DIY Rak Bertingkat Guna Bakul Kedai Eco, Modal Tak Sampai RM15, Rumah Lebih Kemas & Teratur

Share

DIY Rak Bertingkat Guna Bakul Kedai Eco, Modal Tak Sampai RM15, Rumah Lebih Kemas & Teratur

Rak bertingkat mampu menjadikan susun atur kediaman lebih kemas selain menjimatkan ruang. Bagi rumah yang memiliki keluasan yang terhad, rak bertingkat sangatlah membantu.

Ruang penstoran atau penyimpanan yang terhad merupakan salah satu punca kediaman kelihatan tidak teratur dan bersepah. Selain itu, permasalahan ini juga boleh dikatakan berpunca dari kegagalan pemilik kediaman untuk menyediakan tempat menyimpan yang khusus bagi barang-barang tertentu.

Apa pula penyelesaian jika kabinet, almari serta laci yang terdapat dirumah sudah penuh tetapi barang sentiasa bertambah? Jangan risau, kerana anda boleh jadikan perkongsian saudari Sentuhan Dania yang diilhamkan sendiri ini sebagai inspirasi.

Selain mendapat solusi ideal bagi menambah ruang penstoran, anda juga dapat jimat banyak! Dengan bajet keseluruhan tidak sampai RM15 pun, kediaman berjaya diubah menjadi lebih kemas tersusun.

Jom kita cuba bersama.

Hasil DIY hari ini..
Dengan bersungguh-sungguh saya ke kedai ECO.
Bakul tu 1 ikat RM2.40, ada 2 bakul
Cable tie pun beli di ECO sahaja. Kayu pula, saya ambil saja di stor saya.
Modal semua tak sampai RM15, marilah kita berjimat..

BAHAN DAN KOS YANG DIPERLUKAN;

4 set bakul (8 bakul keseluruhan)
1 set ada dua bakul
3 atau 4 batang kayu
Cable tie dan roda (optional)

 

 

 

CARA-CARA MEMBINA RAK BAKUL BERTINGKAT

Ikatkan kayu pada bakul menggunakan cable tie. Boleh guna tiga atau empat batang kayu. Jika mahu lebih stabil, boleh guna empat batang kayu.

INILAH HASILNYA:

Memang menarik idea ini. Anda juga boleh serlahkan kreativiti dengan mengecat rak bakul mengikut citarasa masing-masing. Pasti lebih menarik!
Selamat mencuba, semua.

Sumber: Sentuhan Dunia

IKLAN