Bila bercerita pasal tudung, isteri mula pening bila mana tudung dan shawl tiada tempat untuk disimpan. Sudahnya tudung hanya dilipat dan diletakkan dalam laci sahaja.
Idea suami kepada Pn Hana Farhana yang menyediakan ruang khusus untuk menyangkut tudung buat isteri tersayangnya ini sudah cukup menggembirakan hati isteri.
Dengan modal yang sedikit malah tanpa menggunakan perbelanjaan yang banyak pun sudah mampu menggembirakan hati isteri. Paling bijak, suami Pn Hana hanya menggunakan barangan dari kedai Eco dan Mr DIY sahaja. Memang jimat!
Yeayyyyy. En Suami DIY kan rak tudung guna pallet terpakai je. Asalnya area tu tempat sidai towel mandi.
Ads
Rod beli kat DIY, hanger eco, nak borong lagi tapi tak dapat-dapat. Daun gantung eco, bakul storage tengah tunggu sampai.
Belum habis deko lagi, tapi tak sabar nak share kat sini..hihihi. Tersusun la sikit tudung-tudung kat sini. Kalau tidak sakit mata.
Edited: Pic sebelum deko dan selepas deko sikit-sikit. Try mix dan matchkan je.
Ads
Lampu eco, memang praktikal lampu eco ni. Nak letak 2 biji pun boleh lampu tu, bakul hitam eco, rattan basket beli kat shopee.
Storage tu ambil anak punya jap m & m kat sini, ada mainan dia kat dalam tu.
Idea rak tudung ini memang awesome! Simple, jimat tapi cukup kemas!
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bab minum susu, pilihan susu yang terbaik sentiasa menjadi perbincangan. Bagaimanapun dalam hal ini, ada satu fakta yang mungkin ramai tak tahu iaitu betul ke minum susu hari-hari tak elok? Bunyinya macam tak logik, tapi fakta ini mungkin satu ilmu baru buat kita semua.
Menerusi perkongsian Dr Mazliana Mazlan, mungkin dapat membantu anda sebagai ibu bapa yang masih tertanya-tanya.
Saya suka minum susu, dan saya agak tak percaya pada awalnya susu boleh buat keradangan pada badan.
Saya minum susu setiap hari waktu mengandung anak pertama. Saya sihat seperti biasa, tak salah pun nak minum susu setiap hari. Itu yang saya fikir waktu itu.
Sampailah anak saya yang baru berusia 2 minggu, berkahak. Saya sangat pelik macam mana anak kecil yang hanya minum susu ibu boleh dapat kahak, berbunyi pulak tu di dada.
Saya tanya senior sekolah menengah yang punya anak yang agak ramai dan mengamalkan healthy eating, Kak Husna Omar. Beliau sarankan saya cuba stop minum susu, dan tengok perubahan pada anak. Saya ambil susu hari-hari sewaktu pantang bersalin, kononnya nak banyakkan production susu.
Amazingly, kahak anak saya hilang terus lepas 3 hari saya stop minum susu. Mungkin Allah nak tunjuk pada saya ada baiknya saya hentikan penggunaan susu secara harian. Haa, dah tak percaya sangat susu bawak keradangan, sekali dah jadi kat anak sendiri kesan dia, baru sedar diri kan.
Bermula dari situ, saya mula buang sedikit demi sedikit ilmu apa yang saya tahu berkenaan susu sejak dari kecil. Dan saya juga masukkan info dan fakta yang baru.
Saya kongsikan 10 info tentang susu yang patut difikirkan jika kita atau anak-anak menjadikan susu sebagai minuman harian
1. Susu adalah salah satu real food yang betul-betul sempurna, untuk spesis yang sama sahaja. Susu manusia sempurna untuk anak manusia. Susu lembu sempurna untuk anak lembu. Susu kambing sempurna untuk anak kambing. Susu unta sempurna untuk anak unta. Dan manusia pula, adalah satu-satunya spesis di dunia yang minum susu dari pelbagai spesis. Hebat kita manusia ya.
2. Lebih dari 75 peratus manusia di dunia menghadapi masalah lactose intolerance. Badan kekurangan enzim lactase untuk mencerna lactosa dalam susu, menyebabkan simptom seperti sakit atau kembung perut, muntah, cirit-birit dan sebagainya.
