Anak kerap demam, ibu bapa kena jadi orang yang sentiasa peka dengan keadaan sekeliling. Lagi-lagi anak kecil yang masih belum boleh beritahu yang dia tak sihat. Apa yang membuatkan ibu bapa cepat panik adalah waktu malam bila suhu badan anak tiba-tiba naik.
Ditambah dengan kurangnya pengalaman nak ‘handle’ anak yang sering alami demam panas yang tinggi.
Dr Ezairy M. Sallih kongsikan tiga langkah penting yang boleh ibu bapa buat dan elakkan dari awal supaya anak tak selalu demam panas.
Ads
Sentiasa sediakan tuala yang direndam dengan air suam. Ibu bapa perlu ‘alert’ apabila ada di kalangan anak saudara, anak jiran atau sesiapa yang ada di dalam rumah sedang alami demam.
Jika anak kita nampak lemah, mulai ada tanda-tanda demam panas, segera letakkan tuala basah di badan dan kepala. Elakkan suhu menjadi lebih tinggi. Susah untuk dikawal. Bahaya!
Ads
Jauhkan anak-anak anda daripada mereka yang sedang alami gejala flu dan selesema atau batuk. Ini penting, sebab usia kanak-kanak amat mudah bagi jangkitan untuk merebak.
Ia akan menular secara udara akibat bersin, batuk atau juga secara sentuhan.
Anak kita boleh alami demam panas akibat beberapa sebab. Sama ada jangkitan virus, bakteria dan sebagainya. Demam akibat jangkitan virus pada tekak biasanya akan disertai dengan batuk, selsema dan tidaklah menyebabkan masalah demam yang lebih serius. Ia tidak perlu kepada antibiotik.
Ads
Namun ia berbeza sekiranya disebabkan jangkitan bakteria yang perlukan ubat antibiotik. Doktor akan memberitahu anda jenis jangkitan yang dialami. Sebab itu, apabila anda dapati anak anda ada tanda-tanda awal jangkitan, segera bawa periksa doktor. Jangan terlewat.
Bila anak meragam dan selalu berjaga malam tentunya membuatkan mama dan papa Apa kata lakukan urutan pada bayi. Urutan boleh membuatkan bayi kurang meragam dan tidur lena. Mama dan papa kena rajin urut. Hanya lima minit diperlukan!
Langkahnya pun mudah. Pasti si kecil suka dan masalah sukar tidur pun boleh diatasi. Dengan hanya beberapa minit, sentuhan dan belaian ibu boleh menjadi perangsang kepada perkembangan psikologi bayi. Urutan bayi sememangnya istimewa dan memberikan banyak manfaat kepada bayi. Ia mampu menjadikan bayi yang selalu meragam menjadi lebih tenang dan mudah diurus.
13 KELEBIHAN URUTAN KEPADA BAYI
1.Si manja tidur lebih lena.
2.Mengelakkan bayi daripada kolik atau kembung perut.
3.Memudahkan buang air besar bagi bayi sembelit.
4.Menghilangkan lenguh badannya yang lama berbaring setiap hari.
5.Menguatkan otot bayi.
6.Membantu bayi menguasai setiap tahap perkembangan fizikalnya seperti meniarap, merangkak, berjalan dan sebagainya.
7.Urutan bayi juga membantu bayi kuasai kemahiran motor halus dengan lebih mudah.
8.Bagi bayi pramatang, urutan akan membantu meningkatkan berat badan bayi dengan lebih cepat.
9.Ia adalah penyumbang kepada ikatan kasih sayang anda kepada bayi. Ia adalah salah satu cara untuk bonding dengan bayi.
10.Urutan kepada bayi memberi kesan positif terhadap keseimbangan emosi dan psikologi.
11.Kajian mendapati urutan kepada bayi sangat penting untuk perkembangan serta tumbesaran bayi dan memberi perlindungan daripada jangkitan pada peringkat awal kehidupan seseorang bayi.
12.Dalam pada itu, urutan penting untuk merangsang perkembangan bayi pra matang.
13.Boleh merangsang bayi dan kanak-kanakkumpulan yang memerlukan rawatan khusus antaranya seperti sindrom Down, cerebral palsy, asma dan autisme.
URUTAN AMAT DISARANKAN KEPADA BAYI PRAMATANG
Lebih menakjubkan, kajian ke atas bayi pra matang yang diberikan urutan pada kepala, bahu, belakang badan, kaki dan tangan selama lima minit setiap sesi dengan kekerapan tiga kali sehari menunjukkan pertambahan berat badan antara 21 hingga 47 peratus. Urutan dilakukan secara betul dan konsisten di samping penyusuan susu ibu membolehkan mereka mencapai berat yang ditetapkan dan boleh discaj daripada wad neonatal lebih awal.
