Penyanyi dan pengacara, Hunny Madu, 33, memohon orang ramai supaya mendoakan urusan pembedahan pintasan jantung anak keduanya pada pertengahan bulan ini berjalan lancar.
Katanya, Adam Musa yang baru berusia setahun enam bulan menghidap penyakit jantung kompleks, Double Inlet Left Ventricle sejak dilahirkan.
“Saya harap sepanjang dua minggu ini sama-sama mendoakan anak saya, Adam Musa Khairul Azhar yang akan menjalani pembedahan pintasan jantung pertama.
“Semoga Adam Musa segera pulih selepas pembedahan yang dijalankan di Institut Jantung Negara (IJN) dan diberkati dengan kehidupan yang sihat,” katanya dalam satu hantaran di Instagram.
Pemilik nama sebenar Hani Farhana Mohd Hatim tidak ketinggalan mengucapkan terima kasih kepada Yayasan IJN, doktor dan kakitangan di atas kelancaran urusan dan layanan sejak anaknya menerima rawatan di situ.
“Terima kasih kerana segala proses kemasukan Adam Musa ke wad berjalan lancar, malah semua kakitangan memberikan layanan yang baik.
“Dia asyik menangis sejak pagi, tetapi gembira selepas dapat menikmati buah beri biru dan tauhu dengan nasi.
Ads
“Saya sangat gementar, namun berharap anda semua dapat mendoakan Adam supaya cepat pulih,” tambahnya.
Ads
Terdahulu, bayi lelaki yang dilahirkan pada Disember 2017 itu pernah dua kali menjalani pembedahan dikenali Stent PDA.
Selain Adam, Hunny yang mendirikan rumah tangga dengan Khairul Azhar Abdul Wahid mempunyai seorang anak perempuan, Eva Medina, yang kini berusia tujuh tahun.
Ibu bapa sering menganggap bahawa penjagaan gigi anak hanya bermula selepas gigi mereka tumbuh. Salah tanggapan tersebut. Penjagaan oral dan gigi bayi khususnya mesti bermula sejak awal, iaitu daripada si manja lahir lagi. Masalah kerosakan gigi bayi boleh bermula sebaik sahaja gigi pertamanya tumbuh.
Lazimnya, bayi akan mula tumbuh gigi pertama semasa usia enam hingga lapan bulan, malah ada juga yang baru tumbuh gigi semasa usia setahun. Gigi mereka akan lengkap sepenuhnya semasa usia kanak-kanak tiga tahun.
Penjagaan oral atau mulut bayi perlu dilakukan secara berterusan setiap hari. Sebelum gigi pertama bayi tumbuh, anda perlu mula menjaga gusi bayi. Penjagaan gusi ini tidak memerlukan anda untuk menggunakan berus serta ubat gigi.
Ibu bapa disarankan untuk melakukan penjagaan gusi dan mulut bayi selepas anak menyusu dan sebelum bayi tidur. Caranya adalah dengan melembapkan kain yang lembut, kemudian, gosokkan lembut pada gusi si manja bagi membersihkan sisa-sisa susu pada mulutnya. Lakukan cara ini sekurang-kurangnya dua kali sehari untuk mengelakkan bakteria daripada melekat pada gusi.
Jika gigi pertama bayi sudah tumbuh, teruskan rutin penjagaan oral bayi seperti di bawah:
Susah hati lihat anak kecil menahan sakit untuk membuang air besar. Sampai merah muka dan ada yang fobia hingga menangis sebab takut sakit. Bagi ibu yang dalam situasi ini, ada cara untuk merawat sembelit anak tanpa bergantung pada ubat semata-mata.
Menerusi perkongsian Puan Ainini Zainal, usus adalah OTAK KEDUA kita. Based on research, ada lebih kurang 100juta neuron di sepanjang dinding usus kita. Nervous system ini berfungsi untuk mengawal pencernaan zat makanan dan seterusnya memberikan nutrisi untuk brain development kita.
Tetapi, brain development anak boleh terganggu jika usus tidak sihat, contohnya, ADA SEMBELIT.
Ramai dah kenal tapi ramai juga belum kenal Chia Seeds. Walaupun rupa setelah direndam kelihatan seperti Biji Selasih, tapi khasiatnya melebihi Biji Selasih itu sendiri.
