Angkasawan Negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor dan isteri, Datin Dr Halina selamat menimang cahaya mata kembar mereka pagi semalam.
Dr Halina melahirkan bayi lelaki pada jam 9.47 pagi dengan berat 2.26kg diikuti bayi perempuan jam 9.48 pagi dengan berat 2.17kg secara pembedahan di Pusat Perubatan Sunway.
Menurut laporan akhbar Harian Metro, Dr Sheikh Muszaphar yang mengakui sukakan kanak-kanak, menyatakan sudah mula merancang untuk mendapatkan anak ketujuh sebaik sahaja anak kembarnya itu dilahirkan.
“Saya seorang yang sukakan kanak-kanak dan pada masa sama, saya mahukan anak yang ramai kerana mahu membimbing mereka yang dilihat seperti versi saya yang kecil.
“Selain itu, ada kelebihan memiliki anak yang ramai walaupun sukar untuk menjaga mereka sekarang (semasa kecil). Bila mereka sudah besar nanti, anak-anak boleh menghilangkan kesunyian apabila kami sudah tua.
“Disebabkan itu, kini saya sudah bercadang untuk mendapatkan anak ketujuh. Bagi tujuan itu, saya perlu meyakinkan isteri terlebih dulu,” katanya ketika dihubungi Harian Metro semalam.
Beliau berkata, empat lagi anaknya sudah tidak sabar untuk berjumpa adik mereka.
“Ketika ini, hanya saya seorang dibenarkan melawat isteri serta anak di hospital kerana situasi Covid-19.
Ads
“Isteri kini dalam keadaan baik dan sudah makan serta boleh berjalan. Jika tiada aral melintang, isteri mungkin dibenarkan pulang ke rumah Ahad ini, namun bergantung kepada keadaan luka pembedahannya,” katanya.
Alangkah bagus kalau saya dapat ganti tempat Dr Halina
Sementara itu, di laman Instagram miliknya, Dr Sheikh Muszaphar turut menitipkan ucapan istimewa buat isteri tercinta dalam satu entri terbaru sempena kelahiran kembar sepasang mereka.
Menurut Dr Sheikh Muszaphar, walaupun menanti dengan penuh debaran, segalanya berbaloi saat bayi kembarnya itu dilahirkan.
“Perjalanan menuju ke bilik pembedahan, seperti perjalanan yang panjang. Pengorbanan yang si ibu haru lalui. Alangkah bagusnya kalau saya dapat ganti tempat Dr Halina.
Ads
“Ini adalah kali kedua isteri saya harus berhadapan dengan alat bedah. Tapi satu perkara yang saya yakin, semuanya berbaloi saat bayi dilahirkan,” tulisnya.
Ujarnya lagi, isteri dan bayinya kini berada dalam keadaan baik dan sedang berehat.
“Bayangkan bau baby tersebut. Betapa kecilnya mereka. kulit bayi yang berwarna merah jambu dan rambut lebat mereka. semua itu berbaloi dan mereka adalah versi mini saya.
“Salam sayang kepada semua. Alhamdullilah pembedahan tersebut telah berjaya, mommy dan babies sedang berehat, saya pun begitu,” kongsinya lagi.
Bayangkan anak kecil yang lahir kelihatan sihat, membesar seperti bayi lain… tetapi selepas beberapa bulan, tubuhnya mula lemah, otot kian susut, pernafasan jadi pendek-pendek, dan degupan jantung semakin tidak normal. Itulah realiti yang dihadapi oleh anak-anak dengan Pompe Disease, sejenis penyakit metabolik yang sangat jarang berlaku, tetapi memberi kesan besar kepada kehidupan seharian.
Apa Itu Pompe Disease?
Pompe Disease adalah penyakit genetik yang berlaku kerana tubuh anak tidak mempunyai enzim khas untuk memecahkan glikogen (sejenis gula dalam otot). Bila gula ini terkumpul, otot termasuk otot jantung, otot pernafasan dan otot badan lain jadi lemah dan rosak sedikit demi sedikit.
Terdapat dua jenis utama:
Infantile-onset Pompe Disease – mula kelihatan sejak bayi, lebih cepat memburukkan keadaan.
Late-onset Pompe Disease – muncul ketika kanak-kanak lebih besar atau remaja, dengan simptom lebih perlahan.
Tanda-Tanda Yang Ibu Ayah Perlu Peka
Walaupun jarang berlaku, ibu bapa perlu tahu simptom awal, antaranya:
Bayi lemah dan tidak mampu mengangkat kepala.
Susah menelan atau menyusu.
Nafas laju atau sering sesak.
Otot badan nampak lembik dan mudah penat.
Perut kelihatan buncit kerana otot abdomen lemah.
Simptom ini kadang-kadang nampak seperti “biasa”, tapi bila berlarutan, ia sebenarnya petanda serius.
Realiti Rawatan, Cabaran Besar Keluarga
Rawatan untuk Pompe Disease dikenali sebagai Enzyme Replacement Therapy (ERT). Ia membantu menggantikan enzim yang tiada dalam badan anak. Namun, rawatan ini bukan mudah:
Kosnya sangat tinggi, mencecah ratusan ribu ringgit setahun.
Anak perlu rawatan berjadual, seumur hidup.
