Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) menganjurkan Program Jualan Rahmah Madani (PJRM) ‘Back To School’ di seluruh Malaysia sempena cuti sekolah dan persiapan sesi persekolahan 2025 yang diadakan sebanyak 243 kali di seluruh negara.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd. Ali, berkata program ini menawarkan pelbagai barangan keperluan sekolah pada kadar diskaun antara 10 hingga 30 peratus di pasar raya dan pusat beli-belah terpilih.
“Saya berharap inisiatif ini dapat membantu ibu bapa menjimatkan perbelanjaan dalam menyediakan kelengkapan persekolahan anak-anak,” katanya dalam hantaran di Facebook petang semalam.
Menurut Armizan, jualan ini meliputi pelbagai barangan seperti pakaian sekolah, pakaian kokurikulum, kasut, alat tulis dan keperluan lain yang boleh diperoleh pada harga lebih berpatutan.
Berikut merupakan info grafik lokasi bagi Perlis dan Putrajaya sepanjang bulan Febuari untuk Program Jualan Rahmah Madani (PJRM) ‘Back To School’ tahun ini mengikut negeri.
Perlis
Putrajaya
Manakala negeri-negeri lain adalah seperti berikut:
Tarikh: 22 Februari 2025 (Sabtu)
Lokasi: Masjid Negara Malaysia
Masa: 9.00 pagi – 12.30 tengah hari
Apa yang anak anda akan dapat?
✅ Sijil Penyertaan
✅ Goodies Istimewa Bintang Kecil
✅ Makanan disediakan
Bayaran hanya RM50! Terhad kepada 200 peserta sahaja! Jangan lepaskan peluang ni! Tempat terhad, daftar segera! Untuk maklumat lanjut, hubungi: 019-6222989 (Nor)
Hari pertama sekolah selalunya jadi momen penuh emosi untuk mak ayah. Ada yang sibuk urus uniform, ada yang tak keruan sebab anak tak nak lepas tangan, dan ada juga yang sediakan bekal istimewa sebagai tanda semangat untuk si kecil.
Itulah yang dilakukan oleh usahawan dan pempengaruh media sosial, Farah Wen, bila dia kongsi bekal istimewa anaknya untuk hari pertama sekolah. Menariknya, bekal tersebut bukan biasa-biasa , siap ada caviar!
Posting Farah itu terus mencuri perhatian netizen. Ramai yang terkejut dengan “kemewahan” lunch box anak-anaknya. Ada yang bergurau dalam ruangan komen:
“Lunch box siap caviar ye, harga satu bekas dah pengsan, kalau tiga…” 😭😭😭
Ada juga yang berseloroh membayangkan suasana di sekolah:
“Wei kau makan apa untuk rehat?” “Aku makan caviar.”
Inspirasi Untuk Mak Ayah Lain
Tak kisahlah sama ada bekal itu nasi goreng kampung, roti sapu kaya, atau caviar sekali pun, yang penting adalah usaha dan kasih sayang di sebaliknya.
Pa&Ma percaya setiap bekal adalah tanda cinta seorang ibu bapa walaupun nampak kecil, ia boleh jadi memori besar untuk anak sampai bila-bila.
Kisah Farah Wen ni mungkin nampak “glam” bagi sesetengah orang, tapi mesej utamanya jelas, setiap mak ayah ada cara tersendiri untuk buat anak rasa istimewa. Yang penting, anak-anak tahu mereka disayangi dan disokong sepenuhnya. ❤️
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Satu lagi kes penderaan kanak-kanak yang menyayat hati telah berlaku di Taman Malkop, Silibin, Ipoh, apabila seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun maut dipercayai akibat didera oleh ibu bapa angkatnya.
Mangsa Baru Dua Bulan Bersama Ibu Bapa Angkat
Menurut Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Abang Zainal Abidin Abang Ahmad, mangsa baru sahaja tinggal bersama pasangan suami isteri berusia 27 dan 66 tahun itu sejak April lalu.Kanak-kanak tersebut merupakan anak kepada rakan wanita terbabit.
Jiran Kerap Dengar Tangisan dan Jeritan
Gambar sekadar hiasan
Jiran tetangga melaporkan sering mendengar tangisan dan jeritan dari rumah pasangan tersebut.Seorang jiran, Mohd Zezeli Abdul Latif, 58, menyatakan bahawa isterinya kerap mendengar tangisan kanak-kanak itu serta suara seorang lelaki dalam nada tinggi seakan menjerit ketika berada di halaman rumah.Beliau juga menyatakan bahawa bapa angkat mangsa tidak ramah dengan jiran tetangga.
Mangsa Dihantar ke Hospital dalam Keadaan Tidak Sedarkan Diri
Pada 10 Jun, mangsa dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) dalam keadaan tidak sedarkan diri dan disahkan meninggal dunia selepas itu.Pemeriksaan lanjut mendapati terdapat kesan lebam di seluruh anggota badan mangsa yang disyaki dipukul dengan objek tumpul.Hasil bedah siasat mengesahkan punca kematian adalah disebabkan pelbagai kecederaan akibat objek tumpul.
Pasangan Suami Isteri Direman untuk Siasatan
Susulan kejadian itu, pasangan suami isteri tersebut telah ditahan oleh pihak polis dan direman selama enam hari bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dengan niat.
Kes ini sekali lagi mengingatkan kita tentang pentingnya kesedaran masyarakat dalam melaporkan sebarang tanda-tanda penderaan kanak-kanak.Jika anda mengesyaki sebarang bentuk penderaan terhadap kanak-kanak, sila laporkan kepada pihak berkuasa atau hubungi Talian Kasih di 15999.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Di sebalik air yang tenang, rupanya tersimpan duka paling dalam. Malang tak berbau, tragedi ini meragut pelajar tingkatan tiga.
Khabar duka ini tular semalam di media sosial. Remaja Tingkatan 3 dipercayai ditarik dan dibaham oleh buaya ke sungai berdekatan Sekolah Kebangsaan Sungai Talam, Bandar Indera Mahkota, Kuantan, Pahang.
Sejak malam tadi, video di sekitar kawasan kejadian tersebut mula dimuat naik oleh penduduk di sana ke platform media sosial
Difahamkan, insiden menyayat hati ini berlaku ketika Abi sedang memancing di kawasan sungai tersebut. Beberapa pihak mendakwa kehadiran buaya mungkin berpunca daripada jaring ikan berisi ayam mentah yang diletakkan oleh individu tidak dikenali satu perbuatan yang kini dipersoal hebat oleh masyarakat setempat.
Difahamkan jasad mangsa telah dikesan, namun proses membawa naik masih berdepan kesukaran. Orang ramai yang mendengar berita terus membanjiri lokasi untuk melihat pihak bomba mengendalikan kejadian terbabit.
@myramanja2Allahuakbar kawan sekolah anak aku baru tgktn 3 kena baham buaya😭
Salam takziah buat keluarga Abi. Semoga rohnya ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman dan diberi keampunan oleh-Nya. Salah seorang rakan turut berkongsi kesedihan di TikTok, mengenang sahabat yang pergi terlalu awal. Pihak penyelamat bagaimanapun masih belum mengeluarkan kenyataan rasmi ketika ini
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Amaran METMalaysia meramalkan hujan berterusan di enam negeri sehingga 8 Disember. Ketahui tip keselamatan penting untuk melindungi anak-anak ketika cuaca buruk.