Ramai ibu bapa yang bagi bayi mereka hisap puting kosong sebagai salah satu cara untuk memastikan si kecil kurang menangis dan meragam.
Betulkah ada orang cakap bayi yang kerap hisap puting akan mempunyai masalah gigi jongang? Jawapannya adalah ‘ya’ menurut Dr Ib Shah, seorang doktor gigi yang berkongsi info di twitter beliau.
Tabiat menghisap puting yang terlalu kerap menyebabkan gigi si kecil menjadi jongang kerana gusi mereka masih lembut dan membuatkan tulang dan gigi hadapan mereka terbentuk mengikut bentuk puting yang menyebabkan gigi depan terbuka.
Selain dari itu Dr Ib Shah turut memberitahu tabiat kanak-kanak yang suka menghisap jari juga boleh menyebabkan masalah jongang.
Ads
Begitu juga dengan tabiat sesetengah kanak-kanak yang suka letak lidah keluar kerana ia boleh mempengaruhi pertumbuhan gigi.
Punca Utamanya Adalah Tempoh Masa
Menurut Dr Ib Shah lagi lagi lama hisap puting atau jari, lagi tinggi kebarangkalian untuk gigi menjadi open bite
Ads
Beliau nasihatkan ibu bapa untuk kurangkan tabiat anak atau hentikan terus ia.
Tegasnya lagi walaupun bayi menghisap puting jenis ortodontik masalah jongang masih ada walaupun
peratusannya rendah lebih-lebih lagi jika ia terlalu kerap dihisap oleh si kecil.
Begitu juga dengan kes kanak-kanak menghisap jari. Risiko untuk jongang tetap ada tetapi agak berkurangan dan yang
penting cuba untuk hentikan tabiat tersebut kerana tulang masih lagi membesar.
Dalam kes ini, tindakan ibu bapa perlu tegas untuk menghentikan tabiat hisap puting dan jari di kalangan si kecil.
Seawal usia anak satu tahun, sudah ada sebutan perkataan yang keluar dari mulut anak. Seronoknya bila dengar anak ‘membebel’ dalam bahasanya sendiri. Bila kita asyik bersembang dengan anak, lebih cepatlah mereka akan dapat bercakap.
Besar peranan ibu ayah untuk menggalakkan anak untuk bercakap mengikut fasa perkembangannya. Ada sesetengah anak mungkin akan mengambil masa untuk mahir bercakap, tetapi jika konsisten diberi galakan mereka pasti boleh!
Biarpun anak-anak masih kecil dan tak boleh bercakap, sangat penting untuk ibu ayah berborak dengan mereka. Dengan cara ini sebenarnya dapat memberi pendedahan kepada anak untuk belajar pelbagai perkataan baharu.
Melalui penulisan Pn. Wawa Shauqi, ada beberapa kesilapan yang dibuat ibu ayah menyebabkan anak mejadi lewat pertuturan.
10 Kesilapan Mak Ayah Punca Anak Speech Delay
1️⃣ Tidak berkomunikasi dengan anak ketika bayi. Kerana menganggap anak tidak faham dan tidak mampu respon.
2️⃣ Tidak belajar teknik rangsangan pertuturan. Kerana merasakan anak akan pandai bercakap dengan sendirinya.
3️⃣ Tidak mendedahkan anak dengan aktiviti dan ransangan yang secukupnya kerana tak tau tentang keperluan sensori.
4️⃣ Menganggap gajet sebagai alat yang berkesan untuk bantu anak bercakap dan berkomunikasi.
5️⃣ Menganggap dialog kartun yang ditiru anak sebagai sebahagian tanda komunikasi.
6️⃣ Terus memberi anak objek yang mereka mahu bila anak meminta dengan cara merengek/ menunjuk dengan jari/ menarik tangan kita.
7️⃣ Bercakap pelat atau ‘baby talk’ dengan anak.
8️⃣ Sering membiarkan anak bermain bersendirian tanpa kita terlibat.
9️⃣ Menjadi wakil untuk menjawab soalan yang diajukan orang kepada anak.
🔟 Membiarkan anak terdedah dengan skrin lebih dari 2 jam sehari. (Termasuk TV, smartphone, tab dan laptop)
Memandangkan keadaan sekarang ini, kebanyakan aktiviti anak hanya dapat dilakukan dalam rumah. Nak keluar berjalan atau beriadah seperti biasa terpaksa ditangguh buat seketika. Jika rumah teres, sekurangnya anak adalah aktiviti petang nak bermain di laman rumah. Namun bagi yang tinggal di rumah bertingkat agak terhad nak bermain di bawah.
Jadi nak atau tak ibu bapa harus kreatif melakukan aktiviti bersama anak bagi mengelakkan mereka melihat gajet atau menonton TV dari pagi sampai malam.
Ada yang tertanya-tanya apa aktiviti menyeronokkan untuk buat dengan anak. Adakah perlu beli permainan mahal? Jawapan tidak. Jika ibu ayah kreatif, apa saja yang ada dalam rumah kita boleh buat dengan anak.
Salah satunya adalah pengepit baju. Dengan menggunakan pengepit baju ni, macam-macam aktiviti boleh dibuat bersama anak. Menarik sangat! Nak tahu apa aktivitinya, Puan Hanis Athirah Rusli ada kongsikan untuk anda.
Ehh, baru perasan banyak rupanya aktiviti yang telah kami gunakan guna bahan bantu belajar yang sama. Salah satunya pengepit baju! Alang-alang pagi tu pun kami buat beberapa aktiviti bertemakan pengepit baju.
Aktiviti Mengenal Pasti Pola (Pattern)
Buat beberapa susunan yang sama, tapi kosongkan dua kotak yang paling hujung.
Aktiviti Mengecam Bentuk
Tampal tape berbentuk segi empat, segi tiga dan segi tepat pada lantai. Lepas tu minta anaj susun pengepit atas garisan tape tu. Aktiviti ini seronok kerana anak boleh fokus sambil belajar mengenali bentuk.
Jadi, memandangkan kita sekarang dalam fasa berjimat cermat, Anis terdetik nak kumpulkan dalam satu album aktiviti homeschool kami yang menggunakan pengepit baju. Mana tahu boleh kongsikan idea dekat ibu-ibu yang nak santai-santai beraktiviti dengan anak.
Aktviti Memadankan Warna Yang Sama
Boleh digunakan untuk mengecam dan mengelas warna. Masa kepit pun kita dapat ransang kemahiran motor halus anak.
Aktiviti Membilang Sambil Belajar Susunan Nombor Menaik
Bimbing anak mengira nombor dan kepitkan pengepit baju antara satu sama lain. Selepas itu, boleh dedahkan anak konsep susun nombor secara menaik.
Aktiviti Mengecam Huruf Besar dan Huruf Kecil
Minta anak gabungkan pengepit baju secara berdua-dua. Pada helaian kertas sticker, tulis huruf besar dan huruf kecil yang ingin anak pelajari. Minta anak camkan dan gabungkan huruf besar dan kecil yang sama.
Aktiviti Motor Halus
Boleh gunakan pengepit baju untuk gantikan tweezer dengan mengepit objek yang kecil seperti bebola kapas atau pom pom.
Anis suka aktiviti hands on sebab bila mereka belajar sambil bermain, berpuluh ganda lebih mudah dikuasai berbanding teori semata-mata. Yang penting anak seronok belajar, kita pun suka.
Aktiviti Menggabung Bunyi
Ibu sebut perkataan yang ingin anak belajar. Seterusnya minta anak mengepit ejaan berdasakan konsep gabung bunyi.
Aktiviti Menambah
Baling dadu dan minta anak kira bilangan dot yang terdapat pada permukaan dadu. Letak pengepit baju mengikut bilangan yang dinyatakan pada dadu. Ulangi langkah sekali lagi. Seterusya minta anak jumlahkan bilangan keseluruhan pengepit baju.
Aktiviti Membilang
Tampal stickerpada lego, minta anak kepitkan bilangan pengepit baju sepadan dengan jumlah yang dinyatakan pada lego.
Aktiviti Pengecaman Nombor ( Number Recognition )
Tampal sticker pada kotak dan pengepit baju. Minta anak mengecam nombor yang sama dan kepitkan sekali.
Aktiviti Pengecaman Nombor ( Number Recognition )
Tampal sticker dekat hanger dan pengepit baju secara rawak, minta anak kepit yang sama sambil sebut nombor
Unstructured Play ( Free Play )
Beri saja kepada anak pengepit baju ni, pasti banyak idea yang dapat mereka hasilkan.
Semoga perkongsian Anis dapat membantu ibu membuat sesuatu yang bermanfaat bersama anak daripada bagi mereka tengok TV saja. Taklah mereka bosan dekat rumah kan. Jom sahut challenge Anis, buat aktiviti homeschool dan jangan lupa tagged
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Self esteem setiap anak ini asalnya normal. Namun dia boleh jadi rendah apabila kita sebagai orang tua yang duduk di sekelilingnya gagal membangunkan dirinya.
“Jangan panjat, nanti jatuh.”
“Jangan lari-lari.”
Jangan keluar.”
“Jangan macam itu, jangan macam ini.”
Jangan… jangan… jangan… yang akhirnya kebolehan anak terbantut dan keyakinan dirinya rendah.
Akibatnya si anak akan selalu sebut, “abang tak pandai… abang tak tahu nak buat… susahlah.”
Solusinya latih anak dengan diberikan tugasan mudah yang mereka boleh bebas lakukan.
Misalnya, “ikan laga ini abah belikan untuk along, along jaga ye… bagi makan dan hiaskan ‘rumahnya’ ye.”
“Along teman abah pergi kedai jom. Nanti along tolong abah bayarkan ye.”
Beri mereka galakan dan sokongan. Jangan ditegah dan dihalang. Dan satu lagi, adakala gurauan kita yang suka menyakat anak kecil ini jangan sampai ‘berlebih-lebih’.
“Saja nak sakat. Nak tengok dia nangis dengan marah. Comel.”
Hati-hati ye. Kita sedang membentuk karakter pembuli dan amarah dalam dirinya. dan mungkin sedang membunuh semangatnya sehingga menjadi rendah diri kerana selalu dipermainkan dengan gurauan yang tidak sesuai dengan usianya. Anak-anak emosinya berbeza dengan kita. Lebih halus dan tenang.
Jadi jangan sebarang-sebarang dan langgar saja. Apatah lagi membentak dan memukul sesuka hati kita.
Ingat, anak-anak adalah anugerah dan amanah yang mesti dididk memgikut acuan Allah. Bukan mengikut acuan selera tekak kita.
El Niño dijangka mempengaruhi cuaca Malaysia sehingga 2027. Ketahui risiko cuaca panas terhadap kanak-kanak, dewasa dan warga emas serta langkah perlindungan yang disarankan MET Malaysia.