Sokongan perubatan lain (fisioterapi, terapi pernafasan) juga diperlukan.
Ramai keluarga rasa buntu kerana kos terlalu besar, tetapi mereka tetap berjuang demi anak.
Apa Yang Kita Semua Boleh Buat?
Peka tanda-tanda awal – jika anak lambat berkembang atau kelihatan terlalu lemah, segera buat pemeriksaan.
Sokong keluarga rare disease – beri kata semangat, bantu sebarkan kesedaran.
Jaga kesihatan anak sendiri – hargai setiap nafas, kerana tidak semua kanak-kanak diberi peluang membesar dengan sempurna.
Pompe Disease mungkin jarang berlaku, tetapi ia benar-benar wujud. Setiap anak yang menghadapinya adalah pejuang kecil, dan setiap ibu ayah yang menjaganya adalah wira tanpa jersi. Semoga kesedaran ini membuka mata kita semua bahawa kesihatan anak adalah anugerah yang tidak ternilai.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bagi anda yang baru menimang cahaya mata, sekiranya anda terlihat bibir bayi comel anda kelihatan sedikit membengkak dan bergelembung seperti dalam gambar di bawah, jangan terus panik ya.
Walaupun gelembung atau “blister” ini kelihatan mengerikan, tetapi sebenarnya ia adalah normal dan tidak berbahaya sama sekali.
Ada dua penyebab
Gelembung ini biasanya berwarna sedikit pucat dan sering terjadi di bahagian tengah bibir, mengandungi cecair serta tidak sakit.
Keadaan ini disebut sebagai “suction pads” ataupun “sucking calluses”. Ianya boleh terjadi kepada mana-mana bayi, dan merupakan suatu keadaan normal yang berlaku akibat daripada proses adaptasi terhadap bibir bayi yang baru belajar menyusu.
Secara ringkas, gelembung ini terjadi disebabkan adanya geseran (friction) yang berlaku pada bahagian bibir bayi secara terus-menerus ketika sedang menyusu badan (breastfeeding).
Bagi bayi yang tidak menyusu badan juga masih boleh mengalami gelembung ini melalui geseran yang timbul terhadap bibir ketika bottle-feeding.
Ibu tak perlu risau
Suction pads ini tidak memerlukan sebarang rawatan kerana biasanya tidak menimbulkan sebarang gejala kesakitan atau ketidakselesaan terhadap bayi.
Malah, keadaan ini juga biasanya akan sembuh dan beransur-ansur hilang dengan sendiri dalam tempoh beberapa minggu.
Walaubagaimanapun, jika bayi anda mengalami sebarang gejala ketidakselesaan atau kesukaran untuk menyusu, segeralah bawa bayi anda untuk pemeriksaan lanjut di klinik kesihatan berhampiran ya. Semoga bermanfaat!
Teruskan “Follow” FB saya dan set “Favourite” supaya anda tidak terlepas info yang menarik dan sangat berguna tentang kesihatan pergigian.
#DakwahGigi
Kredit foto: IG dentistbyheart & Google
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Setiap kali menyusukan bayi, mungkin kita sudah terbiasa menukar posisi menyusu di kedua belah payudara kiri dan kanan. Hakikat hal ini tidak perlu.
Menurut kata Dr Muhammat Izzat Abdul Razak, Doktor Kesihatan Wanita & Kehamilan, ketika menyusu tidak perlu menukar kiri dan kanan kerana kedua-dua belah payudara menghasilkan susu awal (Foremilk) dan susu akhir (Hindmilk) yang juga sama. Ini yang dikongsikan oleh beliau.
Ibu yang menyusu badan selalu tanya kat saya;
“Betoi ka Dr, breast belah kanan tu bagi makanan kat baby, breast belah kiri bagi minuman? So, lepas bagi susu (belah kanan ) kena tukar site ( belah kiri ) pula”
Tak betoi!
Kedua-dua breast adalah sama dan kedua-dua breast hasilkan susu awal ( Foremilk ) dan susu akhir ( Hindmilk ) yang juga sama.
Tak kisah la baby isap susu 1 minit atau 25 minit per sesi, kedua-dua sesi tetap ada foremilk dan hindmilk.
Foremilk ni susunya kurang kandungan lemak dan kalori rendah, manakala bahagian berlemak dan penuh krim lebih pada hindmilk. Disebabkan kandungan lemak yang tinggi pada hindmilk, susu ni amek masa untuk travel dalam kelenjar susu.
Bahasa mudah; Foremilk : susu rendah lemak ( skim milk ), Hindmilk : susu tinggi lemak ( full cream milk ) – macam dessert untuk babies.
Kalau sekat masa purposely untuk pastikan baby dapat ‘makanan’ belah kanan, dan ‘minuman’ belah kiri – proses penyusuan boleh terganggu, ada kemungkinan hindmilk kurang sampai ke baby dan baby tak kenyang, ataupun baby minum foremilk terlampau banyak ( foremilk and hindmilk imbalance ).
Maka, takyah susah-susah tukar breast kiri dan kanan masa menyusu. Biarkan baby hisap sampai berapa lama dia nak.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Berita Bung Moktar meninggal dunia mengejutkan negara. Ketahui perjalanan hidup, keluarga, legasi politik dan sisi peribadi tokoh Sabah ini yang dikenang ramai.