Seorang wanita meninggal dunia apabila rahimnya tertarik keluar oleh seorang doktor selepas melahirkan bayi perempuan dalam satu kejadian di Nizhneserginskaya, Rusia.
Doktor yang tidak dinamakan itu kini berdepan hukuman penjara tiga tahun jika sabit kesalahan cuai sehingga mengakibatkan kematian.
Mangsa, Alisa Tepikina, 22, meninggal dunia selepas koma akibat kesakitan melampau apabila rahimnya ditarik keluar.
Ads
Menurut laporan Daily Mail, doktor berkenaan pada mulanya ingin menarik keluar plasenta, tetapi sebaliknya merentap keluar rahim mangsa.
Tambah memilukan apabila ibu muda itu hanya mampu tersenyum melihat bayinya sebelum ditimpa kejadian yang meragut nyawanya tidak lama kemudian.
Ketika perbicaraan, ketua doktor Elena Barannikova mendakwa tidak berlaku keganasan ketika kejadian, namun dakwaan itu ditolak pakar selepas melihat laporan analisis lengkap.
Ads
Ibu mangsa, Svetlana Malyukova, 42, yang bersedih dengan kematian Alisa berkata dia tidak akan memaafkan doktor yang menyebabkan kematian anaknya itu.
Ads
“Tiada maaf. Jangan cuba berhubung dengan kami. Dia bunuh anak saya,” kata ibu mangsa.
Bayi perempuan yang diberi nama Anya kini dijaga Svetlana dan menantunya, Nikolay Tepikin.
Seorang ibu tunggal yang dijangkiti Covid-19, sempat berpesan kepada dua anak perempuannya berusia tujuh dan sembilan tahun, supaya pergi ke rumah anak yatim, sebelum menghembuskan nafas terakhirnya pada Isnin.
Pemeriksaan awal menggunakan kit ujian pantas Covid-19 mendapati ibu berusia 43 tahun itu, seorang tukang urut, positif Covid-19, dua anaknya juga turut dijangkiti.
Media Thailand melaporkan wanita tersebut mengalami gejala termasuk sakit dada, sukar bernafas dan batuk kira-kira tiga hari dan meninggal dunia di rumah ketika menunggu bantuan.
Sehari sebelum, seorang jiran membawanya ke hospital dan pulang semula pada hari yang sama. Wanita itu tidak dimasukkan ke wad, kemungkinan disebabkan terlalu banyak kes Covid-19 di hospital.
Rakaman video yang menunjukkan dua anak perempuannya sayu menyaksikan jenazah ibu mereka dibawa dengan tandu oleh sukarelawan, di daerah Bang Phli di Samut Prakan, Thailand, tular di media sosial dengan lebih 800,000 tontonan setakat ini. Dua beradik itu sedang dirawat di hospital.
Kisah ibu tunggal di Samut Prakhan itu dan mayat empat lelaki gelandangan yang dijumpai di tepi jalan di Bangkok minggu lalu menunjukkan betapa jangkitan Covid-19 telah kian mencengkam negara ini.
Jumaat lalu Perdana Menteri Prayuth Chan o-cha menyatakan kebimbangannya dengan laporan mengenai mereka yang meninggal dunia di tepi jalan dan di rumah ketika menunggu bantuan perubatan.
Dalam tempoh 24 jam, Thailand mencatat 14,150 kes baharu Covid-19 dan 118 kematian, dengan jumlah jangkitan keseluruhan kepada 526,828 dan 4,264 kematian setakat ini.
Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19 (CCSA) menyatakan sejumlah 171,921 pesakit masih dirawat di hospital dengan 4,284 dalam keadaan kritikal dan 954 memerlukan bantuan alat pernafasan.
Menurut CCSA kematian melibatkan 64 lelaki dan 54 wanita berusia antara 25 hingga 96 tahun termasuk 115 warga tempatan dan seorang warga Myanmar, Kemboja dan India. -Bernama
Sertai Webinar penyusuan terbesar ‘Mama Tak Penat Susukan Anak’ yang dianjurkan Pa&Ma tahun ini. Webinar PERCUMA ini menampilkan panel-panel hebat seperti Dato’ Dr Sheikh Muszaphar, Dr Seri Suniza, Dr Hairin Anisa, Puan Asiah Maharam dan perkongsian istimewa oleh Dato’ Siti Nurhaliza.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr. Zulkifli al-Bakri turut bersedih dengan berita kematian bayi lima bulan, Adam Rayqal yang ditemui dalam bahagian sejuk beku peti ais rumah pengasuhnya.
Sebelum mayatnya ditemui ibu bapa Adam melaporkan kehilangan anaknya selepas pengasuh mendakwa bayi itu diambil seorang lelaki.
Seluruh rakyat menangisi cara kejam yang dilakukan ke atas bayi kecil tidak berdosa itu. Bayangkan bagaimana perasaan yang dialami oleh ibu bapa arwah bayi ini, Farrah Madihah Othman, 28, dan suaminya, Mohd Sufi Naeif Mohd Fauzi, 28.
Hancurnya hati ibu dan ayah yang selama ini menatang anak pertama mereka bagai minyak yang penuh namun diperlakukan dengan kejam oleh orang lain.
Titipan pesanan yang dikongsi oleh Dr. Zulkifli al-Bakri dalam laman Instagramnya diharap dapat menenangkan kedukaan hati kedua ibu ayah bayi malang tersebut.
Dr. Zulkifli mendoakan agar kedua mereka sabar dan tabah menghadapi ujian hebat ini.
Mendengar khabar yang amat mendukacitakan hati ini. Kami sampaikan hadis ini kepada kedua ibu bapa Adam Rayqal. Semoga keduanya sabar dan tabah menghadapi ujian ini dan ditempatkan anak kecil ini di dalam syurga Allah SWT bersama-sama dengan mereka yang beruntung di sisi-Nya.
Daripada Abu Hassan, beliau berkata: Aku bertanya kepada Abu Hurairah RA: “Sesungguhnya dua anak lelaki aku telah meninggal dunia. Bolehkah engkau sampaikan apa-apa hadis daripada Rasulullah SAW yang akan melegakan diri kami atas kematian dua anak kami?” Abu Hurairah menjawab: “Ya. Kanak-kanak itu akan menjadi anak-anak di syurga. Apabila salah seorang mereka berjumpa dengan ayahnya atau kedua ibu bapanya, dia akan memegang pakaian atau tangan ibu bapanya sebagaimana aku memegang hujung baju kalian. Dia tidak akan melepaskannya sehingga Allah memasukkannya dan ayahnya ke dalam syurga.” (Riwayat Muslim, no: 2635)
Akhukum fillah,
Rata-rata netizen menangisi pemergian anak syurga ini. Pemergiannya diiringi doa daripada semua orang. Selamat bergembira di syurga Allah wahai si comel. Nantikan ibu dan ayahmu di pintu syurga.
Sumber: Instagram drzulkifli.albakri
Sumber foto: Bernama
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
“Nak bawa gambar Mamajee ke sekolah” begitulah luahan Fatimah yang dikongsi oleh ibu bapanya di instagram The Family UK.
Ramai yang mengetahui betapa rapatnya Fatimah dan arwah bapa saudaranya yang dikenali sebagai Adamdidam atau Chef Adam.
Chef selebriti, Chef Adam merupakan pemenang Hero Oven TV3 musim kedua dan terkenal di instagram kerana video masakannya yang menarik perhatian ramai.
Alhamdulillah…Fatimah finally went back to school yesterday. She requested to bring along a picture of Mamajee to share with her teachers and friends at school. She told them, “This is my uncle. I call him Mamajee. But he’s not like my uncle…he’s my dad! My Mamajee passed away. I love my Mamajee so much because he makes me feel safe.”
It was rather short, but meaningful sharing. We are very proud of her for being brave enough to share her feelings. Even though she is not completely healed, it’s ok. We’ll take it slowly, one day at a time.
Terjemahan:
Alhamdulillah.. Fatimah akhirnya kembali ke sekolah semalam. Dia meminta untuk membawa bersama gambar Mamajee untuk berkongsi kisah bersama guru dan kawan-kawan di sekolah. Dia memberitahu mereka, “Ini pakcik saya, saya panggil dia Mamajee. Dia bukan sahaja pakcik saya, tapi dia seperti ayah saya sendiri. Saya sayangkan Mamajee sangat-sangat sebab dia sentiasa buat saya rasa selamat.”
Perkongsian ini mungkin pendek dan ringkas tapi sangat bermakna. Kami sangat berbangga denganya kerana dia berani untuk berkongsi tentang perasaanya. Walaupun dia belum sihat sepenuhnya, tapi tak apa.
Netizen yang membaca luahan Fatimah sebak kerana luahan tersebut sangat ikhlas dari hati seorang kanak-kanak. Rata-rata mendoakan Fatimah dan keluarga kuat menghadapi kehilangan ini.
VBAC atau bersalin normal selepas czer memerlukan penilaian doktor dan bergantung kepada 3 faktor utama iaitu Power, Passage dan Passenger untuk memastikan kelahiran selamat.