Menjadi seorang ibu adalah perkara paling gembira bagi seorang wanita. Anak sihat dan comel menjadi impian kita. Namun, jika kita diuji dengan anak yang sakit, ia mendatangkan kebimbangan dan kemurungan.
Begitulah apa yang terjadi kepada Puan Zuriah dahulu sewaktu anak keduanya mengalami ekzema dan alergi yang teruk bermula pada usia 3 bulan.
Menjaga anak ekzema memanglah memerlukan kesabaran yang tinggi, lebih-lebih lagi ekzema yang teruk. Ia sangat mencabar. Kerja-kerja rumah pun terpaksa dibuat tergesa-gesa kerana anak tidak boleh ditinggalkan bersendirian dalam jangka masa lama. Jika tidak, anak akan mula menangis dan menggaru sehingga berdarah.
Ibubapa perlu tahu bagaimana cara untuk membantu melegakan anak yang resah dan tidak selesa dengan keadaan kulitnya yang gatal. Di sini saya akan berika tips-tips bagaimana saya sebagai seorang ibu menjaga anak ekzema dan alergi.
Harap info ini akan memberikan sedikit sebanyak panduan untuk ibu-ibu yang masih baru menghadapi masalah yang sama.
1. Kebersihan.
Kebersihan adalah paling utama yang perlu dijaga. Rumah perlu sentiasa dibersihkan lebih-lebih lagi anak ada alergi terhadap habuk. Sarung bantal da cadar perlu kerap ditukar. Elakkan menggunakan karpet di rumah jika anak alergi dengan habuk kerana karpet memerangkap habuk.
Ads
2. Pastikan kuku sentiasa dipotong pendek.
Kuku yang panjang menyebabkan kulit mudah luka apabila digaru.
3. Sapukan pelembap dengan kerap.
Kulit ekzema akan melalui fasa kulit kering. Kulit yang kering perlu kerap disapu pelembap kerana jika tidak, kulit akan gatal dan menyebabkan anak menangis tidak selesa. Jika duduk di dalam bilik berhawa dingin, pelembap perlu disapukan dengan lebih kerap. Ini kerana udara kering menyebabkan ruam menjadi lebih teruk. Pelembap perlu dipilih dengan teliti dan pastikan ia serasi dengan anak. Pelembap yang berasaskan bahan semulajadi adalah yang terbaik.
4. Ubah diet pemakanan.
Pemakanan anak perlu dititikberatkan kerana ia sangat memberi kesan. Ketahui apa makanan yang anak alergi. Ibu boleh membawa anak membuat ujian alahan diklinik atau lakukan ujian sendiri iaitu 4-days rule. 4-days rule ialah proses di mana ibu hanya memperkenalkan sejenis makanan sahaja dalam satu-satu masa. Contohnya anak makan ayam sahaja dalam 3 hari pertamakemudian hari keempat barulah ditukar kepada menu yang lain. Ekzema dan alergi inisaling berkait, jadi bila termakan makanan yang salah, ia menyebabkan ruam semakin teruk. Makanan yang kebiasaan menjadi alahan kepada pengidap ekzema ialah seperti produk tenusu, kekacang, telur dan gandum. Jadi ibu perlu berhati-hati dengan makanan ini. Pilih pemaknan sihat dan elakkan makanan berproses, tinggi gula, pewarna dan pengawet. Sebaiknya plih makana organik. Kenali makanan yang membantu pemulihan kulit. namun setiap orang tidak sama, jadi ibu perlu buat percubaan yang mana anak boleh makan dan tidak boleh makan.
Ads
5. Balut.
pembalutan amat membantu anak lebih selesa dan kurang menggaru. Ibu boleh membalut kulit di bahagian ekzema dengan kain kapas yang bersih selepas menyapu pelembap dan krim. Ini akan membantu mempercepatkan proses pemulihan kulit kerana anak kurang menggaru. Tangan anak boleh dipakaikan sarung tangan yang berkain lembut, contoh seperti sutera. ini supaya dapat mengurangkan luka jika anak menggaru.
6. Kurangkan aktiviti dalam cuaca panas.
Cuaca panas akan membuatkan anak tidak selesa. Sebaiknya ibubapa elakkan anak berada di cuaca panas terik kerana ia menyebabkan ruam semakin teruk.
7. Pakaian.
Pilih pakaian yang selesa. Kain kapas yang paling sesuai dan kain tidak terlalu tebal kerana ia menyebabkan peluh dengan cuaca panas di negara kita.
Ads
8. Produk penjagaan kulit.
Sebaiknya produk kegunaan harian seperti sabun mandi, pencuci pakaian, krim dan pelembap perlu dipilih yang semulajadi, tanpa bahan merbahaya, tanpa sls, pewarna dan pewangi sintetik. Bahan-bahan ini boleh menyebabkan radang kepada kulit ekzema dan menyebabkan kulit akan lambat pulih.
Menurut pakar, ekzema tidak boleh sembuh. Kemungkinan ekzema akan dibawa sehingga dewasa. Namun bagi saya, ia boleh dikawal dengan kaedah yang diyatakan di atas. Seperti anak saya sendiri, Muhammad Fansuri. Anak saya sembuh selepas mengawal pemakanan dan menggunakan produk yang serasi. Muhammad Fansuri sembuh pada umur 3 tahun kerana sebelum itu saya belum tahu banyak perkara bagaimana membantu anak pulih dengan segera. Saya harap ibu bapa lain dapat gunakan tips ini sebagai panduan dalam membantu anak ekzema. Saya doakan anak ibu-ibu sekalian segera sembuh dan dapat jalani kehidupan dengan gembira.
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kerosakan atau karies gigi boleh bermula sebaik sahaja gigi pertama tumbuh dan terdedah kepada persekitaran mulut. Adalah amat penting untuk memastikan bahawa gigi dan gusi dibersihkan secara rutin bagi mengurangkan proses kerosakan.
Ramai ibu bapa yang beritahu anak gosok gigi tiap hari tapi kenapa boleh rosak? Berbalik pada hal ini, ibu bapa kena tahu bagaimana cara anak gosok gigi. Ini penting untuk memastikan gigi anak bersih dan tak mudah rosak.
Little boy brushing his teeth.
Kebiasaannya ibu bapa akan paksa anak gosok gigi waktu pagi sahaja sedangkan waktu malam masa yang sangat perlu untuk menggosok gigi.
Menurut Dr Mohd Hisyammuddin posisi memberus gigi anak sangat penting untuk memastikan bakteria tidak menjadi punca kepada karies gigi. Berikut antara perkongsiannya.
Seperti yang dijanjikan, saya akan berkongsi berkenaan posisi untuk memberus gigi anak-anak kita sekaligus dapat memantau sebarang masalah yang terdapat dalam mulut anak-anak kita terutamanya karies gigi (gigi berlubang).
Untuk posisi A, saya cadangkan diaplikasikan kepada anak-anak dibawah umur 4 tahun dan teknik ini seboleh-bolehnya perlu dimulakan seawal gigi pertama mula tumbuh. Dengan posisi ini, anak-anak Insyaallah akan memberikan kerjasama (mungkin di peringkat awal, kaedah ini seolah-olah seperti “paksa rela”) dalam membantu proses memberus gigi dengan lebih berkesan.
Untuk posisi B pula, digalakkan untuk diaplikasikan kepada anak-anak yang berumur 5 tahun ke atas (atau yang boleh memberikan kerjasama sepenuhnya)
Datin Zizie Izette selamat bersalin anak keduanya. Katanya pengalaman melahirkan kali ini lebih mudah.
Dalam satu entri terkini di Instagramnya, Zizie berkongsi berita kegembiraan itu dan rasa syukurnya atas kelahiran bayi perempuannya seberat 3.32kg pada tengah hari tadi.
Bayi dalam keadaan sihat dan Zizie mengucapkan terima kasih kepada semua yang mendoakannya.
My baby girl has finally arrived today, Friday at 12:06pm. She’s a healthy baby weighing 3.32kg. “Thank god, it’s a lot easier than what I hv experienced before. Alhamdulillah, thank u everyone for your doa.
Dalam aplikasi Insta Story, turut dimuatkan sekeping foto saat di dalam bilik pembedahan di mana Datuk Bung Mokhtar mendukung bayi mereka.
Zizie sebelum ini mempunyai anak kembar Aadam Zac Izette & Aaleph Zeke Izette, 1 tahun dan dua anak angkatnya Naila Nurjenna, 4 tahun dan Aaric Zayn Izette, 2 tahun.
Instagram Zizie dihujani ucapan tahniah, ucapan kesyukuran dan doa daripada rakan artis dan para peminat atas kelahiran bayi perempuannya.