3. Negara yang paling kurang penggunaan susu mempunyai kadar osteoporosis yang paling rendah. Contoh di Africa dan Asia.
4. Kajian menunjukkan, mereka yang mengambil produk tenusu dalam kuantiti berlebihan akan berisiko mendapat kanser prostat lebih 30 – 50 peratus. Produk tenusu akan meningkatkan kadar IGF-1 dikenal sebagai pemangkin kanser. Perkara yang sama juga untuk kanser payudara.
5. Kalsium dalam susu bukan satu-satunya sumber untuk kuatkan tulang. Vitamin D lebih penting dari kalsium untuk kesihatan tulang.
6. Susu mengandungi 2 jenis protein, whey dan casein. Protein casein pula terbahagi kepada dua iaitu protein casein A1 dan protein casein A2, bergantung pada susu dari jenis lembu yang berbeza.
7. Casein A1 datang dari susu lembu jenis Holstein, Freisian yang ada di Amerika Syarikat, Australia, New Zealand dan Eropah. Baka lembu jenis ini menghasilkan susu yang lebih banyak menjadikan ia sebagai pengeluar utama susu di dunia.
8. Casein A2 datang dari susu manusia, baka lembu jenis Jersey dan Guernsey, susu kambing dan susu unta. Lembu jenis ini biasanya lembu kampung warna coklat yang tak famous berbanding lembu putih bertompok hitam yang selalu kita nampak di kaca TV.
9. Casein A1 lebih memberi keradangan berbanding casein A2. Ia berbeza dari segi komposisi lactose dan fatty acid yang ada dalam kedua-dua susu.
10. Susu kambing adalah pilihan yang lebih baik berbanding susu lembu. Ia mudah dihadam dan kurang menyebabkan masalah susah dicerna.
Tak minum susu dan beri susu pada anak secara harian lepas mereka diberhentikan dari susu ibu adalah pilihan saya. Saya buat begini selepas saya tahu tentang keburukan lebih banyak dari kebaikan yang ada.
Jika kalian ada pendirian sendiri dan merasakan tiada masalah untuk ambil susu secara harian, boleh teruskan seperti biasa. Kita raikan semua pendapat. Gitu.
Jika nak beri anak susu secara harian lepas umur 2 tahun, atau ibu mengandung dan menyusu nak minum susu hari-hari, cari antara pilihan yang terbaik.
Pilihan di tangan kita. Masih ada banyak pilihan susu yang baik untuk diminum.
Bantu saya #share posting ini ya, supaya ramai ibu ayah lebih ambil berat tentang susu yang kebanyakannya menjadi minuman harian anak-anak. Banyak betul penyakit metabolik akan datang bila anak meningkat usianya nanti.
Kredit: Dr Mazliana Mazlan
Masih juga minum susu dan beri anak minum susu.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bengkak susu, elak letak kubis dan guna pam. Masalah bengkak susu adalah keadaan biasa yang dialami oleh ibu yang menyusukan bayi, terutamanya dalam minggu-minggu awal selepas bersalin.
Walaupun ia merupakan sebahagian daripada proses penyusuan, bengkak susu boleh menyebabkan ketidakselesaan, kesakitan, dan kadang-kala komplikasi yang lebih serius seperti mastitis.
Keadaan ini sedikit sebanyak turut mempengaruhi kondisi puting payudara. Bayi mungkin akan berasa sedikit sukar untuk melekap seperti biasa akibat puting yang tenggelam.
Nampak remeh, tetapi sebenarnya bengkak susu tidak patut dianggap ringan kerana ia boleh menyebabkan masalah yang lebih serius seperti mastitis sehingga memerlukan pembedahan.
Menurut Kaunselor Laktasi, Ziela Juzaila, bengkak susu memang sakit dan jangan dibiarkan lama. Boleh melarat dan jadi lebih teruk lagi. Daripada bengkak boleh jadi mastitis. Jika tidak dirawat awal jadi bernanah sehingga perlu pembedahan.
Bagaimanapun, ada ibu yang mengamalkan petua dari orang tua-tua untuk menghilangkan bengkak tersebut tetapi tak tahu kesan disebaliknya.
ELAK MAKAN KUBIS
Kubis ada enzim yang boleh mengecutkan kilang susu dan boleh mengurangkan susu ibu. Sekiranya masih mahu letak juga, sekejap cukup.
