya dapat kekuatan dari sokongan keluarga dan semangat mereka itulah yang membuatkan saya sentiasa positif. Merekalah yang menyakinkan saya pembedahan itu akan berjalan lancar dan saya akan sembuh.”

Tambah Dato’ Sri Nazir, beliau mengikut nasihat doktor sepenuhnya sepanjang proses pemulihan. Berhenti merokok, jaga makan minum serta rehat secukupnya. Katanya lagi, kanser yang dihidapinya dulu memberi impak kepada gaya hidup beliau sekarang.

Disahkan Kanser Prostat, Dato’ Sri Nazir Bangkit  Dengan Sokongan Keluarga. Kini Sembuh!

IKLAN

Dek kerana terlalu fokus dengan kerjaya di CIMB, beliau mengabaikan kesihatan diri. Lebih memandang serius soal kesihatannya sekarang, Dato’ Sri Nazir kini berhenti merokok dan lebih kerap melakukan senaman. Beliau juga lebih banyak meluangkan masa dengan orang-orang tersayang dan menyedari kepentingan orang di sekeliling seperti ahli keluarga dan sahabat rapat.

Rawatan Yang Dibuat

Cerita Dato’ Sri Nazir, beliau telah menjalani ujian ‘prostate specific antigen’ ataupun ujian PSA yang boleh dilakukan dengan ujian darah. Dari ujian itu didapati bahawa tahap PSA beliau tinggi dan disyorkan menjalani MRI yang kemudian mengesahkan bahawa terdapat ketumbuhan di prostat. Selepas ujian tersebut, beliau menjalani prosedur biopsi yang mengesahkan bahawa ketumbuhan tersebut sudah tahap kanser.

“Hasil biopsi tersebut menunjukkan bahawa skor Gleason saya tinggi dan saya disyorkan untuk menjalani pembedahan dan syukur kerana pembedahan tersebut berjalan dengan baik. Oleh kerana saya melalui pemeriksaan awal, kanser tersebut masih dalam keadaan terkawal dan masih terhad pada kawasan prostat jadi barah tersebut dapat dikeluarkan. Dalam masa beberapa bulan, saya telah pulih dengan sepenuhnya.”

Mulakan Gaya Hidup Sihat

IKLAN

Dato’ Sri Nazir berkongsi, kini beliau akan makan makanan berkhasiat dan kurangkan makanan berlemak tinggi. Beliau juga akan bersenam tiga kali seminggu sama ada di rumah atau ketika bermain golf di luar.

Disahkan Kanser Prostat, Dato’ Sri Nazir Bangkit  Dengan Sokongan Keluarga. Kini Sembuh!

Tambahnya lagi, buat masa sekarang masih tiada strategi yang dibuktikan berkesan untuk mengelak kanser prostat tetapi untuk mengurangkan risiko perlu amalkan gaya hidup dan pemakanan yang sihat. Makanan seperti tomato, brokoli dan ikan adalah sangat penting untuk meningkatkan kesihatan prostat.

Nasihat Dato’ Sri Nazir kepada golongan lelaki bagi mencegah kanser prostat :

IKLAN

1. Jangan melengahkan masa lagi. Jika anda mempunyai gejala seperti kerap membuang air kecil, sukar untuk membuang air kecil ataupun mempunyai nafsu berahi (libido) yang rendah, anda harus berjumpa dengan doktor secepat mungkin.

2. Walaupun anda tidak mengalami apa-apa gejala, anda harus menjalani pemeriksaan prostat yang berkala selepas umur 50 tahun dan ke atas.

3. Selain itu, jika anda mempunyai sejarah kanser prostat dalam keluarga terdekat, anda adalah dalam golongan yang berisiko tinggi dan wajar menjalani pemeriksaan prostat yang berkala dengan doktor anda.

4. Di Amerika Syarikat di mana ujian prostat kerap dilakukan, kemungkinan golongan lelaki mendapat kanser prostat adalah 10%. Ingat, hanya lelaki berisiko mendapat kanser prostate, dan mampu diselamatkan jika dikesan dan dirawat dengan awal.

Jangan lupa juga untuk saksikan Power Talk Fight Against Cancer pada 18 Nov 2020 secara live di fb Mingguan Wanita.

Disahkan Kanser Prostat, Dato’ Sri Nazir Bangkit  Dengan Sokongan Keluarga. Kini Sembuh!

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI