Pelakon Yatt Hamzah berdepan detik cemas selepas bayinya yang baru berusia 50 hari terlepas jatuh ke lantai selepas terlepas daripada dukungan kakaknya.
Yatt berkata, Suci Hawa Zulaikha yang juga anak keempat itu dalam keadaan stabil selepas dikejarkan ke hospital namun masih perlukan pemantauan.
“Dia ada bengkak sedikit di kepala tetapi tidak boleh x-ray sebab masih terlalu kecil. Ubat pun tak boleh bagi.
“Doktor kata macam stabil setakat ini. Bagaimanapun, masih perlukan pemantauan dalam tempoh 24 jam.
Ads
“Kalau muntah berterusan kena bawa semula ke hospital,” katanya kepada Harian Metro.
Menceritakan insiden itu, Yatt berkata dia berada di bilik lain sebelum menyedari kemalangan berkenaan.
Ads
“Saya dalam bilik sedang uruskan dan mandikan anak ketiga. Manakala bayi dengan kakak-kakak yang lain berada di ruang tamu.
“Apabila Hawa nangis, anak sulung saya mendukungnya seperti biasa. Malangnya dia terlepas dan jatuh,” katanya.
Terdahulu, Yatt memuat naik di Instagram mengenai insiden itu dan meminta semua doakan anak kecilnya itu tiada apa-apa.
“Mohon doa semua. Baby Hawa yang baru berusia 50 hari baru saja jatuh atas lantai selepas kakaknya terlepas dari dukungan semasa berjalan menuju ke arah bonda.
“Bonda sangat risau dengan keadaan dia. Kasihan baby Hawa. Sekarang nak terus ke hospital,” kongsi Yatt dalam status awalnya.
Ada waktunya kita selalu salah faham dengan anak. Anak kecil kita tanpa kita sedar rupanya seorang ‘thinker’ yang suka berfikir.
Macam mana nak kenal anak jenis ini? Ini karektor anak thinker yang dikongsikan oleh Penulis Keibubapaan, Mohd Fhais Salim menerusi perkongsian videonya.
Anak tu jarang bercakap tapi sekali bercakap memang bikin panas je.. sabor jelah.
Kadang-kadang kita salah faham juga dengan anak jenis thinker ini. Anak jenis thinker ini kebiasaannya dia kurang bercakap sebab dia lebih banyak bercakap dengan dirinya sendiri.
Fikirannya banyak berfikir dan kurang bercakap. Pun begitu walaupun dia kurang bercakap tetapi karektor keduanya, sekali dia dah cakap, ayat yang keluar itu kebiasaannya di luar kotak.
Adakalanya kita sendiri pun tak boleh terima apa yang anak cakap. Contohnya anak bertanya, “ibu sperma itu apa?”
Yang ketiga, anak jenis thinker ini jenis suka memantau dan melihat dan kemudiannya disusuli dengan pertanyaan yang tidak dijangka.
Anak jenis thinker ini kadang kala terdiri dari yang kuat menjawab. Jika arahan mak ayah dia rasakan tidak logik atau tak masuk akal, anak akan menjawab.
Anak jenis ini juga sukakan game atau permainan yang mencabar mindanya. Contohnya seperti teka teki atau teka silang kata yang boleh mencabar mindanya. Permainan biasa seperti main congkak, dam aji tidak menjadi pilihannya.
Inilah lima karektor anak jenis thinker yang kadang-kadang selalu buat mak ayah salah faham tetapi rupa-rupanya ada potensi yang sangat besar dalam diri mereka.
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) sekarang!
Dapatkan lebih ilmu keibubapaan di Tik Tok Pa&Ma @pama.my
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sekian lama menanti cahaya mata, pasangan ini bersyukur kerana ikhtiar untuk mendapatkan cahaya mata terjawab apabila mereka dikurniakan sepasang kembar tak seiras.
Berita gembira tersebut dikongsi oleh Pn. Amalina menerusi temubual di laman TikTok Dr.RaihanaIsmail di mana dia berkongsi pengalamannya dan suami ketika mereka berdua berusaha untuk mendapatkan zuriat.
Buat Ujian Kesuburan, Masing-Masing Tak Ada Masalah
Menurut Pn. Amalina lagi, dia berkahwin pada tahun 2016 dan tidak merancang untuk ada anak awal. Namun setelah tiga tahu usia perkahwinan, dia dan suami mula merancang untuk mendapatkan cahaya mata. Ketika itu mereka berdua menjalani ujian kesuburan dan mendapati tiada sebarang masalah.
“Dari segi kesihatan saya okay cuma ada masalah berat badan. Pernah juga cuba dua produk lain, tapi apa yang tahu dari pasangan TTC ni tak boleh ambil kandungan gula yang tinggi. Bila saya check, produk yang saya makan tu rupa-rupanya tinggi kandungan gula.”
Disarankan Ambil Clomid
Sebelum ini Puan Amalina pernah hamil namun dirinya mengalami chemical pregnancy. Dia berhenti sebentar dari makan sebarang produk dan kemudian disarankan oleh doktor untuk mencuba Clomid (sejenis ubat untuk kesuburan tanpa steroid) tetapi suaminya menolak kerana kedua-dua mereka tiada masalah itu.
“Saya ada tengok sharing Doktor beritahu kalau nak cuba pregnant kena berdiet, jaga pemakanan dan cut sugar. No fast food, saya ni penggemar frozen food. Bulan 1-7 saya cut semua tu.”
“Kemudian ada kawan yang dah menanti selama 18 tahun suggest pada saya untuk ambil Efferty kerana dirinya telah hamil bila ikhtiar dengan produk ni. Cuma waktu tu dia tak beritahu saya sebab takut saya terasa selepas saya alami keguguran. Jadi, saya cuba produk Efferty ni.
Hamil 2 Kali Tapi Gugur, Doktor Minta Usaha Lagi Sebelum IUI
“Saya decide nak buat IUI, masa tu bulan puasa. Saya pergi jumpa doktor, tapi doktor marah sebab sebelum ni saya dah dua kali keguguran. Kali pertama pada tahun 2019 dan seterusnya pada tahun 2020 pada usia kandungan empat minggu. Maksudnya saya tak ada masalah untuk hamil.
“Masa tu pula bulan puasa, nak batal puasa lagi kan. Jadi doktor minta saya cuba. Tapi doktor janji kalau bulan depan (lepas raya) saya tak hamil juga doktor akan buat IUI. Doktor periksa telur, doktor cakap tak ada masalah jadi cuba dulu.”
“Lepas seminggu kemudian saya periksa, rupanya saya hamil dan alhamdulillah saya dapat dua cahaya mata. Gugur dua kali diganti dengan dua cahaya mata.”
Stres Kerja Antara Faktor Keguguran
Pn. Amalina berkerja sebagai jururawat dan kerjaya yang sibuk mengakui stres dan faktor persekitaran menyebabkan dia keguguran sebelum ini.
“Ditambah pula saya bekerja di bahagian Ortho OT dan banyak bermain dengan radiasi dan dalam masa yang sama tak tahu pregnant dan perlu menggunakan dengan IR, itulah salah satunya punca juga.”
“Saya tiada masalah kesihatan. Haid pun datang macam biasa, tapi setiap kali check OPK mesti samar-samar. Susah nak dapat dua garis. Lepas berikhtiar minum Efferty baru nampak ada perubahan.”
“Tak sempat nak buat IUI pun tiba-tiba dah mengandung. Sampai kena rahsiakan dari Doktor kenapa tiba-tiba size telur jadi cantik sebab segan nak jawab minum apa”
Menurut perkongsian di TikTok ini juga, Dr. Raihana juga turut memberitahu stres antara punca keguguran berulang.
“Kadang-kadang sebab kerjaya stres tu yang menyebabkan keguguran berulang. Salah satu asbab lah kenapa sama ada chemical pregnancy atau mungkin stres. Faktor environment juga boleh menyebabkan sel termutasi bukan faktor pemakanan sahaja.”
Rezeki yang tak disangka-sangka selepas keguguran dua kali, akhirnya Allah SWT gantikan dengan cahaya mata kembar. Tahniah sekali lagi buat Pn. Amalina dan suami!
Tanyalah pada mana-mana ibu pasti merasa sedih dan tak sanggup melihat anak menangis teresak-esak kerana sembelit dan tidak dapat ‘membuang’ seperti biasa. Bukan kadang-kadang, tetapi hampir setiap hari.
Apa yang ibu lakukan bila anak menangis kerana sembelit? Bagi ibu yang baru pertama kali berdepan dengan masalah ini, kenalah persiapkan diri dan tambahkan pembacaan mengenai hal ini. Jangan pandang ringan kerana sembelit boleh membahayakan anak.
Apa punca anak sembelit
Menurut Puan Rose Hanizan Mat Hassan dari Hospital KPJ Pakar Perdana, Kota Bharu, Kelantan, sembelit pada anak biasanya berlaku disebabkan oleh kurangnya pengambilan makanan berserat seperti buah-buahan dan sayur-sayuran serta kurang minum air masak dalam menu harian anak.
Sebagai ibu kitalah yang menentukan pengambilan jenis makanan berserat ini. Jika anak tidak mahu makan sayur, ibu seharusnya berusaha untuk menjadikan buah-buahan sebagai makanan kegemaran anak bagi membekalkan serat yang diperlukan setiap hari.
Bahaya Sembelit
Jangan sesekali pandai ringan dan menganggap masalah anak sembelit sebagai hal yang remeh. Bila anak sering berdepan dengan masalah ini anak mungkin berdepan dengan bahaya yang datang mengundang.
Menurut Rose Hanizan lagi, sembelit memang berbahaya di mana ia menjurus kepada penyakit berkaitan usus atau anal. Sekiranya anak mengalami masalah sembelit di peringkat yang kritikal, ia boleh menyebabkan masalah buasir dan memudaratkan kesihatan dan perkembangan si kecil.
Sembelit Tanpa Rawatan?
Jangan biarkan sahaja bila anak menderita sembelit sebaliknya bawalah segera berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan. Sebagai salah satu usaha iaitu mendapatkan ubat pelembut najis yang membantu masalah pembuangan di peringkat awal.
Sekiranya tidak membantu pembuangan dan dirawat pada peringkat lebih awal, sembelit boleh menyebabkan buasir yang teruk dan sekaligus membawa kepada kanser usus kerana kawasan usus tidak lagi sihat.
Sebaiknya kita perkenalkan pada peringkat awal sayur-sayuran dan buah-buahan atau makanan berserat lain serta kuantiti air masak yang mencukupi kepada anak-anak untuk mengelakkan perkara ini berterusan.
Menurut petikan daripada www.mayoclinic.org, anak sembelit disebabkan oleh beberapa perkara. Ini antara sebab-sebab biasa kenapa anak anda kena sembelit:
Jadi ibu kena pastikan anak makan makanan berserat dan paling penting berikan jumlah air masak yang mencukupi pada anak setiap hari. Latih anak untuk membuang air besar pada waktu yang tepat dan berkala serta banyakkan aktiviti fizikal untuk membantu memudahkan pembuangan. Anak sihat, ibu pun senang hati!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bentan selepas bersalin bukan sekadar demam atau sakit badan. Kenali tanda bahaya seperti pendarahan, demam, sesak nafas dan preeklampsia yang boleh mengancam nyawa ibu selepas bersalin.