RAMAI ibu ayah mungkin pernah lalui situasi anak suka menonton TV atau YouTube dengan volume yang terlalu kuat. Kadang-kadang kita fikir ia sekadar tabiat biasa, mungkin anak terlalu seronok menonton. Tetapi, menurut pakar, ia boleh jadi tanda awal masalah pendengaran yang tidak boleh dipandang ringan.
Perkongsian daripada Dr Hannani Kamarudin, seorang doktor yang juga ibu, membuka mata ramai. Beliau sendiri berdepan pengalaman ini apabila anaknya, Ahsan, mula menunjukkan tanda-tanda kurang mendengar walaupun baru berusia empat tahun.
Rupanya Masalah Cecair Dalam Telinga Tengah
Menurut Dr Hannani, beliau mula perasan ada sesuatu yang tidak kena apabila Ahsan sering menaikkan bunyi YouTube terlalu kuat. Pada awalnya, beliau menyangka telinga anaknya tersumbat dengan earwax (taik telinga). Namun selepas dibawa berjumpa pakar ENT, pemeriksaan menunjukkan tiada masalah earwax.
Ujian audiometri yang dijalankan pula mendapati bacaan ‘flatline’, iaitu tanda kehilangan pendengaran jenis konduktif (conductive hearing loss). Masalah sebenar ialah cecair terkumpul di telinga tengah akibat saluran eustachio tersumbat.
Keadaan ini dikenali sebagai otitis media effusion (glue ear). Jika dibiarkan, ia boleh menyebabkan telinga kerap dijangkiti kuman, radang berulang, kelewatan bercakap, masalah pembelajaran dan tingkah laku kerana anak tidak mendengar dengan baik.
Dalam kes Ahsan, doktor mencadangkan dua pilihan rawatan: prosedur miringotomi (membuat lubang kecil pada gegendang telinga untuk keluarkan cecair), atau penggunaan Otovent (balon tiub).
Otovent dipilih kerana ia lebih selamat, mudah dan sesuai untuk kanak-kanak. Ia adalah alat berbentuk tiub dengan belon kecil. Anak akan meniup belon itu melalui hidung, dan proses ini membantu membuka saluran eustachio, sekali gus mengeluarkan cecair yang terkumpul dalam telinga tengah.
Kelebihan Balon Otovent
Alternatif tanpa pembedahan, sesuai untuk kanak-kanak kecil.
Mengurangkan cecair telinga tengah, membantu pulihkan pendengaran.
Mudah didapati di farmasi atau platform online.
Kos efektif dan boleh digunakan di rumah dengan pemantauan ibu bapa.
Disyorkan pakar ENT sebagai rawatan awal sebelum pembedahan.
Malah, kajian Cochrane (2015) mendapati penggunaan Otovent berkesan mempercepatkan pemulihan daripada otitis media effusion. Kajian di Sweden pula melaporkan sekitar 50% kanak-kanak berjaya elak pembedahan grommet selepas menggunakan Otovent.
Tanda Awal Masalah Pendengaran Pada Kanak-Kanak
Ibu ayah perlu lebih peka dengan tanda berikut:
Anak selalu menaikkan volume TV atau gajet terlalu kuat.
Sukar fokus atau lambat respon bila dipanggil.
Sering ulang perkataan “ha?” atau “apa?”.
Pertuturan lambat atau pelat tidak sesuai dengan usia.
Kelihatan ‘blur’ bila berada dalam suasana bising.
“Kalau anak selalu berhingus, selsema berulang atau volume televisyen terlalu kuat, jangan anggap ia perkara kecil. Cepat-cepatlah bawa jumpa pakar ENT dan buat pemeriksaan pendengaran,” pesan Dr Hannani.
Jangan Tunggu Sampai Terlambat
Pendengaran yang jelas sangat penting untuk perkembangan bahasa, komunikasi dan prestasi akademik anak. Jika ibu ayah mula perasan tanda-tanda awal, segera dapatkan pemeriksaan pakar. Rawatan mudah seperti balon Otovent boleh membantu anak pulih lebih awal tanpa perlu melalui prosedur pembedahan.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Amaran METMalaysia meramalkan hujan berterusan di enam negeri sehingga 8 Disember. Ketahui tip keselamatan penting untuk melindungi anak-anak ketika cuaca buruk.