
Ibu ayah mana yang tak nak beri yang terbaik untuk anak-anak. Kita sanggup buat apa sahaja asalkan mereka membesar dengan baik, pandai belajar dan yakin dengan diri sendiri. Tapi kadang-kadang, ada anak yang nampak “lambat sikit” membaca, sukar menulis atau susah faham apa yang diajar bukan sebab mereka malas tapi mungkin ada sesuatu yang kita terlepas pandang.
Perkongsian ini diambil daripada laman rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia sebagai satu bentuk kesedaran untuk ibu bapa tentang disleksia kanak-kanak yang sering berlaku tanpa disedari.
Jika anak-anak anda mengalami kesukaran membaca, menulis ataupun memahami sesuatu benda, mungkin mereka sedang mengalami sejenis masalah pembelajaran khusus yang kerap berlaku, iaitu disleksia kanak-kanak.
Disleksia bukan penyakit, tapi ia berkaitan dengan perbezaan cara otak berfungsi khususnya dalam menghubungkan simbol visual (huruf/perkataan) dengan bunyi.
Maksudnya, anak nampak huruf… tapi otak mereka “proses” dengan cara yang berbeza. Ini menyebabkan mereka mengambil masa lebih lama untuk memahami pembelajaran asas berbanding kanak-kanak lain.
Ramai ibu ayah ingat…
“Alah, nanti besar pandai la tu”
“Tunggu je, dia lambat sikit je…”
Hakikatnya, intervensi awal sangat penting dalam menangani disleksia kanak-kanak.
Kalau dibiarkan:
Lebih awal ia dikenal pasti, lebih mudah untuk membantu anak menyesuaikan diri dengan kaedah pembelajaran yang sesuai.
1. Jangan panik, tapi jangan ambil ringan
2. Perhatikan perkembangan anak dari awal
3. Jika nampak tanda-tanda, segera rujuk pegawai perubatan atau pakar
Diagnosis awal boleh bantu:
Selain itu, ibu ayah juga digalakkan untuk bekerjasama dengan guru bagi memastikan anak mendapat sokongan berterusan di sekolah dan di rumah.
Anak disleksia bukan kurang bijak… Mereka cuma belajar dengan cara yang berbeza. Dalam banyak keadaan, disleksia kanak-kanak tidak dapat dilihat secara fizikal, tetapi kesannya sangat besar terhadap emosi dan pembelajaran anak. Kadang-kadang, yang mereka perlukan bukan tekanan… tapi ibu ayah yang faham, sabar dan percaya pada mereka
Sumber: KKM