ELAK GUNA PAM
Elak guna pam sebab memerah guna pam boleh menyebabkan bengkak lambat surut dan malah boleh makin melarat. Perah guna tangan. Tangan kita boleh merasai setiap satu saluran pada breast. Tangan kita juga panas yang boleh melancarkan aliran susu yang tersumbat. Sedutan pam tidak sama langsung dengan perah guna tangan. Bila breast dah berasa agak lembut, gunalah pam dengan mode yang ringan.
TUKAR POSISI MENYUSU
Tukar posisi menyusu, supaya semasa menyusu sebelah tangan boleh urut perlahan-lahan di bahagian yang tersumbat. Susu dapat dikeluarkan dari pelbagai arah. Hisapan baby ni efektif membantu melancarkan susu yang paling dalam.
ELAK GUNA TUAM PANAS
Elak guna tuam panas sebab tuam panas semasa bengkak/saluran tersumbat boleh menyebabkan saluran susu meradang. Tuam sejuk dulu hingga kebas barulah urut. Guna ice pack. Urut perlahan2 hingga susu keluar di nipple, bengkak surut dan tidak mengeras lagi. Dah kurang sakit barulah tuam suam2 panas. Hot shower pun membantu.
KERAPKAN DORECT FEEDING
Kerapkan direct feeding. Dapat cuti lagi bagus boleh direct feeding 24jam. Baby mampu mengeluarkan susu yang paling dalam.
USAHA SUNGGUH-SUNGGUH
Usaha sungguh-sungguh. Susu sentiasa dihasilkan jadi kena konsisten keluarkan susu dan rawat bengkak susu hingga sembuh dan jika ada ketulan rawat sehingga hilang.
Moga dipermudahkan usaha merawat bengkak susu. Usah bertangguh.
Setiap pasangan berkahwin pasti inginkan kebahagiaan yang berpanjangan dalam rumah tangga. Sikap tolenrasi dan menerima segala perubahan, kelebihan serta kelemahan kunci utama memastikan perhubungan terus kekal.
Bagi suami dan isteri, perkahwinan adalah satu fasa untuk sama-sama memperbetulkan diri masing-masing. Cuma ada segelintirnya masih selesa buat hal sendiri sehingga mengabaikan perasaan pasangan.
Dalam memastikan kerukunan rumah tangga, suami harus tahu membaca emosi isteri. Begitu juga isteri pun harus memahami perasaan suami. Menerusi perkongsian saudara Firdaus Shakirin, suami sebenarnya orang kepercayaan isteri bila dah mendirikan rumah tangga.
Saya ada baca, suami yang memahami isteri, dia tahu bila emosi isterinya itu ok atau tidak. Bagaimana kalau isterinya tidak menunjukkan sebarang perubahan tapi emosinya tidak ok…?
Perempuan..Sekuat mana pun dia menahan, sedalam mana pun dia memendam, kalau kita sebagai suami dekat dan rapat dengan isteri, kita akan tahu dia tu ok atau tidak sebab kita mengenali isteri luar dalam.
Susah isteri nak menyembunyikan emosi daripada suami yang selalu bertanyakan khabar dirinya, bagaimana harinya, perasaannya dan sebagainya.
Akan terkeluar sedikit perubahan, akan ternampak sedikit riak muka dan akan tercerita sedikit akan apa yang tidak kena untuk setiap hari yang dilaluinya.
Sebab tu suami kena ambil berat, ambil tahu, peka dengan sekeliling. Bukan sebab kita ni ada banyak masa lapang sampai boleh cover semua perkara diluar dan didalam rumah.
Tapi sebab kita ni suami dan kita tak nak isteri tertekan, isteri stress, isteri moody, isteri tension sehinggalah dia meletup dan tiba-tiba jadi lain.
Bila kita memahami isteri sedalam yang mungkin, maka automatiknya bebanan isteri akan berkurangan. Memahami ni nampak macam senang, macam mudah tapi tak ramai yang betul-betul mahu untuk MEMAHAMI.
Banyak yang menyalahkan isteri bila dia beremosi sedangkan emosi itu adalah disebabkan tingkah laku dan perbuatan suami.
Jangan abaikan keselamatan si manja ketika berada dalam kereta. Belajar tentang fungsi car seat serta ketahui kecederaan yang akan berlaku kerana impak kemalangan. Ketahui lebih lanjut tentang car seat di E-Workshop Sayangi Nyawa Anak Anak Dalam Kereta, Let’s Buckle Up!
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!