Papan gosok baju antara keperluan utama di setiap rumah. Ia bukan sahaja boleh memberi keselesaan sewaktu menggosok pakaian tetapi lebih selamat terutama rumah yang ada anak kecil.
Ini berikutan, jika menggosok baju di atas lantai dengan melapik kain tebal sahaja, risikonya agak tinggi sikit kerana anak boleh terus mencapai seterika jika ditinggalkan tanpa pemantauan orang dewasa.
Namun bagi anda yang mengalami masalah papan gosok baju yang selalu patah bahagian kakinya, boleh DIY sendiri di rumah. Apa yang penting lebih jimat ruang, kerana ia lekat di dinding.
Nak tahu macam mana DIY tempat gosok baju, ini langkah-langkahnya.
Tak mahu guna boleh turunkan dan rapat ke dinding
Ads
Regangkan 3 inci dari dinding
Besi pelapik boleh dapatkan di MR DIY
Ads
Lebih selesa, mudah, jimat ruang, kukuh, kemas dan murah. Nak dapatkan bahan-bahan tersebut, boleh klik sini:
Anak ada bakat? Sertai Bakat Cilik Pa&Ma sekarang!! Kalau anak-anak ada bakat hebat, janganlah simpan sendiri. Jom, support mereka dengan menyertai Bakat Cilik Pa&Ma. Rakam aksi anak-anak dengan bakat mereka dan hantarkan kepada Pa&Ma.
Perasan tak ada anak-anak yang geram dengan fridge magnet yang diletakkan di peti ais. Dengan macam-macam bentuk, warna dan saiz buatkan si kecil tak senang duduk selagi tak dipegang.
Lagi satu kerisauan dalam hati ibu bapa bila bawa anak ke rumah orang, terutama yang banyak perhiasan dan tentunya anak jadi geram hingga buatkan tuan rumah tak senang duduk.
Kenapa anak kita makin dilarang, makin dibuat. Menurut Puan Noor Afidah Abu Bakar ada sebab kenapa anak bersikap sedemikian dan suka meneroka.
Ikuti perkongsiannya
Ini ‘fridge magnet’ di rumah saya. Selalunya tetamu yang bertandang risau kiranya anak mereka menghampiri peti sejuk saya. Bimbang kiranya magnet itu dicabut dari peti sejuk. Lebih bimbang kiranya magnet itu disepah-sepahkan terutamanya oleh anak yang masih kecil.
Saya tidak salahkan ibubapa yang mempunyai kerisauan ini. Saya juga risau kiranya anak-anak saya tidak pandai ‘behave’ di rumah orang lain.
KANAK-KANAK SIFATNYA SUKA MENEROKA.
‘Fridge magnet’ yang pelbagai bentuk, pelbagai warna, pelbagai corak dan pelbagai jenis permukaan sememangnya menarik perhatian untuk diterokai kanak-kanak.
Saya biarkan tetamu kecil saya mengusik ‘fridge magnet’ tetapi dengan syarat.
Dengan bahasa yang sesuai usia anak, saya tunjukkan dan terangkan bagaimana ‘fridge magnet’ itu berfungsi. Saya tunjukkan di mana magnet itu patut dilekatkan. Bagi anak yang kecil, saya letakkan magnet di tangan anak dan biarkan anak cuba lekatkan magnet tersebut. Mudah bagi tangan dewasa kita untuk melakukannya tetapi bagi tangan-tangan kecil mereka, itu adalah sesuatu yang memerlukan skil.
Anak-anak akan cabut satu persatu dan lekatkan kembali satu persatu. Pada mulanya mereka akan melekatkannya di tempat asal ia diambil tetapi apabila mereka semakin selesa, mereka akan mula melekatkankannya pada bahagian yang lain. Aktiviti itu sudah cukup melekakan mereka.
Jika ada yang dibiarkan terjatuh, saya akan meminta agar dilekatkan kembali dan tidak dibiarkan bergelimpangan.
Begitu juga jika ada yang cuba dibawa ke ruang yang lain, saya tegaskan bahawa magnet itu tempatnya hanya di peti sejuk ini dan tidak boleh dibawa keluar dari ruang tersebut.
Anak-anak selalunya akur dengan ‘syarat’ yang saya sampaikan secara tidak langsung kepada mereka. Adakalanya magnet itu disusun dengan lebih teratur oleh tetamu kecil yang bertandang.
MENETAPKAN BATASAN (BOUNDARY SETTING)
Kanak-kanak…
Jika kita tidak ajar, mereka tidak pandai.
Jika kita tidak bimbing, mereka tidak tahu .
Jika kita tidak latih, mereka tidak cekap.
Jika kita tidak tetapkan batasan, mereka tidak keruan.
Kanak-kanak memerlukan batasan ataupun ‘boundary’.
‘Boundary setting’ sangat penting supaya penerokaan mereka tidak membahayakan mereka, tidak mengganggu orang lain di sekeliling mereka dan tidak merosakkan harta benda.