Tahukah anda, selain berfungsi sebagai sumber kalsium, ‘omega-3 fatty acids’, antioksidan, serat, zat besi serta pelbagai zat lain, ia juga berfungsi sebagai bahan ‘detox’ dan membantu sembelit?
1. Badan kita ni sebenarnya memang menyahtoksin setiap hari melalui banyak aktiviti yang dilakukan oleh tubuh badan. Contoh mudah, berpeluh. Itu proses ‘detox’ yang tak perlu kita ambil apa-apa pun.
2. Ingat tak saya cerita tentang jika sembelit, Chia Seeds dapat bantu penghadaman yang lebih baik? Selain itu, ia juga berfungsi menyingkirkan toksin dalam badan melalui usus.
3. Ia penting untuk membuang toksin dalam badan. Bila diambil, ia akan mengembang dan menyerap toksin dalam badan serta membersihkan saluran penghadaman.
4. Sembelit makin berkurangan, proses ‘detox’ melalui bantuan biji yang berkhasiat ini juga bermula.
5. Kulit, kuku dan rambut juga sedikit demi sedikit jadi lebih sihat. Kesan daripada semua proses tadi dan nutrisi Chia Seeds itu sendiri. Brain function juga bertambah.
6. Sukatan sehari untuk dewasa, 1½ sudu besar, 2x sehari. Kurangkan sukatan untuk kanak-kanak.
7. Kanak-kanak dan bayi boleh ambil Chia Seeds yang kaya khasiat ini. Sangat digalakkan. Boleh campur dalam makanan, diletakkan dalam minuman, dijadikan ‘homemade ice cream’, puding dan banyak lagi.
**Bayi, boleh berikan setelah anak bersedia terima makanan berbiji seperti ini. Understand your baby. Keadaan setiap individu berbeza, begitu juga bayi.
8. Cara mudah ambil, campur dalam air kosong, minum setiap hari.
Penularan wabak COVID-19 sememangnya mendatangkan kebimbangan bagi setiap individu. Tidak terkecuali ibu menyusu anak.
Usah khuatir, berikut beberapa penjelasan untuk anda yang mungkin baru ingin memulakan atau mahu mengekalkan proses susukan bayi sepanjang tempoh pandemik ini.
Kebaikan susukan bayi ketika pandemik
Sebelum kita pergi jauh mengenai prosedur penyusuan eksklusif ketika penularan wabak COVID-19 ini, ayuh fahami manfaat untuk terus susukan bayi dengan susu badan.
Tiada siapa boleh menafikan bahawa susu ibu dapat melindungi bayi daripada pelbagai jangkitan. Sememangnya tiada bukti susu badan dapat melindungi si manja daripada virus COVID-19.
Tetapi sekurang-kurangnya terdapat kajian menunjukkan terdapat antibodi dalam susu ibu yang bertindak balas dengan virus. Di samping itu, bayi yang diberi susu badan didapati kurang kecenderungan untuk mengalami gejala pernafasan teruk ketika jatuh sakit.
Susukan bayi, turut bermanfaat buat si ibu
Susu badan bukan sahaja memberikan kebaikan pada si manja, bahkan ibu juga turut menerima manfaatnya. Hormon yang dilepaskan di dalam tubuh ibu menyusu anak dapat meningkatkan kesejahteraan serta menghilangkan tekanan dan kegelisahan.
Positif COVID-19, boleh ke ibu menyusu anak?
Tiada siapa mahu menjadi mangsa jangkitan COVID-19, tetapi malangnya sesiapa sahaja berisiko untuk dijangkiti, termasuklah wanita hamil atau ibu yang menyusukan bayi.
Dan bagi menjawab persoalan di atas, YA, si kecil masih boleh menerima susu badan walaupun anda sebagai ibu diuji positif COVID-19. Ini kerana susu ibu adalah selamat dan penting untuk tumbesaran bayi. Jika anda mampu untuk menyusukan si manja, amat penting untuk terus melakukannya.
Namun, terdapat garis panduan khas yang perlu dilakukan bagi melindungi bayi daripada wabak tersebut. Umumnya, kita mengetahui COVID-19 boleh tersebar melalui titisan kecil di udara ketika individu yang dijangkiti bersin, batuk atau bercakap.
