Anak kerap demam, ibu bapa kena jadi orang yang sentiasa peka dengan keadaan sekeliling. Lagi-lagi anak kecil yang masih belum boleh beritahu yang dia tak sihat. Apa yang membuatkan ibu bapa cepat panik adalah waktu malam bila suhu badan anak tiba-tiba naik.

Ditambah dengan kurangnya pengalaman nak ‘handle’ anak yang sering alami demam panas yang tinggi.

Dr Ezairy M. Sallih kongsikan tiga langkah penting yang boleh ibu bapa buat dan elakkan dari awal supaya anak tak selalu demam panas.

IKLAN

Doktor Kongsikan 3 Cara Mudah Atasi Anak Selalu Demam Panas

  1. Sentiasa sediakan tuala yang direndam dengan air suam. Ibu bapa perlu ‘alert’ apabila ada di kalangan anak saudara, anak jiran atau sesiapa yang ada di dalam rumah sedang alami demam.

Jika anak kita nampak lemah, mulai ada tanda-tanda demam panas, segera letakkan tuala basah di badan dan kepala. Elakkan suhu menjadi lebih tinggi. Susah untuk dikawal. Bahaya!

IKLAN
  1. Jauhkan anak-anak anda daripada mereka yang sedang alami gejala flu dan selesema atau batuk. Ini penting, sebab usia kanak-kanak amat mudah bagi jangkitan untuk merebak.

Ia akan menular secara udara akibat bersin, batuk atau juga secara sentuhan.

  1. Anak kita boleh alami demam panas akibat beberapa sebab. Sama ada jangkitan virus, bakteria dan sebagainya. Demam akibat jangkitan virus pada tekak biasanya akan disertai dengan batuk, selsema dan tidaklah menyebabkan masalah demam yang lebih serius. Ia tidak perlu kepada antibiotik.

Doktor Kongsikan 3 Cara Mudah Atasi Anak Selalu Demam Panas

IKLAN

Namun ia berbeza sekiranya disebabkan jangkitan bakteria yang perlukan ubat antibiotik. Doktor akan memberitahu anda jenis jangkitan yang dialami. Sebab itu, apabila anda dapati anak anda ada tanda-tanda awal jangkitan, segera bawa periksa doktor. Jangan terlewat.

Sumber: Dr Ezairy M.Sallih

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI