Luluh hati seorang ibu apabila bayi berusia lima bulan yang dijaga pengasuh mengalami kecederaan didakwa dihempap kanak-kanak berusia dua tahun.

Kisah bayi lelaki itu tular di media sosial sejak Khamis dan mendapat pelbagai reaksi netizen termasuk melahirkan simpati dan sedih atas kejadian tersebut.

Menerusi laporan Sinar Harian, ibu bayi berkenaan, Siti Nor Asyikin Abdul Kadir, 22, berkata, sebelum kejadian pada Disember tahun lalu, dia menghantar anak keduanya Mohamad Azmil Azli Mohamad Azali ke rumah pengasuh untuk menghantar anak buahnya ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

“Doakan Anak Saya.” Bayi 5 Bulan Cedera Dihempap Kanak-Kanak Di Rumah Pengasuh

Pengasuh beritahu muntah, kesan ubat yang disapu

Menurutnya, keesokan harinya pengasuh terbabit memaklumkan anaknya mengalami muntah dan mendakwa mungkin disebabkan ubat yang disapu pada mangsa.

Katanya, sehari selepas itu pengasuh menghubungi dan memberitahu bayinya tidak menunjukkan sebarang respon dan dia bergegas ke rumah pengasuh.

“Saya terus ke rumah pengasuh dan ketika dalam bilik saya nampak pengasuh sedang mendodoikan anak saya.

IKLAN

“Namun sedih melihat keadaan anak yang bukan nak tidur namun diserang sawan ketika itu, malah pengasuh masih tidak memberitahu punca yang berlaku ke atas bayi saya,” katanya.

“Doakan Anak Saya.” Bayi 5 Bulan Cedera Dihempap Kanak-Kanak Di Rumah Pengasuh
Gambar Hiasan

Didakwa terhempap ketika pengasuh dalam bilik air

Mengulas lanjut Siri Nor Asyikin berkata, dia segera membawa anaknya ke Hospital Melaka dan waktu itu baharu pengasuh memaklumkan anak buah didakwa terhempap bayinya ketika pengasuh itu berada dalam bilik air.

“Saya tanya dia kenapa tak beritahu awal-awal dan dia memberi jawapan kerana tidak mahu saya kelam-kabut.

IKLAN

“Disebabkan kecuaiannya anak saya terpaksa menanggung kesakitan dan dirawat Unit Rawatan Rapi Pediatrik (PICU) Hospital Melaka selama 22 hari sebelum dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan dirawat selama sembilan hari,” katanya.

“Doakan Anak Saya.” Bayi 5 Bulan Cedera Dihempap Kanak-Kanak Di Rumah Pengasuh
Gambar Hiasan

Mohon doakan kesembuhan  

Tambahnya, akibat kecuaian itu juga anaknya mengalami patah tangan kiri, pendarahan dalam mata dan pendarahan dalam kepala.

Ujarnya, walaupun anaknya telah dibenarkan pulang ke rumah sejak 16 Januari lalu, namun masih dalam pemantauan doktor selain perlu berulang alik ke Hospital Melaka untuk rawatan susulan.

IKLAN

Menurutnya, berharap insiden yang menimpa anaknya dapat menjadi iktibar kepada ibu bapa lain yang menghantar anaknya kepada pengasuh.

“Saya berharap orang ramai juga dapat bersama mendoakan kesembuhan anak saya dan berharap ada pengadilan dalam kejadian ini,” katanya.

Kredit: Sinar Harian

BACA JUGA [“Pagi Sebelum Ke Rumah Pengasuh, Baik Sangat. Petang Maryam Pergi Selamanya.”]

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI