Keibubapaan

Doa Ibu Booster Untuk Anak Kuat Berpuasa, Amalkan Ayat Ni!

Share

Bila masuk Ramadan, hati ibu ayah pasti berbunga bila anak mula belajar berpuasa. Walaupun belum wajib, semangat mereka yang kecil itu sangat berharga. Namun kita juga tahu, cabaran sebenar bukan sekadar lapar dan dahaga. Emosi anak yang berubah-ubah waktu puasa kadang buat ibu ayah sendiri rasa tercabar.

Sebenarnya, selain sokongan fizikal seperti makanan sahur yang berkhasiat, doa seorang ibu adalah booster paling kuat untuk anak.

Doa Ibu Untuk Anak Kuat Berpuasa

Antara doa yang boleh diamalkan setiap kali selepas solat atau ketika anak sedang tidur:

Doa agar anak kuat dan sabar:


Amalan Surah Al-Kausar Waktu Sahur Untuk Hilang Dahaga

Ramai ibu mengamalkan bacaan Surah Al-Kausar ketika sahur sebagai ikhtiar supaya anak tidak terlalu cepat rasa dahaga.

Surah Al-Kausar:

Cara amalan yang boleh dibuat:

  • Minum seteguk air
  • Bacakan Surah Al-Kausar 3 kali.
  • Tiup perlahan ke dalam air.
  • Minum hingga habis

Beri anak minum dengan niat memohon Allah kurangkan rasa dahaga dan beri kekuatan.

Selain itu, ibu juga boleh usap kepala anak sambil membaca surah ini dan berdoa dalam hati. Amalan ini adalah ikhtiar dan tanda pergantungan kita kepada Allah. Kekuatan sebenar tetap datang daripada-Nya.

Jangan lupa juga ajar anak minum air secukupnya ketika sahur dan elakkan makanan terlalu masin supaya mereka tidak cepat haus.

Tip Handle Emosi Anak Waktu Puasa

Anak yang berpuasa buat kali pertama selalunya mudah jadi:

  • Cepat marah
  • Sensitif
  • Mudah menangis
  • Cepat penat

Ini normal kerana badan mereka sedang menyesuaikan diri.

1. Kurangkan Aktiviti Berat

Jika anak nampak letih, jangan paksa mereka aktif seperti hari biasa. Aktiviti ringan seperti mewarna, membaca buku cerita atau menonton rancangan santai lebih sesuai.

2. Alihkan Fokus Bila Anak Mengadu Lapar

Bila anak mula berkata, “Mama, lapar,” jangan terus marah atau menyuruh diam. Cuba peluk dan cakap lembut:

“Lapar tu tanda abang kuat. Lagi sikit je nak berbuka. Jom kita kira jam sama-sama.”

Alih perhatian mereka dengan aktiviti seperti tolong susun kurma atau pilih menu berbuka.

3. Jangan Paksa Jika Tidak Mampu

Jika anak masih kecil dan benar-benar tidak larat, tidak salah untuk beri mereka berbuka awal. Puasa adalah proses latihan. Yang penting mereka rasa seronok, bukan trauma.

4. Kawal Emosi Kita Dulu

Kadang bukan anak yang terlalu emosional, tetapi kita yang penat. Bila suara mula meninggi, cuba tarik nafas dan istighfar. Anak belajar sabar daripada cara kita bersabar.

5. Beri Ganjaran & Pujian

Walaupun mereka hanya berjaya puasa separuh hari, tetap puji usaha mereka.

“Hebatnya kakak hari ni tahan sampai pukul 3. Mama bangga sangat.”

Pujian akan buat mereka lebih bersemangat esok hari.

Jadikan Ramadan Kenangan Manis

Puasa zaman kanak-kanak adalah kenangan yang akan mereka ingat sampai dewasa. Cara kita melayan mereka hari ini akan membentuk memori Ramadan dalam hati mereka.

Peluk mereka lebih kerap. Doakan mereka lebih lama. Bisikkan kata-kata positif di telinga mereka sebelum tidur.

Kerana doa ibu bukan sekadar kata-kata. Ia adalah kekuatan yang Allah letakkan penuh keberkatan.

Semoga anak-anak kita membesar bukan sahaja kuat menahan lapar dan dahaga, tetapi juga kuat iman dan sabarnya. Aamiin.

Published by
SRM