top info

Anak-anak yang tengah nak membesar memang suka memasukkan objek ke dalam mulut. Maklum sahaja mereka bukan tahu benda yang dimasukkan itu merbahaya atau tidak. Jadi sebagai ibu bapa menjadi tugas kita untuk memantau setiap gerak geri anak, supaya risiko untuk mendapat kecederaan boleh dikurangkan.

Seperti perkongsian oleh Dr Ahmad Faisal Ismail yang menyeru ibu bapa supaya lebih berwaspada dengan objek yang dimasukkan ke dalam mulut anak. perkongsian yang dibuat seminggu sebelum tibanya Syawal bertujuan supaya ibu bapa lebih berhati-hati terutamanya sepanjang musim perayaan atau ketika hari biasa yang mana antara menu raya yang biasa dihidangkan seperti sate boleh mengundang bahaya.

Doktor Pesan Mak Ayah Kena Selalu Peka, Awasi Objek Yang Masuk Dalam Mulut Anak, Jangan Sampai Ada Yang Cedera!

WASPADA OBJEK DI DALAM MULUT ANAK

Kurang seminggu lagi kita akan menyambut Hari Raya Aidilfitri. Tidak lengkap menyambut Aidilfitri jika tiada hidangan satay. Namun di dalam keghairahan kita menjamu satay, ibubapa perlu berwaspada dan memastikan anak-anak tidak mendapat kecederaan semasa makan satay.

Ini kerana lidi satay boleh menyebabkan kecederaan pada mulut dan lelangit anak. Hujung lidi satay yang tajam boleh menyebabkan luka dan pendarahan jika tercucuk ke dalam mulut.

Selain lidi satay, objek lain yang boleh menyebabkan kecederaan ini termasuklah:
1. Chopstick
2. Pensil/pen
3. Sudu/Garfu
4. Straw
5. Berus gigi
6. Alat mainan

IKLAN

Kecederaan ini selalunya terjadi dikalangan kanak-kanak berumur sekitar 3-5 tahun. Ini kerana pada umur ini kanak-kanak amat aktif berlari dan bermain disamping koordinasi tangan yang belum cekap.

Kecederaan ini terjadi terutama apabila kanak-kanak bermain/berlari dengan objek di dalam mulut. Apabila terjatuh, hujung objek tersebut akan tercucuk ke dalam mulut.

Bergantung kepada jenis objek dan impak kecederaan, tusukan objek ini boleh menyebabkan pendarahan, lebam, luka (laceration atau abrasion), koyakan lelangit atau dalam kes-kes yang teruk boleh menyebabkan objek tembus ke bahagian yang lebih dalam.

Doktor Pesan Mak Ayah Kena Selalu Peka, Awasi Objek Yang Masuk Dalam Mulut Anak, Jangan Sampai Ada Yang Cedera!

IKLAN

Tusukan kecederaan ini selalunya terjadi pada lelangit dan anak tekak.

Kajian menunjukkan kebanyakan kecederaan berlaku pada sebelah kiri. Ini kerana kebanyakan kanak-kanak mempunyai tangan kanan yang dominan.

Jika berlaku kecederaan ini, ibubapa perlu membawa anak ke klinik/hospital dengsn segera, terutama jika melibatkan pendarahan yang aktif. Ibubapa juga perlu mengetahui objek yang menyebabkan kecederaan tersebut. Ini penting agar doktor dapat memastikan tiada serpihan yang mungkin tertinggal di dalam lelangit/mulut.

Terdapat kes di mana hujung mata pen terbenam di dalam lelangit dan hanya dapat dipastikan apabila ujian xray dilakukan ke atas kanak-kanak tersebut.
Unutk mengelakkan kecederaan ini, ibubapa perlu:

IKLAN

1. Sentiasa mengawasi anak-anak
2. Elakkan anak memasukkan objek ke dalam mulut, terutama objek yang tajam
3. Melarang anak-anak bermain/bergurau dengan objek di dalam mulut contohnya ketika anak memberus gigi

Sekian.

AHMAD FAISAL ISMAIL

Kena oncall masa raya
Nota – jika kecederaan pesakit tidak sesuai dengan keterangan ibubapa atau jenis objek, pengamal pergigian perlu mengesyaki kemungkinan terdapat isu physical abuse (non-accidental injury) terhadap kanak-kanak.
#paediatricdentistry
#mco

Doktor Pesan Mak Ayah Kena Selalu Peka, Awasi Objek Yang Masuk Dalam Mulut Anak, Jangan Sampai Ada Yang Cedera!

Sate memang antara hidangan yang digemari oleh setiap lapisan umur masyarakat di Malaysia. Jadi untuk si kecil yang sukakan hidangan tersebut, mama papa perlu lebih prihatin supaya tiada kejadian yang tidak diingini berlaku.

Sumber: Ahmad Faisal Ismail

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI