Air ketuban mempunyai pelbagai fungsi kepada janin. Sekiranya jumlahnya sedikit, boleh menjejaskan kehamilan. Ia hanya boleh dikesan menerusi ujian imbasan. Apakah kemudaratan yang boleh terjadi dan adakah ia boleh diatasi?
Menurut Dr Siti Aishah Daud, Pakar Perbidanan dan Sakit Puan, Subang Jaya Medical Centre air ketuban kurang atau oligohidramnios ialah keadaan di mana air ketuban yang kurang daripada paras indeks AFI kurang daripada 5sm.
Ia hanya berlaku kepada kira-kira 4% kehamilan. Menurut Dr Siti Aishah, jika kes oligohidramnios berlaku pada enam bulan pertama kehamilan , ia akan meningkatkan risiko kecacatan pada bayi, keguguran, kelahiran pramatang (bersalin awal) atau bayi meninggal dalam kandungan.
PUNCA OLIGOHIDRAMNIOS
1)Gangguan genetik
Bayi mempunyai masalah buah pinggang dan saluran kencing. Oleh sebab itu, dia tidak berupaya untuk memproses air ketuban yang ditelan untuk dikeluarkan sebagai air ketuban semula.
2)Plasenta tidak berfungsi baik
Ads
Ia juga boleh disebabkan oleh plasenta tidak berfungsi dengan baik. Kemungkinan di mana aliran darah dan zat yang diperlukan janin tidak disalurkan secukupnya kepada janin menyebabkan penghasilan air ketuban menjadi sedikit.
3)Air ketuban bocor
Selaput ketuban bocor juga boleh menyebabkan jangkitan kuman. Ia selalunya berlaku semasa proses bersalin (in labor) atau ketika kandungan berusia sembilan bulan ke atas.
4)Tekanan darah tinggi
Ads
Pra eklampsia atau kencing kotor juga boleh menyebabkan sawan kepada ibu. Pra eklampsia menyebabkan ditandai dengan sakit kepala, loya, penglihatan yang kabur dan sakit ulu hati. Ia hanya boleh terjadi selepas usia kehamilan lima bulan (20 minggu) ke atas apabila uri mula terbentuk.
5)Overdue
Apabila kandungan melebihi 40 minggu lebih , fungsi plasenta mula menurun. Dengan ini air ketuban akan menjadi sedikit.
6)Komplikasi kesihatan ibu
Ibu yang mempunyai masalah kesihatan akan juga boleh menyebabkan penghasilan air ketuban yang kurang. Antaranya ialah pra eklampsia, diabetes dan tekanan darah tinggi.
Ads
4 RISIKO MASALAH AIR KETUBAN SEDIKIT
Ibu perlu memahami keadaan yang dialaminya ini boleh menyebabkan pelbagai masalah kepada ibu dan janin.
Tekanan kepada organ janin (yang berusia 20 minggu ke bawah) di mana pembentukan janin tidak normal seperti paru-paru tidak matang/ kembang, cacat anggota badan, keguguran dan bayi meninggal dalam kandungan.
Kecacatan pada bayi iaitu pertumbuhan janin terbantut, bersalin awal atau pramatang, masalah kesukaran bernafas atau respiratory distress syndrome pada bayi serta pendarahan otak.
Akan berlaku komplikasi semasa bersalin di mana berlaku himpitan pada tali pusat di mana menyebabkan aliran darah dan oksigen tidak lancar dan boleh mengakibatkan bayi lemas.
Ia juga boleh menyebabkan aspirasi mekonium di mana bayi boleh tersedut najis sendiri.
Air ketuban sedikit juga boleh meningkatkan risiko kelahiran secara pembedahan
APA YANG IBU BOLEH BUAT JIKA DISAHKAN OLIGOHIDRAMNIOS?