KANAK-KANAK SIFATNYA TIDAK BERPUTUS ASA
Selagi mereka tidak mencapai apa yang dihajati, selagi itulah mereka akan terus mencuba. Itulah sebabnya semakin dilarang, semakin mereka buat kerana misi mereka belum selesai.
Larangan dan tegahan perlu disusuli dengan bimbingan dan latihan oleh orang dewasa. Terangkan kepada mereka apa yang boleh dan apa yang tidak boleh. Jangan memandang rendah keupayaan mereka untuk faham.
Sediakan persekitaran dan batasan yang sesuai dan selamat untuk mereka teroka supaya mereka dapat menguasai skil dan juga supaya misi mereka tercapai.
Kadang-kadang kita mengharapkan agar anak berkelakuan baik sedangkan kita tidak cukup melatih mereka untuk berkelakuan baik.
Dalam sebuah perkahwinan, seorang wanita yang bergelar isteri harus tahu hak mereka. Walaupun dalam rumah tangga, peranan suami lebih dari isteri, tetapi si isteri tak boleh menidakkan haknya sendiri.
Berkongsi mengenai hal ini, Peguam Syarie & Konsultan Perundangan Islam, Fahmi Ramli menjelaskan bahaya jika isteri terlepas pandang 7 perkara ini tentang hak dirinya sendiri.
Bahaya jika Isteri terlepas pandang 7 perkara ini tentang hak dirinya sendiri.
1. Tempat tinggal asing & selesa
Seorang wanita yang dah bernikah, wajib untuk suami sediakan rumah berasingan daripada keluarganya atau keluarga lelaki itu sendiri.
Tak kisah jika rumah itu sewa ataupun beli, yang penting selesa dan bukan isteri itu yang bayar. Kalau suami yang tinggal di rumah isterinya, suami itu wajib bayar sejumlah wang yang dipersetujui kepada isterinya untuk rumah kelamin tersebut.
2. Belanja utiliti rumah
Bila dah sediakan rumah, jangan lupa pula, bil elektrik dan bil air juga perlu suami tanggung. Ini benda asas di dalam rumah. Kalau tak ada elektrik dan air, apa guna rumah kalau macam tu.
Ini juga sebahagian daripada nafkah tempat tinggal yang isteri berhak dapat daripada seorang suami. Bukan menjadi kewajipan isteri untuk bayar utiliti. Melainkan, bil internet ke bil telefon rumah ke atau bil astro ke, ini bukan keperluan.
3. Makan dan minum
Seorang suami wajib sediakan barang-barang keperluan dapur khasnya. Bahkan, dalam Islam, suami juga sebenarnya yang wajib sediakan makan dan minum. Maksudnya suami yang patut masak, bukannya isteri.
Kalau isteri yang buat, itu dikira sebagai Ihsan atau sedekah daripada isteri. Kalau suami itu tak pandai masak, boleh la isteri itu nak masakkan. Cuma, jangan ingat bila kahwin sahaja, lelaki buat isteri ini macam orang gaji. Masak, basuh baju, cuci rumah semua dia yang buat.
4. Pakaian itu bukan baju semata-mata
Banyak orang fikir, takkan setiap bulan nak beli baju pada isteri. Kalau ikutkan, pakaian sememangnya nafkah wajib setiap bulan, tapi bukan baju atau kain semata-mata.
Tuala wanita, peralatan mandi, peralatan solek, dan macam-macam lagi perkara yang berkaitan dengan keperluan wanita, adalah tanggungjawab wajib seorang suami. Sesetengah orang dia hanya beli baju raya sahaja setahun sekali, tetapi pakaian bulanan langsung diabaikan.
5. Tak boleh dipukul
Haram seorang suami memukul isterinya walaupun niat suami itu untuk mengajar. Tidak ada perkara tersebut dalam Islam. Sekalipun isteri tersebut mungkin tidak hormati suami, tapi bukan cara mengajar isteri tersebut dengan tumbuk, tampar, tarik rambut, tendang dan macam-macam lagi.
Mendidik isteri dalam Islam dimulakan dengan nasihat secara baik, kemudian pisahkan tempat tidur dan kemudian memukul dengan pukulan yang tidak menyakitkan menggunakan hujung kain lembut sahaja. Jika berlaku pukulan, isteri tersebut boleh buat laporan polis atas keganasan rumahtangga.
6. Dilayan dengan cara baik
Suami wajib bercakap dengan percakapan yang baik. Perbuatan seperti memaki hamun, mencarut, bercakap kasar adalah satu bentuk layanan yang tidak baik.
Meskipun hendak bersama dengan isteri, ia tidak boleh datang dalam bentuk paksaan. Apatah lagi apabila isteri berada dalam keadaan haid atau suami nak meliwat isteri sendiri melalui dubur. Haram perbuatan yang melayani isteri seperti itu dalam Islam.
7. Giliran bermalam yang adil
Bagi wanita yang bermadu, hak mereka dalam perkahwinan adalah mendapat giliran bermalam yang adil. Seorang suami yang berpoligami, tidak boleh melebih-lebih isteri yang disukai dan mengenepikan hak isteri yang kurang disukai.