Bahkan, ada kalanya terdapat individu yang sudah dijangkiti tidak menyedari perkara tersebut kerana tidak mengalami sebarang simptom. Lebih menakutkan lagi, mereka yang tidak berdepan gejala ini turut boleh menyebarkannya. Jadi walaupun tidak terdapat bukti virus COVID-19 boleh tersebar dengan susu badan, tetapi wujud risiko penularannya melalui titisan air daripada mulut atau hidung.
Penyebaran juga boleh terjadi apabila anda tanpa sedar menyentuh wajah atau titisan air dan seterusnya memegang anak. Oleh itu, amat penting untuk mengikuti garis panduan di bawah sekiranya mempunyai simptom atau berasakan anda terdedah kepada virus COVID-19.
Ibu menyusu anak perlu mencuci tangan
Sebelum menyusukan bayi, disarankan anda untuk mencuci tangan dengan sebaiknya menggunakan sabun bersama air. Amalkan tabiat ini setiap waktu terutamanya sebelum dan selepas menguruskan bayi atau barangan mereka.
Ibu menyusu anak harus memakai pelitup muka
Memakai pelitup muka ketika di luar rumah sememangnya sudah menjadi kemestian. Tetapi perlu ke untuk memakainya ketika di dalam rumah? Jika anda ingin menyusukan bayi, ya. Sama ada anda mempunyai simptom atau tidak, pakailah pelitup muka.
Bukan sahaja untuk penyusuan, tetapi juga semasa memegang, menukar lampin atau apa sahaja yang melibatkan si manja. Tidak dinafikan ia tidak menyelesakan, malahan mungkin menyebabkan bayi berasa takut atau terkejut. Namun ia penting bagi melindungi si manja daripada dijangkiti virus COVID-19.
Membasmi permukaan
Bersihkan setiap permukaan yang anda sentuh dengan pembersih berasaskan alkohol. Ini termasuklah meja, botol mahukan pakaian. Jangan lupa untuk membersihkan permukaan yang tidak disentuh tetapi mungkin terkena titisan air.
Sebaiknya bersihkan dan nyahkuman setiap permukaan atau barangan yang mungkin disentuh atau bersentuhan dengan si kecil. Ini kerana virus berbahaya ini boleh bertahan pada sesuatu permukaan antara 48 hingga 72 jam.
Pam susu ibu
Jika berasa bimbang untuk menyusukan bayi secara terus, anda boleh mengepam susu dan meminta pasangan atau ahli keluarga memberikannya melalui botol susu. Pastikan anda membasuh tangan dan membersihkan bahagian kulit yang akan disentuh sebelum mula mengepam susu.
Setiap kali selesai proses pam susu, pastikan botol dan alatan mengepam dibasuh dan disteril dengan menggunakan air mendidih. Jangan lupa untuk mencuci payudara anda juga!
Risiko ibu menyusu anak
Kakitangan perubatan mungkin akan menasihatkan anda tidak menyusukan bayi atau memberikan susu dipam jika mengambil ubat-ubatan tertentu untuk jangkitan COVID-19 atau penyakit lain.
Ini kerana terdapat kemungkinan ubatan yang diambil mungkin tersebar kepada bayi melalui susu ibu. Malahan, terdapat beberapa jenis ubat yang boleh mengganggu bekalan susu.
Untuk lebih kepastian, berbincanglah dengan doktor. Dalam masa sama, jika anda mengalami simptom jangkitan COVID-19 yang teruk, elakkan untuk menyusukan bayi. Anda juga memerlukan tenaga untuk sembuh dan pulih daripada jangkitan ini.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Sertai Webinar penyusuan terbesar ‘Mama Tak Penat Susukan Anak’ yang dianjurkan Pa&Ma tahun ini. Webinar PERCUMA ini menampilkan panel-panel hebat seperti Dato’ Dr Sheikh Muszaphar, Dr Seri Suniza, Dr Hairin Anisa, Puan Asiah Maharam dan perkongsian istimewa oleh Dato’ Siti Nurhaliza. Selain mendapat ilmu penyusuan, peserta juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah. Daftar segera di https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-mama-tak-penat-susukan-anak/ atau terus scan QR Code pada poster.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!