BILA URUTAN BOLEH DILAKUKAN?
Waktu yang sesuai yang dicadangkan untuk melakukan urutan ialah antara waktu menyusu bayi, sekurang-kurangnya 30 minit selepas menyusu. Pastikan masa urutan ialah dua jam selepas bayi menyusu dan bayi dalam keadaan mood yang baik.
Ia adalah cara bagi mengelak bayi tidak begitu lapar atau begitu kenyang. Masa yang baik untuk mengurut ialah semasa bayi jaga(tidak tidur) dan waktu selepas mandi waktu pagi kerana kulitnya masih lembap. Urutan sebelum tidur juga akan membantu bayi anda untuk menenangkan diri, relaks dan seterusnya bersedia untuk tidur dengan lena.
PERSEDIAAN SEBELUM URUTAN
Pastikan suhu bilik tidak terlalu panas dan tidak terlalu sejuk. Baringkan bayi anda di atas tuala, lipatan kain atau pelapik menukar lampin di bawahnya. Anda mungkin lebih suka membiarkan bayi memakai baju jika keadaan agak sejuk. Atau biarkan dia bebas tanpa pakaian sekali-sekala. Namun pastikan bilik tidak sejuk.
Sambil mengurut anda boleh bercakap dengan bayi. Jika memasang sebarang audio , pastikan ia perlahan supaya bayi anda boleh mendengar anda bercakap dengannya.
Sediakan kelengkapan yang diperlukan untuk mengurut iaitu minyak untuk mengurut seperti minyak zaitun/ minyak kelapa/ minyak argan yang diperbuat daripada bahan semula jadi , tuala kecil, baju untuk dipakaikan kepada bayi anda selepas selesai urutan dan peralatan menukar lampin yang biasa digunakan.
LANGKAH DEMI LANGKAH URUTAN BAYI
Urutan bayi berbeza dengan urutan orang dewasa. Pastikan urutan tidak memberikan tekanan yang kuat kepada bayi. Gosokan yang lembut sudah memadai.
KAKI
Bahagian kaki adalah kawasan yang kurang sensitif. Seelok-eloknya mulakan sesi urutan pada bahagian ini.
*Tekan bahagian tengah tapak kaki dengan lembut menggunakan kedua belah ibu jari anda.
*Jangan lupa urut juga bahagian paha hingga ke pergelangan kaki bayi. Lakukan pada kedua-dua belah kaki.
*Lakukan juga toe squeeze iaitu jari-jari kaki dipicit satu persatu.
*Lakukan dengan gerakan memutar dan diakhiri dengan tarikan lembut di setiap hujung jari kaki bayi anda. Lakukan pada kedua-dua belah kaki.
LENGAN
*Seterusnya, lakukan urutan pada pangkal lengan tangan kanan dan kiri. Ia diurut secara gerakan memicit secara lembut.
*Kemudian, cuba buka tapak tangan bayi secara perlahan. Ia bertujuan untuk tarik lembut jari-jari bayi.
*Lakukan rolling pada lengan bayi. Buat gerakkan atas ke bawah. Perkara yangs sama dilakukan pada tangan sebelah lagi.
MUKA
*Bagi bayi yang kerap menangis atau mempunyai masalah pertumbuhan gigi, jangan lupa lakukan urutan ini. Mulakan dengan open book iaitu anda perlu melurut muka dari bahagian tengah ke luar.
*Urutan pada bahagian muka perlu dilakukan dalam keadaan tenang. Urut juga bahagian pangkal hidung dan lurut ke arah pipi.
*Bahagian bawah bibir bayi juga perlu diurut. Lakukan secara perlahan dan lembut pada bahagian muka bayi.
PERUT
*Urut perlahan-lahan dengan mengunakan tangan kiri dan kanan bersilih ganti dengan melakukan gerakan Sun & Moon.
*Pergerakan ini harus bermula dari kiri dan ke kanan. Sebagai tambahan, anda boleh membuat urutan dengan membuat gerakan I, L, U.
*Urutan di bahagian perut dipercayai dapat mengurangkan masalahkembung perut/ kolik dan sembelit.
BAHAGIAN BELAKANG
*Baringkan bayi untuk melakukan bahagian belakangnya. Urutan ini dikenali sebagai swoop neck to bottom di mulai daripada bahagian leher menghala ke pinggang. Urut belakang bayi dengan menggerakkan tangan ke atas dan ke bawah.
*Akhir sekali, letakkan jari di bahagian tengah belakang bayi. Urut dengan lembut sehingga ke bahagian punggung bayi.
*Urutan bahagian belakang dapat menghilangkan rasa ketegangan oleh bayi akibat terlalu lama berbaring.
“Kenapa bahagian belakang kepala bayi saya ni meleper?” Ramai ibu yang bertanya soalan ni semasa di klinik.
Menurut Dr Redza Zainol, ada bayi yang bentuk kepala mereka semasa lahir cantik bujur, tapi selepas beberapa bulan mula menjadi leper terutama di bahagian belakang kepala.
Inilah yang dipanggil sebagai Flat Head Syndrome. Puncanya disebabkan oleh bayi banyak diletakkan dalam posisi menelentang semasa tidur di atas tilam dan juga semasa mereka berjaga.
Bayangkan, mereka sentiasa ada dalam posisi menelentang dari pagi sampai ke malam. Jadi tekanan pada tulang kepala bayi yang lembut tu menyebabkan bentuk kepala berubah.
Saya cadangkan 3 jenis aktiviti ni untuk kurangkan Flat Head Syndrome ni. Kalau diamalkan, bila bayi tu berumur 1-2 tahun, bentuk kepala insyaAllah jadi cantik semula.
✅ Tummy to tummy
Lepas bayi lahir dah boleh letak bahagian perut bayi bersentuh pada perut/dada ibu yang sedang baring.
Sambil tu boleh pandang mata anak lama-lama. Bonding time antara ibu dan anak. Ayah pun boleh buat juga.
✅ Lap time
Baringkan bayi pada peha kita dengan bahagian perut bayi menyentuh peha ibu.
Kita support sikit kepala bayi dengan tangan atau kaki kita. Boleh teruskan sampai bayi tertidur.
✅ Side lying
Kita letakkan bayi dalam posisi mengiring. Letak gulungan kain di belakang bayi supaya bayi kekal dalam posisi mengiring.
Boleh juga letak alas kepala supaya bayi selesa. Tangan dan kaki bayi berada di depan badan bayi.
3 waktu sesuai untuk buat 3 aktiviti ni ialah :
– Selepas bayi bangun tidur
– Selepas bayi mandi
– Selepas tukar lampin bayi
Setiap aktiviti boleh dibuat selama 10-15 minit untuk setiap sesi. Lepas tu, bayi selalunya dah mula menangis sebab penat.
Setiap kali buat aktiviti ni, ibu bapa perlu pantau dengan rapi ya. Handphone letak jauh, fokus hanya pada anak. Pegang dan belai dia. Tengok mata dia. Peluk dia, sayang dia.
Peranan ibu ayah dalam kehidupan anak-anak sangat besar. Setiap apa yang kita sediakan untuk anak menentukan masa depan mereka. Itulah sebabnya kita dianggap seperti SUPERHERO pada mereka. Dengan hanya RM20, banyak ilmu yang akan mama papa dapat. Yang paling best, akan dapat AKAUN SSPN secara automatik!
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Corona virus (COVID-19) menunjukkan penurunan kes di Malaysia dengan mencatatkan jumlah 17 kes terbaharu. Namun begitu itu bukan bermakna untuk kita terus berada dalam keadaan selesa dan melupakan SOP yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Kerajaan Malaysia.
Menurut laporan Sinar Harian, seramai 317 kanak-kanak berusia 12 tahun ke bawah disahkan positif wabak koronavirus (Covid-19) di seluruh negara setakat ini.
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham berkata, daripada jumlah itu Selangor merupakan negeri tertinggi iaitu sebanyak 77 kes.
“Daripada jumlah tersebut, 112 kes membabitkan kanak-kanak berumur empat tahun dan ke bawah dan 22 kes ialah bayi kurang daripada 1 tahun.
“Setakat ini tiada kes kematian positif Covid-19 dicatatkan dalam kalangan kanak- kanak bawah 12 tahun,” katanya pada pada sidang akhbar situasi semasa jangkitan Covid-19 di kementeriannya di sini hari ini.
Sehubungan itu, Dr Noor Hisham berkata, selain warga emas, kumpulan kanak-kanak dan bayi juga merupakan kumpulan berisiko tinggi untuk dijangkiti wabak tersebut.
“Kanak-kanak dan bayi perlu dilindungi agar mereka tidak mudah terdedah dan dijangkiti Covid-19,” katanya.
Mungkin tidak banyak liputan mengenai kanak-kanak yang dijangkiti COVID-19, namun setelah melihat sendiri angka ini diharapkan ramai ibu bapa lebih prihatin untuk tidak membawa anak ke tempat yang berisiko. Sayangi anak anda, kanak-kanak antara golongan yang berisiko.
Sumber: Sinar Harian
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!