Ads

“Baru Hantar Dah Rindu…” Dr Amalina Kembali Bekerja Selepas Setahun Cuti Bersalin

Isi Kandungan

Pakar bedah asal Malaysia, Dr Amalina Che Bakri berkongsi kisah terbaharunya apabila akam  kembali bekerja setelah cuti bersalin selama setahun. Menerusi kemas kini di Instagram, Dr Amalina meluahkan coretannya yang menyentuh hati ramai ibu.

Selepas hampir setahun bercuti menjaga anak, beliau kini bersedia untuk kembali bekerja sepenuh masa. Namun, seperti ibu lain momen melepaskan anak ke nursery bukan sesuatu yang mudah.

Menurut Dr Amalina, anak keduanya, Aurora yang kini hampir 11 bulan, sudah mula ke nursery tiga hari seminggu sebagai persediaan sebelum beliau kembali bekerja pada bulan Mei. Malah, beliau juga mula melakukan beberapa keep in touch days iaitu masuk kerja secara berperingkat untuk biasakan diri semula selepas setahun bercuti bersalin.

Dr Amalina Kembali Bekerja & Cabaran Emosi Seorang Ibu

Walaupun beliau percaya sepenuhnya kepada staf nursery—lebih-lebih lagi kerana mereka juga pernah menjaga anak sulungnya Bella yang kini berusia 3 tahun hati seorang ibu tetap tak mampu menipu rasa.

Itulah realiti yang dilalui. Bahkan Dr Amalina sendiri mengakui, setiap kali meninggalkan Aurora, hatinya terasa kosong dan berat baru hantar, dah terus rindu.

Saya akan kembali bekerja tak lama lagi, dan Aurora pun sudah mula ke nursery tiga hari seminggu (Aurora hampir 11 bulan) untuk bantu  biasakan diri sebelum saya kembali bekerja sepenuh masa pada bulan Mei.

Saya juga mula masuk kerja beberapa hari tertentu (keep in touch days), untuk perlahan-lahan biasakan diri semula selepas setahun bercuti bersalin.

Sejujurnya… tinggalkan Aurora rasa jauh lebih berat berbanding waktu dengan Bella dulu. Mungkin sebab dia lebih rapat dengan saya, memang kuat ‘mummy’s girl’ 🥺

Staf di nursery memang sangat baik dan saya percaya sepenuhnya pada mereka. Mereka jaga Bella dengan sangat baik (sekarang Bella dah 3 tahun dan hampir nak mula sekolah!), jadi saya tahu Aurora berada di tangan yang terbaik.

Tapi tetap juga… hati seorang ibu memang rasa susah nak lepaskan. Baru hantar, dah terus rindu.

Dalam fasa Dr Amalina kembali bekerja ini, perubahan emosi adalah sesuatu yang sangat normal bagi mana-mana ibu yang melalui situasi sama.

“Baru Hantar Dah Rindu…” Dr Amalina Kembali Bekerja Selepas Setahun Cuti Bersalin

Dalam masa yang sama, saya tahu ini satu fasa penting untuk kami berdua, dan saya yakin Aurora akan berkembang dengan baik seperti Bella dulu.

Kembali bekerja, membina semula kerjaya, dan dapat membantu orang lain adalah sesuatu yang saya sangat syukuri, lebih-lebih lagi sambil membesarkan dua anak perempuan saya bersama suami tercinta 🤍

Ada tak ibu lain yang rasa hantar anak ke nursery ni memang seberat ini?”

“Baru Hantar Dah Rindu…” Dr Amalina Kembali Bekerja Selepas Setahun Cuti Bersalin

Pernah “pause” kerjaya demi keluarga

Selepas kelahiran Aurora, Dr Amalina mengambil keputusan untuk bercuti panjang bagi memberi sepenuh perhatian kepada anaknya. Dalam tempoh itu, beliau benar-benar menikmati fasa menjadi ibu sepenuh masa sesuatu yang jarang dapat dilakukan dalam kerjaya perubatan yang sangat mencabar.

Ads

Keputusan ini menunjukkan bahawa walaupun seseorang wanita itu berjaya, keluarga tetap menjadi keutamaan. Fasa ini juga menguatkan lagi ikatan antara ibu dan anak sebelum Dr Amalina kembali bekerja.

Kini, beliau perlahan-lahan kembali ke dunia kerjaya dengan melakukan keep in touch days sebelum kembali bekerja sepenuhnya.

Dilema ibu bekerjaya  antara kerjaya & hati

Perkongsian ini membuka mata ramai walaupun seseorang itu berjaya, kuat dan berdikari hakikatnya, hati seorang ibu tetap sama. Ada rasa bersalah. Ada rasa rindu yang datang tanpa amaran. Dan ada juga harapan… agar anak mampu menyesuaikan diri dan membesar dengan baik.

Dalam perjalanan Dr Amalina kembali bekerja, beliau sendiri percaya bahawa walaupun perpisahan kecil ini terasa berat, ia adalah satu milestone penting buat dirinya dan juga Aurora.

Ads

“I know she’ll flourish just like Bella did.”

Ramai ibu relate

Di ruangan komen, ramai ibu berkongsi perasaan yang sama—nursery drop-off memang antara momen paling mencabar dalam fasa membesarkan anak.

Namun dalam masa yang sama, ia juga tanda bahawa anak sedang membesar dan ibu juga sedang belajar melepaskan sedikit demi sedikit. Kadang-kadang, bukan anak yang susah nak adapt tapi hati ibu yang belum bersedia. Kisah Dr Amalina kembali bekerja ini benar-benar mencerminkan realiti kehidupan ramai ibu moden hari ini kuat di luar, tetapi lembut di dalam saat berpisah dengan anak tersayang.

“Baru Hantar Dah Rindu…” Dr Amalina Kembali Bekerja Selepas Setahun Cuti Bersalin

Ads

Untuk rekod nama Dr Amalina Che Bakri bukan asing lagi dalam kalangan rakyat Malaysia. Beliau merupakan pakar bedah yang berkhidmat di United Kingdom, dan mula dikenali ramai sejak mencapai keputusan cemerlang 17A1 dalam SPM suatu ketika dahulu. Kini, beliau aktif dalam bidang perubatan sambil berkongsi kehidupan sebagai ibu di media sosial.

Dr Amalina mendirikan rumah tangga bersama Alexander Charles pada tahun 2021 dalam satu majlis yang cukup elegan di London.

Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan dua orang cahaya mata perempuan iaitu  Arabella Mia  kini berusia 3 tahun dan Aurora Sienna  hampir 11 bulan.

 

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Dr. Amalina (@dramalinabakri)

Sumber: Instagram dramalinabakri

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Untuk Papa Mama

Pelajar Cuci Tandas Sekolah, Latih Jati Diri Atau Beban Baharu?

Isu pelajar cuci tandas sekolah mencetuskan perdebatan hangat. Adakah ia beban atau latihan jati diri yang mampu membentuk disiplin anak?