Walaupun mungkin ada isteri yang telah putus haid, tapi dia masih berhak untuk mendapat giliran bermalam. Bukan suami hanya balik waktu siang atau balik sekali sekala sahaja.
Ajarkan juga ilmu ini kepada kawan perempuan atau ahli keluarga anda yang tersayang kerana seorang wanita yang sedang berkahwin atau baru berkahwin perlu tahu hak dirinya sebagai isteri. Kerana kekuatan seorang wanita terletak kepada ilmunya.
Tak sabar tunggu baby lahir, nak persiapkan mental dan fizikal sebelum si manja lahir nanti. Mahu belajar segalanya tentang ilmu persediaan urus bayi selepas lahir? Jom sertai E-Workshop Pa&Ma: Misi Mama Sambut Baby! Daftar sekarang di https://toko.ideaktiv.com/product/pama-e-workshop-misi-mama-cantik-sihat/
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Titipkan nama Allah Ya Hafiz Ya Muhaimin, Allah Yang Maha Menjaga dan Allah Yang Maha Memelihara. Kedua-dua nama seakan-akan sama maknanya jika dibaca selapis. Namun apabila digabungkan ketika dalam doa, ia membawa keyakinan yang jitu kepada Allah bahawa Dia PASTI akan menjaga apa saja yang kita minta dilindungkan.
Kebanyakan ibu bapa cuba untuk menjaga anak-anak, maka inilah teknik terbaik untuk melindungi anak-anak. Serahkan anak kepada Allah Ya Waliy Ya Wakil Ya Baari’ Ya Hafiz Ya Muhaimin.
Mulakan zikir 40 kali setiap pagi
Caranya zikir 5 nama tersebut 40x setiap pagi dan diiringi dengan bicara hati, “Ya Allah, aku serahkan anakku __nama__ kepadaMu yang Maha Mentadbir, Maha Mengurus, Maha Mengatur Agenda, Maha Menjaga dan Maha Memelihara. Sesungguhnya aku tidak berdaya menguruskan dan melindungi anakku.”
Kenapa perlu serahkan anak kepada Allah pula? Bukankah Allah beri kita anak untuk Kita jaga? Bukankah anak tanggungjawab Kita?
Ibu-ibu, ayah-ayah sekalian…
Penyerahan itu di Hatimu bukan di gerak gerimu.
Di dalam surah Ali-Imran ayat 35 & 36 ada menerangkan cara-cara kita perlu membuat penyerahan kepada Allah.
Ayat 35:
Ketika isteri ‘Imran berkata: “Ya Tuhanku, sesungguhnya aku menazarkan kepada Engkau anak yang dalam kandunganku menjadi hamba yang saleh dan berkhidmat (di Baitul Maqdis). Karena itu terimalah (nazar) itu dari padaku. Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.”
Ayat 36:
“…. Sesungguhnya aku telah menamai dia Maryam dan aku mohon perlindungan untuknya serta anak-anak keturunannya kepada (pemeliharaan) Engkau daripada syaitan yang terkutuk.”
Ibu-ibu, ayah-ayah…
Apabila kita menyerahkan urusan anak kepada Allah, kita akan diberi energy yang cukup luar biasa dalam mendidik, membimbing, menjaga, menyayangi, memantau dan mengurus anak. Kerana Allah boleh memberi full energy kepada kita sebab kitalah khadam/khalifah Allah untuk menzahirkan sifat-sifat Allah kepada anak-anak.
Energy mendidik: Ya ‘Alim Ya Hakim Ya Rashid Energy membimbing: Ya Nuur Ya Haadi Ya Haq Energy menjaga: Ya Hafiz Ya Muhaimin Energy menyayangi: Ya Rahman Ya Rahim Ya Jaami’ Energy memantau: Ya Khobir Ya Basir Ya Raqib Energy mengurus: Ya Waliy Ya Wakil Ya Baari’
Ingatlah, kitalah khalifah Allah kepada anak-anak, maka siapa lagi yang kita harapkan untuk menjalankan tugas kita sebagai khalifah jika bukan Allah Ya Somad yang Maha Diperlukan. Laa hawla walaa quwwata illa billah.
Dalam melindungi anak-anak, yang paling utama yang harus dilindungi ialah hatinya iaitu iman dan aqidahnya. Maka, kepada Allahlah tempat kita mohon pertolongan kerana hanya Allah yang Melihat apa yang di dalam hatinya. Allah YA Malik saja yang boleh membolak-balikkan hati. Maka, setelah membuat penyerahan kepada Allah Ya Hafiz Ya Muhaimin Ya Baari’ memberi kita full energy sebagai ibu bapa untuk menjalankan tugas-tugas di atas sebagai jawapan Allah kepada doa kita.
Sumber : fizazawawi via Airpanas
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Keputusan untuk memiliki anak bukanlah sesuatu yang mudah bagi kebanyakan pasangan hari ini. Selain perlu bersedia dari segi emosi dan fizikal, ibu bapa turut memikirkan kos sara hidup, penjagaan anak, kestabilan pekerjaan serta kemampuan untuk membesarkan keluarga dalam keadaan ekonomi yang semakin mencabar.