Apa yang perlu dilakukan oleh mama ialah cuba untuk tidak panik apabila dimaklumkan air ketuban makin berkurangan. Antara usaha yang boleh dilakukan oleh mama ialah;
Membuat pemeriksaan imbasan pada janin lebih kerap bagi memeriksa sekiranya ada kecacatan pada bayi.
Cuba mengawal tekanan darah supaya pada paras yang normal dan tidak meningkat menerusi kawalan pemakanan, pengurusan emosi dan sebagainya.
Mengelakkan dehidrasi dengan minum lebih banyak air iaitu kira-kira 1.5 hingga 2liter sehari.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Rancang kehamilan antara alternatif mengurangkan risiko ibu lahirkan bayi tidak cukup bulan. Persoalannya hal kehamilan ini ialah pilihan sendiri, dan kadang kala ada yang mempertikaikan ini bukanlah di bawah kawalan kita!
Wanita yang mendirikan rumah tangga ketika dalam umur 30-an mungkin tidak mempunyai peluang untuk memilih jarak yang panjang di antara dua orang anak kerana faktor kesuburan.
Menurut babycenter dari segi kesihatan, adalah lebih baik bagi seorang wanita itu sembuh sepenuhnya daripada kehamilan dan proses bersalin sebelum hamil semula.
Ulasan daripada beberapa kajian mengenai hal ini telah menunjukkan bahawa terdapat risiko yang lebih tinggi anak yang dilahirkan tidak cukup bulan, berat kelahiran rendah, dan saiz bayi yang kecil berbanding usia bagi bayi yang disenyawakan dalam tempoh enam bulan daripada kelahiran sebelumnya, berbanding bayi yang disenyawakan dalam tempoh 18 hingga 23 bulan daripada kelahiran sebelumnya.
Risiko ini masih kelihatan bagi bayi yang disenyawakan dalam tempoh tujuh hingga 17 bulan daripada kelahiran sebelumnya, tetapi pada tahap yang lebih rendah berbanding yang disenyawakan dalam tempoh enam bulan.
Jika anda mensasarkan jarak di antara 18 hingga 23 bulan di antara dua kehamilan, anda mempunyai masa untuk mengembalikan tenaga dan sumber-sumber badan anda yang telah digunakan.
Jarak yang lebih dekat di antara dua bayi membolehkan saat-saat yang paling sukar berlalu lebih cepat, tetapi ini juga bermakna lebih banyak wang perlu dibelanjakan dalam tempoh masa yang dekat dan masalah ini mungkin berlanjutan apabila kepentingan setiap anak bertindan.
Jarak yang lebih jauh memberi peluang kepada anda menumpukan perhatian sepenuhnya kepada setiap anak untuk beberapa tahun yang pertama. Ini juga bermakna anda dapat mengagihkan perbelanjaan membesarkan anak dalam tempoh masa yang lebih lama.
Walau bagaimanapun, perhubungan adik-beradik yang mempunyai jarak umur yang terlalu besar mungkin tidak begitu rapat. Kadang-kadang timbul rasa iri hati atau dengki dari abang ataua kakak yang merasakan kedudukannya telah diambil oleh si adik. Secara amnya, lebih baik jika anda tunggu sekurang-kurangnya enam bulan hingga satu tahun sebelum cuba untuk hamil semula untuk memberi permulaan yang sihat kepada bayi yang seterusnya.
Selain itu, tiada masalah besar yang dapat dilihat mengenai jarak yang dekat di antara kedua-dua bayi, walaupun dari segi emosi dan kewangan anda mungkin lebih tertekan untuk tempoh masa yang singkat.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bakal menimang cahaya mata keduanya tidak lama lagi, pelakon Dayana Roza mengumumkan kehamilannya yang kini sudah pun di trimester kedua.
Menerusi Instagramnya, ibu kepada Astrid Raheeya ini berkongsi perkhabaran gembira itu kepada semua pengikutnya.
Menurut perkongsian Dayana, bayi keduanya itu bakal dilahirkan sekitar awal Januari tahun hadapan.
“Salam Jumaat everyone. InsyaAllah lepas ni @astridraheeya jadi kakak. Due awal january, harap-harap baby kali ni dok diam-diam kat dalam sampai 2024 la ye. So dah tak boleh la panggil Atit baby la kan?,” luah Dayana berkongsi.
Akui Dayana lagi, berbanding hamil anak sulungnya, dia berdepan pelbagai alahan termasuklah pening kepala malah alahan kepada makanan-makanan tertentu di awal trimester pertama.
Namun kini dia bersyukur bila mana keadaannya bertambah baik dan alahan yang dialaminya juga semakin berkurangan.
“Betul la orang kata, setiap pregnancy tak sama pengalaman dia. Kali ni ada sickness. Memanjang pening kepala, tak boleh nak makan itu ini, mood swing & makin garang sikit.
Ibu cantik manis ini juga turut memohon doa dari semua agar kelahiran anak keduanya itu dipermudahkan. Begitu juga dengan penerimaan anak sulungnya, si comel Astrid Raheeya.
“Alhamdulillah bila dah masuk 2nd trimester slowly hilang problem-problem tu semua.
“Nak mintak awak semua doakan semoga baby dalam kandungan D sihat & dipermudahkan sampai hari bersalin nanti.
“Dan doakan Atit boleh terima adik dia please. D paling risau dia rasa kita dah tak sayang dia sebab sekarang dia makin manja dengan D & Atit jadi cepat merajuk pulak lately.
“D doakan semoga Allah tiupkan Roh ke dalam rahim mereka yang sedang berikhtiar untuk dapatkan rezeki zuriat soleh & solehah. Amiinn amiinn ya rabb,” ujarnya lagi yang turut mendoakan rezeki zuriat buat yang menantikan cahaya mata.
Tahniah diucapkan buat pengacara, Dayah Bakar yang bakal menimang cahaya mata keduanya selepas mengumumkan kini hamil.
Menerusi Instagramnya, Dayah menyampaikan perkhabaran gembira itu menerusi video kejutan buat suaminya, Kapten Hanif Hamidi.
Kongsi Dayah lagi, dia kini sudah pun berada di trimester kedua kehamilannya malah turut memohon doa ramai agar kandungannya dipermudahkan.
“Bismillahirahmannirrahim. August is a special month for me and Fahri. Dengan rasa rendah diri, dan dengan izin Allah, Fahri will soon jadi baby abang.
“In my 2nd trimester now alhamdulillah. Pohon doakan kesihatan dan keselamatan both Ibu and baby, dan kemudahan bersalin kelak, and this means the world to us, more than anything else,” tulisnya berkongsi.
Melalui video yang dikongsikan olehnya, Dayah terlebih dahulu bermain teka kata mudah bersama suami dan anak. Namun dipertengahan video itu, Dayah memberitahu yang dia kini hamil kepada suami. Memang sweet.
Seakan tidak percaya, kedua pasangan itu terutama suami meluahkan rasa syukur atas rezeki dari Allah SWT.
Malah ibu kepada Achbar Muhammad Fahri ini juga turut berterima kasih kepada semua malah memohon doa agar turut diberikan rezeki buat bakal ibu yang sedang menantikan zuriat.
“Terima kasih buat semua yang selalu memandang saya dengan kasih, dan mendoakan saya di sepanjang perjalanan, walau mungkin kita tidak pernah bersua.
“Saya mendoakan untuk kalian yang menantikan zuriat, bakal dikurniakan rezeki di waktu yang paling tepat oleh Allah. Insha Allah,” katanya lagi.
Rata-rata rakan selebriti dan pengikut Dayah turut menitipkan ucapan tahniah di atas perkhabaran gembira itu. Semoga kehamilan Dayah dipermudahkan hingga detik melahirkan kelak.
Berita Bung Moktar meninggal dunia mengejutkan negara. Ketahui perjalanan hidup, keluarga, legasi politik dan sisi peribadi tokoh Sabah ini yang dikenang ramai.