Rimas pulak tengok keadaan si kecil ni yang asyik selesema. Kesian pun ada juga memandangkan si kecil masih belum pandai untuk mengeluarkan hingus sendiri.
Bagi pasangan yang pertama kali menjadi ibu bapa pasti tertanya-tanya bagaimana cara yang betul untuk memastikan sisa hingus keluar dan tidak tersekat dalam hidung anak. Doktor Hairin Anisa berkongsi cara yang betul untuk mengunakan nasal spray dan nasal decongestion untuk mencuci hidung si kecil.
Assalam & salam sejahtera, saya sharekan teknik yg real yg saya selalu ajar parents cara guna sea salt water nasal spray & nasal decongestion (oxymethazoline).
Ads
1st step
Sea salt water Nasal spray digunakan utk cuci hingus & secretion yg block hidung baby, spray 2- 3 kali selang seli antara kedua belah hidung tanpa melemaskan bayi.
2nd step Saya biasanya galakkan parents sedut balik segala cairan dalam hidung utk pastikan cairan tidak berkumpul dalam rongga hidung yg banyak poket dalamnya. Jika tak disedut semula, cairan itu sendiri akan jadi hingus yg tak sembuh2 sbb terbiar berkumpul dalam sinus (rongga hidung)
3rd step Selepas sedut, hidungnya akan lebih clear & ubat oxymethazholine (iliadin 0.01 – 0.025%) or oxynase or otrivin, boleh dititikkan / spray dalam hidung bayi mengikut teknik dlm video ke 2.
Ads
Tujuannya utk mengeringkan hingus & mengurangkan bengkak akibat radang dalam hidung.
Note : Jika masih banyak cairan mucous dlm hidung, biasanya oxymethazholine kurang berkesan sbb ubat tu mixed dgn hingus2.
Ubat ini hanya boleh diberikan 2 x sehari (pagi & petang@malam). Tapi cuci dgn sea salt water spray boleh guna beberapa kali sehari utk kurangkan sumbatan dek hingus baby yg banyak.
Ads
Selalunya cara ni boleh kurangkan simptoms2 dlm 3-5 hari. Tapi bergantung juga kpd environment rumah jika banyak carpet yg jenis simpan habuk, lambat lah nak sembuh sbb banyak hama (dust mites).
Begitu juga jika ada kucing di mana bulu2 halusnya berterbangan & masuk dlm hidung bayi. Utk cepat sembuh, pastikan environment juga bersih.
# Post live ttg ac rhinosinusitis yg lepas tu panjang & guna baby doll. Saya amat berterima kasih kpd pasangan En Mohd Syaiful & Puan Norazliza yg sudi mengizinkan saya mengambil video baby kembar mereka (twin 2 : Seri Ariana) yg sangat comel utk rakaman post dlm FB saya). Syukran jazilan. Semoga Allah swt menyembuhkan twin mereka segera. Aamiin.
Menuyusukan anak dalam keadaan areola luka (nipple crack) merupakan satu pengalaman ngeri bagi para ibu. Hanya para ibu yang pernah merasai sahaja tahu akan kesakitan itu. Dalam kesakitan itu, ibu masih perlu membekalkan bayi susu secara menerus daripada payudara, ada juga ibu perlu pam susu untuk dijadikan stok ketika ibu bekerja.
Nipple crack terjadi apabila lekapan mulut anak pada payudara ibu tidak betul. Pemilihan saiz yang corong pam yang salah atau pemilihan suction yang terlalu kuat dalam tempoh yang lama juga boleh menyebabkan nipple crack.
Menurut Asiah Maharam, teknik mengepam susu menggunakan tangan yang dipanggil Marmet bolej dilakukan semasa nipple crack. Akan tetapi, susu boleh berkurang jika tidak mahir menggunakan teknik ini.
Beliau juga turut berkongsi teknik marmet semasa nipple crack iaitu:
1. Perahan menggunakan pam hanya dilakukan sebelah sahaja dan sebelah lagi akan dilakukan menggunakan tangan.
2. Guna stimulation phase (tarikan laju-laju) sahaja supaya luka dapat dikawal bermula dengan level paling rendah dan makin meningkat bila mommies rasa selesa.
3. Waktu itulah susu akan keluar secara automatik dan bila mommies marmet nanti susu akan keluar dengan lebih cepat.
4. Bila susu mula berhenti keluar, tukar side di mana bahagian yang marmet tadi mommies pasang pam dan bahagian yang pam mommies akan marmet pula.
5. Ulang semula step 2,4 dan 5 sehingga 30 minit. Jika selepas 30 minit susu masih keluar jangan stop. Teruskan lah sampai susu tak keluar lagi.
Diharapkan teknik yang dikongsikan dapat membantu para ibu menghadapi situasi nipple crack dengan baik.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Apakah kepentingan untuk ibu menyusukan bayi daripada kedua-dua belah payudara? Ikuti penjelasan ini untuk mengetahui cara penyusuan susu ibu yang betul.
Cara penyusuan susu ibu: Ini saranan pakar
Dalam tempoh beberapa minggu pertama selepas bayi dilahirkan, sebaiknya mereka disusukan daripada kedua-dua belah payudara pada setiap sesi penyusuan.
Selain membantu merangsang pengeluaran susu ibu bagi mengukuhkan bekalan susu badan, ia juga dapat mengelakkan beberapa masalah biasa penyusuan seperti pembengkakan payudara, saluran susu tersumbat dan mastitis.
Selepas 4-6 minggu, apabila bekalan susu sudah seimbang dan berat badan bayi bertambah baik, anda boleh memilih kaedah penyusuan bersesuaian dengan diri dan si manja.
Cara penyusuan susu ibu: Ikut keselesaan
Umumnya, keputusan untuk memberikan satu atau kedua-dua belah payudara pada setiap penyusuan adalah bergantung kepada keselesaan.
Paling penting si manja mendapat susu yang mencukupi dan membesar pada kadar sihat serta konsisten.
Hanya sebelah payudara pada sesi penyusuan
Sebaik sahaja mempunyai bekalan susu mencukupi dan bayi membesar dengan baik, mungkin lebih mudah untuk menyusu menggunakan sebelah payudara pada setiap penyusuan.
Jika bekalan susu terlalu banyak, penyusuan sebelah payudara dapat membantu mengurangkan bekalan susu pada payudara bertentangan.
Kaedah ini juga boleh mengurangkan masalah kembung perut bayi, meragam dan gejala kolik.
Ada kalanya mungkin anda tiada pilihan seperti payudara sebelah lagi perlu direhatkan untuk sembuh, hanya sebelah payudara yang menghasilkan susu atau bayi lebih gemar menyusu pada sebelah payudara sahaja.
Menukar payudara
Menukar payudara pada sesi penyusuan turut mempunyai kebaikan tersendiri. Selain membantu memperbanyakkan bekalan susu, teknik menukar payudara membolehkan bayi yang mengantuk untuk menyusu lebih lama, memberikan lebih banyak susu untuk si manja menambah berat dan juga membantu mengekalkan payudara anda agar lebih seimbang.
Bagi anda yang tidak pasti cara untuk menukar payudara semasa menyusu?
Cara penyusuan susu ibu: Teknik switch nursing
Dikenali sebagai switch nursing – teknik ini melibatkan penukaran payudara beberapa kali secara berselang-seli semasa penyusuan.
Dalam teknik ini, bayi akan menyusu selama beberapa minit pada 1 payudara sebelum beralih ke payudara sebelah untuk beberapa minit dan terus mengulang tindakan yang sama sehingga si manja kenyang.
Teknik ini bagaimanapun tidak sesuai bagi:
Anda boleh membiarkan si manja menghabiskan penyusuan pada satu payudara dan kemudian menawarkan payudara sebelah setelah mereka selesai.
Pun begitu, teknik menukar payudara beberapa kali semasa penyusuan ini mungkin berkesan jika:
Si manja tertidur sambil menyusu
Cara penyusuan susu ibu ini dapat memastikan bayi kekal mengantuk dan menghisap lebih lama. Setiap kali penyusuan bayi semakin perlahan, terhenti dan mula tertidur, cuba bangunkan dia sekejap dan ubah ke payudara sebelah.
Peningkatan berat si kecil perlahan
Jika bayi tidak mendapat jumlah berat jangkaan, teknik menukar payudara boleh membantu meningkatkan jumlah susu ibu yang diperolehi pada setiap sesi penyusuan.
Teknik ini akan menggalakkan bayi menghisap susu untuk tempoh lebih lama sambil merangsang pengeluaran susu ibu.
Bekalan susu ibu kurang
Sekiranya anda mempunyai bekalan susu badan rendah, teknik penyusuan susu ibu dengan menukar payudara dapat membantu meningkatkannya.
Cara penyusuan susu ibu: Kekurangan teknik switch nursing
Antara isu yang mungkin timbul daripada teknik menukar payudara semasa penyusuan ini adalah bayi mungkin tidak menyusu untuk tempoh yang cukup bagi mendapatkan susu akhir (hindmilk).
Susu akhir ini adalah bahagian susu yang tinggi kandungan lemak dan berkalori yang bercampur dengan susu ibu selepas beberapa minit penyusuan.
Bayi yang menyusu selama beberapa minit pada setiap payudara mungkin hanya mendapat susu awal (foremilk) sahaja.
Jadi walaupun si manja mendapat lebih banyak susu melalui teknik menukar payudara ini, namun bayi mungkin tidak mendapat lemak dan kalori yang diperlukan.
Bantuan doktor
Cara penyusuan susu ibu melalui teknik switch nursing ini sesuai digunakan pada beberapa hari pertama penyusuan atau sehingga si manja mengalami peningkatan tumbesaran.
Apabila bekalan susu sudah meningkat, bayi lebih berwaspada dan penyusuan berjalan lancar, anda tidak perlu menukar payudara lebih daripada sekali pada sesi menyusu si manja.
Anda sepatutnya sudah boleh menyusukan anak pada sebelah payudara sehingga kosong sebelum beralih ke payudara lain untuk baki penyusuan.
Sekiranya anda mempunyai kebimbangan si manja mungkin tidak mendapat susu yang mencukupi, terlalu mengantuk semasa penyusuan atau mengalami kesukaran untuk menghisap, berjumpalah dengan doktor.
Doktor boleh memeriksa dan memberikan jalan penyelesaian terbaik untuk si kecil.
Kredit: Hello Doktor
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Teruja nak dapat baby, tapi masih banyak persiapan yang perlu dibuat. Mental dan fizikal pun kena mantap sebelum si manja lahir nanti. Mahu belajar segalanya tentang cara-cara menguruskan bayi baharu lahir? Jom sertai E-Workshop Pa&Ma : A-Z Uruskan Newborn Baby! Daftar sekarang di https://toko.ideaktiv.com/product/urus-newborn-baby-a-z/
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kanak-kanak kerap demam dan berbadan kurus, adakah disebankan oleh antibodi badannya yang lemah? Ini punca sebenarnya.
Ibu bapa sering kali gusar bila kerap mengalami demam dan selesema. Kadang kala boleh berlaku hampir setiap bulan. Adakah hal ini kerana kekurangan suntikan imuninasi yang boleh menguatkan tubuhnya.
ADAKAH KURANG MAKAN PUNCA ANAK SELALU SELESEMA & DEMAM?
Selera makan juga tidak konsisten dan lebih kerap kepada tidak berselera. Ibu bapa juga kadangkala buntu memikirkan bagaimanakah caranya untuk menambahkan selera makan anak kerana bimbang mellihat keadaan anak yang sangat kurus dan sering kali tidak lalu makan kecuali makanan ringan yang digemarinya. Apakah selera makan dan kurang makan ini menyumbang kepada antibodi yang lemah sehingga kerap demam?
Menurut Dr Mohamed Nazir Abu Bakar, Pakar Pediatrik, SALAM Specialist Hospital Shah, demam dan selesema dikalangan kanak kanak memangnya satu fenomena yang biasa. Ia bergantung pada faktor persekitaran yang biasa kanak-kanak itu didedahkan seperti di daycare centre, nursery atau tadika.
DEMAM 6 HINGGA 7 KALI SETAHUN
Adalah menjadi kebiasaan bagi seseorang kanak kanak itu mengalami demam dan selsema sebanyak 6-7 kali setahun namun adalah wajar sekiranta pemeriksaan fizikal oleh pakar kanak-kanak yang menyeluruh dijalankan dan ujian seperti darah dan air kencing dilakukan untuk mendapati tiada punca-punca yang lain.
IMUNISASI TAMBAHAN BAGI KANAK-KANAK BERISIKO
Selain daripada suntikan immunisasi yang wajib diambil anda juga imunisasi tambahan yang boleh diambil untuk menambahkan pertahanan seperti pnuemoccoccus, rotavirus dan influenza.
Kanak kanak yang dalam situasi berisiko seperti yang tinggal di daycare center, nurseri dan tempat pengasuhan kanak kanak sememangnya digalakkan untuk menerima immunisasi tambahan ini selain daripada imunisasi wajib.
Ibu bapa perlu berbincang dengam pakar kanak-kanak mengenai suntikan immunisasi yang ada dan yang mana perlu di berikan kepada kanak kanak mereka.
TREND PEMAKANAN TIDAK MENENTU & BERAT BADAN TURUN NAIK
Kanak kanak dalam limgkungan umur pra sekolah kebanyakannya mempunyai masalah pemakanan. Mereka selalunya mempunyai trend pemakanan yang tidak menentu dan amat memilih dan cerewet (picky eater) tentang makanan mereka.
Berat badan pun tetap dan sering turun dan naik. Apa yang penting bagi ibu bapa lakukan ialah memastikan tahap kesihatan mereka normal dan perkembangan tidak terjejas serta tahap aktif yang bertepatan dengan peringkat umur kanak kanak tersebut.
MAKANAN BERKUALITI & KALORI
Bagi kanak kanak, kuantiti pemakanan tidak penting tetapi kualiti dari segi kalori dan khasiat menjadi kepentingan. Kanak kanak yang cerewet ini memerlukkan strategi pemakaan seperti memberi makanan sebanyak 5-6 kali sehari daripada 3 kali yang lazim diberi. Beliau mencadangkan ibu bapa mendapatkan penerangan lanjut secara menyeluruh boleh di dapati daripada pakar kanak kanak atau dari pakar pemakanan dan nutrisi.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!