Seorang ibu yang melahirkan pasti mahu anaknya membesar dengan sihat. Sedih sunggu hati ibu ini apabila bayinya meninggal dunia walaupun tiada sebarang komplikasi saat awal melahirkan. Menurut pemeriksaan doktor, rupanya bayi kecil itu meninggal dunia kerana terkena jangkitan kuman pada pintu rahimnya.

Menurut Kyrra Ismail, anak ketiganya ini adalah anak lelaki yang dinanti-nantikan selepas dikurniakan dua orang anak perempuan. Tambahnya lagi, ketika dia hamil tiada sebarang masalah kesihatan. Ikuti perkongsian Khyrra Ismail tentang momen kelahiran anaknya itu.

“Doktor Kata Dia Terkena Jangkitan Kuman Yang Ada Pada Pintu Rahim Saya Semasa Dilahirkan.” Baby Seif ‘Pergi’ Sebelum Sempat Merasa Susu Badan Khyrra
Khyrra dan suami sama-sama memberi kekuatan kepada satu sama lain.

Anak Dimasukkan Ke NICU Sebab Nadi Laju

7 March 19

Mase contraction CTG baby semua ok. Ditolak masuk labour room 6 setengah petang sebab bukaan dah masuk 4 cm pecah ketuban 6.55 ptg. 7.20 petang lahirlah putera yang ditunggu perasaan gembira menghilangkan segala rasa sakit penat lelah semasa berjuang.

Lepas bersalin baby terus dimasukkan NICU sbb masalah nadi laju (mase ni saya tak tahu baby ade masalah kuman di paru-paru) ingatkan masalah biase. Sebagai seorang ibu sentiasa positif sebab rasa tak pernah ade masalah sebelum ni.

IKLAN

Suami ulang alik tengok baby kat wad paediatrik..katanya baby ok..saya dimasukkan ke wad biase…sentiasa positif..menunggu nurse menghantar anak saya ke wad…perasaaan teruja tak sabar untuk menyusu baby..saya pula lepas bersalin tak dapat berjalan sendiri..kena bergantung kudrat orang lain untuk bangun serta ke tandas…ini disebabkan saya cramp yang teruk lepas bersalin..

Demam Semakin Kuat Kerana Rindukan Anak

8 March 19

Petang tu doktor mula call suami katanyaa keadaan anak semakin merosot. Masa ni baru tau anak terkena jangkitan kuman kat paru-paru…saya pun demam selepas bersalin…semua alatan yang diguna untuk anak saya adalah yang paling kuat…segala jenis antibiotik pun telah diberi…

IKLAN

Malam tu demam saya makin kuat. Rindukan anak and risaukan anak, spatutnya saya kena pam susu untuk bagi anak saya susu tapi terlelap disebabkan banyak sangat dos ubat yang diberi. Mungkin terlalu penat tiap mse menangis, doa tak pernah putus moga ada keajaiban buat anak saya..

Anak Terkulai Lemah, Tak Sempat Disusukan

9 March 2.30 pagi

Doktor call, anak saya kritikal…dah buat CPR tetapi makin lemah…hanya bergantung pada mesin….suami bawa saya ke wad…masa tu perasaan bercampur baur, sampai kat tempat anak saya, hanya Tuhan saje yang tahu bila tengok anak dah terkulai….saya hanya mampu meraung sekuat hati. Rasa macam dalam mimpi….bila nurse bagi riba buat kali terakhir hanya mampu isgtifar….Allahurobbi……sangat berat ujian yang harus aku terima mase tu. Sangat sedih sebab tak sempat nak bagi susu.

IKLAN

Doktor beritahu anak saya terkena jangkitan kuman GBS (Group B Streptococcus), kuman tu hanya ade masa bersalin dan berada pada pintu rahim…baby keluar terus terkena jangkitan. Kata doktor tak semua wanita kena masalah begini, sebab sesetengah ade simptom sebelum bersalin. Saya pula boleh detect selepas bersalin. Tapi itu hanya asbab saja, saya pun redha anak syurga syurga pergi.

Allah adalah sebaik-baik perancang. Moga ade hikmah disebalik semua ini. Harini hari ke 20 berpantang tanpa anak syurga saya…doakan saya kuat. Alfatihah untuk anak syurga mama…

Muhammad Seif Malik Bin Mohd Faizal Ikram.

“Doktor Kata Dia Terkena Jangkitan Kuman Yang Ada Pada Pintu Rahim Saya Semasa Dilahirkan.” Baby Seif ‘Pergi’ Sebelum Sempat Merasa Susu Badan Khyrra
Foto Seif (bawah sekali) yang Khyrra satukan bersama gambar anak sulung dan keduanya semasa bayi.

Sesungguhnya ujian yang Allah SWT berikan kepada Khyrra sekeluarga adalah kerana Dia yakin akan kemampuan ibu ini untuk menghadapinya. Pa&Ma mendoakan yang terbaik buat mereka sekeluarga.

SUMBER: FB KHYRRA ISMAIL

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI