Kes tertelan syiling atau benda kecil dalam kalangan kanak-kanak antara yang sering berlaku. Kadang ia berlaku tanpa ibu bapa perasan pun waktu bila anak memasukkan obejek tersebut.
Keadaan ini biasanya akan disedari apabila anak mula menunjukkan tingkah laku pelik atau rasa tak selesa selepas itu.
Seperti yang dikongsikan oleh Pakar Telinga Hidung Tekak (ENT), Dr Mohd Shaiful Nizam, kes melibatkan kanak-kanak tertelan syiling antara yang sentiasa berlaku dan mungkin boleh mengancam nyawa jika syiling itu masuk ke dalam saluran pernafasan.
Menerusi perkongsiannya di Twitter, Dr Shaiful berkongsi mengenai satu kes kanak-kanak tertelan syiling yang dikendalikan olehnya.
Menurutnya, ia merupakan syiling terbesar yang pernah dikeluarkan olehnya, berbeza dari pesakit-pesakit sebelum ini.
JIKA SILAP MASUK SALURAN, BOLEH MEMBAWA MAUT!!!
Ini cerita OnCall di malam tadi. Seminggu sebelum menjelang Ramadan.
“Bos, ada referral dari kecemasan ni, budak 7 tahun tertelan duit syiling” – kata MO saya yang Oncall.
Ads
“Bagaimana keadaan pesakit? Ada susah nafas ke? Neck Xray finding dia apa?” – Balasku ringkas.
“Alhamdulillah. Pesakit stable. Xray nampak ada kat esophagus”
Alhamdulillah.
Antara kerisauan utama Pakar ENT jika ada budak tertelan bendasing adalah masuk ke dalam saluran pernafasan, bukan saluran pemakanan (esophagus).
Jika termasuk dalam saluran pernafasan, pesakit boleh mengalami sesak nafas & boleh membawa kematian.
Ads
Untuk pesakit ini, urusan pembedahan mengeluarkan duit syiling yang tersangkut di saluran esophagus dipermudahkan tanpa sebarang komplikasi yang serius.
Hanya mengambil masa beberapa minit sahaja dibawah bius penuh (GA).
Alhamdulillah. Duit syiling 50 sen berjaya dikeluarkan.
UNTUK REKOD, INI ADALAH NILAI SYILING TERBESAR BUAT SAYA SELAMA MENGELUARKAN DUIT SYILING PESAKIT SEBELUM-SEBELUM INI.
(Kebanyakan sebelum ini adalah nilai 10 sen dan 20 sen)
Buat ibu, bapa atau penjaga, sentiasalah awasi permainan anak-anak anda. Elakkan memberi mainan kecil kepada anak-anak yang suka masukkan sesuatu ke dalam mulut mereka.
Jangan ajar anak-anak bermain magic, hilangkan benda ke dalam mulut. Elakkan bergurau ketika ada benda di dalam mulut.
Ads
Nasihat terakhir, segeralah bawa anak-anak ke hospital jika ternampak tertelan benda-benda yang tidak sepatutnya!!
Dan seandainya anda tidak nampak berlaku, antara gejala awal yang biasa adalah anak-anak muntah dengan tiba-tiba sambil menjolok tangan ke dalam mulut.
Dah tak ada idea nak masakkan apa untuk anak, semua dia tolak. Tak tahulah di mana silapnya padahal dah cuba macam-macam resipi. Untuk mommies yang ada masalah anak susah makan, jom segera dapatkan e-book 100++ Resipi Si Manja & Tip Untuk Mama!
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Jika dilihat pada perwatakan aktif si kecil yang bernama Qaiser Ali Naim ini pasti tiada siapa yang menyangka bahawa anak ini sedang bertarung dengan penyakit kanser pada kedua belah matanya atau secara saintifiknya dikenali sebagai Bilateral Retinoblastoma.
Menerusi perkongsian ibunya yang menggunakan nama Yunyun Nisa’ Khairunnisa di laman Facebook, wanita ini berkongsi keadaan anaknya yang baru berusia setahun lebih. Tak dapat betapa kuatnya si kecil Qaiser melawan kanser yang ada walaupun usianya masih lagi kecil.
Menurut ibunya, kanser yang dialami oleh Qaiser mula dikesan ketika umurnya baru lapan bulan, dan ketika setahun mata kiri Qaiser terpaksa dibuang kerana kanser tersebut.
Dalam laman facebook milik ibunya itu juga, dia sentiasa mengemaskini perkembangan terbaru Qaiser yang kini sedang menjalani rawatan kemoterapi untuk kanser yang sedang dihidapinya itu.
Bismillahirrahmanirrahim,
2 minggu lepas, Pakar peads onco bgtau yg dia tidak berpuas hati dengan kanser yg berada di dalam mata kanan Qaiser Ali Naim. Doc cakap..after 4 cycle ni, if kanser still aggressive..doc takkan tambah cycle chemo lagi dan demi untuk selamatkan nyawa Qaiser Ali Naim..doc terpaksa remove satu2 nya mata yang Qaiser Ali Naim ada😭😭😭
After that, jumaat lepas Qaiser Ali Naim EUA utk chemo cycle 7. Seharian anakanda bonda menangis sbb lapar. Nak buat macamna..awak puasa. Berdebar bonda tunggu result IAC 2minggu lepas. Lepas hampir 1jam dalam OT..nama Qaiser Ali Naim kena panggil. Bonda berlari tak cukup simen p kat misi..misi bagitau doc nak jumpa dalam bilik kaunseling. ye, dalam bilik ni la bonda nangis tak abis2 ngenangkan Pakar bgtau yang depa nak buangmata kiri Qaiser 5bln lepas. But, this time..bonda dah kuat sikit. Masuk je bilik tu..doc bg salam n suruh duduk.
“Assalamualaikum ibu, kita dah tengok mata Qaiser tadi..berita baiknya tak ada anak2 kanser yang tumbuh dan kanser tu tak makin membesar..kanser tu statik ye ibu (Alhamdulillah..YaAllah..bonda dah nangis) Berita tak baiknya..kanser tu still there..size besar macam dulu dan kalau dilihat..kanser tu dah menutupi titik peka Mata Qaiser Ali Naim..maksud kat situ..kalau tertutup..Qaiser xkan nampak..blindness..(bonda nangis lagi)..tapi..tapi..Qaiser kat rumah macamna ye ibu?? bonda cakap..YaAllah doc, Qaiser acting like kanak2 normal lain..dia respon. Bonda buka fon n tunjuk dengan doc semua video Qaiser..doc speechless..doc cakap..maksudnya Qaiser ada vision. Allahhuakhbar. Plan pakar sekarang..mereka akan teruskan sistemic chemo..IAC hold dulu. Tunggu 27/3 ni untuk plan seterusnya.
Dah Mula Ketuk Kepala Tahan Sakit
Sekarang Ni, Qaiser Ali Naim dah mula ketuk2 kepala dia belah kanan..YaAllah, mesti mata dia sakit😭😭😭
Nota Kaki :
Bulatan kecik tu doc dah laser.
Yang warna kuning tu lah titik peka Qaiser Ali Naim.
Semoga si kecil ini terus kuat untuk melawan penyakit kanser yang dihidapi dan semoga keluarganya juga terus tabah melalui ujian yang diberikan Allah. Terus doakan Qaiser supaya dipermudahkan segala rawatan dan diberi kesembuhan untuknya.
Susu ibu merupakan makanan terbaik untuk bayi terutamanya sejak lahir hingga bayi berusia enam bulan. Ia mengandungi semua khasiat yang diperlukan oleh si manja untuk membesar dengan sihat.
Bagaimanapun, selagi rezeki susu untuk anak masih ada, teruskan penyusuan sehingga tempoh maksimum kerana ia dapat memberi kebaikan pada anak selain mampu menguatkan sistem imun badan si kecil.
Berikut 14 khasiat susu ibu buat si manja anda!
Vaksin pertama
Kandungan susu ibu pertama yang berkhasiat ialah kolostrum. Ia mengandungi antibodi yang tinggi serta lebih sel darah putih. Merupakan vaksin semula jadi yang baik untuk bayi dan bertindak sebagai “imunisasi” pertama bayi. Susu ibu yang mengandungi banyak faktor bio yang kompleks ini memberi kesan positif dan merangsang sistem biologi badan, mengekalkan mikro organisma berguna dalam usus bagi mengekalkan kestabilan kesihatan.
2. Kulit
Kulit bayi lebih sihat dan tidak kering. Malah mampu membantu mengelakkan dia mendapat alahan pada kulit seperti ekzema.
3. Tekak
Dapat mengelakkan jangkitan gejala sakit tekak yang merupakan penyebab berlakunya demam kepada kanak-kanak.
4. Telinga
Antibodi dalam susu ibu melindungi bayi daripada jangkitan telinga yang menyebabkan gangguan tidur dan pemakanan kanak-kanak.
5. Mata
Susu ibu yang kaya dengan vitamin A dan E membantu penglihatan bayi lebih tajam serta mengelakkan daripada penyakit mata.
6. Kecerdasan otak
Bahan penting susu ibu antaranya mengandungi kandungan protein dan asid lemak omega 3 yang mudah hadam untuk membantu perkembangan mental. Dua kajian terbaru Cambridge di England dan Flinders, Australia membuktikan bayi yang disusukan dengan susu ibu kecerdasan mampu memperoleh IQ sehingga tahap tujuh hingga 10 mata melebihi IQ biasa.
7. Mulut
Komposisi zat dan vitaminnya sesuai dan mencukupi untuk bayi. Ia dapat membantu perkembangan otot bahagian muka yang baik.
8. Lidah
Khasiat susu ibu bergantung kepada apa yang anda makan setiap hari. Oleh itu adalah lebih mudah untuk anda menentukan corak pemakanan yang baik untuk bayi. Justeru, susu ibu yang mempunyai pelbagai rasa membuatkan bayi lebih menerima pelbagai jenis makanan apabila bayi mula makan makanan pejal.
9. Sistem pernafasan
Kandungan kolostrum membuatkan bayi kurang mendapat jangkitan pernafasan, nafas kurang berbunyi, mengelakkan penyakit pneumonia dan selesema.
10. Jantung
Rendah paras kolesterol apabila dewasa kelak. Ini kerana ia mengandungi enzim I yang menghadam lemak. Kadar degupan jantung lebih rendah dan mengurangkan kadar serangan jantung.
11. Buah pinggang
Kadar kandungan garam yang minimum membolehkan susu ibu lebih mudah dicerna oleh buah pinggang bayi.
12. Saluran kencing
Ia mengandungi anti jangkitan yang melawan pelbagai jangkitan penyakit. Malah dapat mengelak jangkitan pada saluran kencing.
13. Sistem penghadaman
Kandungan susu ibu yang mempunyai kolostrum mampu melawan jangkitan penyakit seperti cirit-birit dan sembelit. Bagi bayi baru lahir, ia dapat memudahkan pengeluaran najis (mekonium) selepas kelahiran.
14. Jalinan emosi
Proses penyusuan mampu mengeratkan hubungan ibu dan bayi kerana ia adalah satu jalinan darah yang secara semula jadi yang dapat mengeratkan kasih sayang antara ibu dan anak. Dakapan dan sentuhan semasa penyusuan membuatkan bayi secara psikologi berasa selamat bersama anda.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Anak-anak yang tertelan benda kecil/barang kecil antara tragedi yang sangat menakutkan untuk ibu bapa hadapi. Situasi ini kadang-kadang tidak disedari oleh ibu bapa sehinggalah anak mula lemah dan mengadu sakit di dalam perut.
Begitulah situasi ngeri yang dihadapi oleh Puan Abby apabila anak kecilnya tertelan mainan magnetic balls kepunyaan si abang. Lebih menyedihkan apabila si kecil terpaksa menjalani pembedahan untuk mengeluarkan biji magnet tersebut. Puan Abby berkongsi pengalamanya dan berharap situasi ini tidak terjadi kepada ibu bapa lain.
Assalamualaikum semua..terima kasih yang doakan anak saya… Hari kedua kat hospital, ni yang berlaku pada baby Ayfaa..
Ya Allah… Tak tau nak cakap macam mana.. semoga apa yang berlaku pada anak saya jadi peringatan buat semua ibu bapa.
Ini hasil X-ray dan ultrasound. ( Xray lebih jelas). Kelihatan 4 biji seperti manik size sebesar manik tudung tu je.. tapi yang menjadi sangat bahaya apabila biji magnet ni melekat pada dinding laluan tu.. macam terbelit usus. Boleh menyebabkan usus bocor/ luka.
Pada mulanya saya fikir keracunan makanan.. tapi baby tidak cirit-birit. Cuma muntah setiap kali makan atau minum. Doktor suspect sesuatu yang tidak baik sebab dalam darah sudah ada toksin..
Baby menangis sepanjang hari tahan senak perut agaknya. Usus pun dah mulai bengkak.. dah tak minum susu selama 4 hari, makan pun taknak..baby sekarang dalam pengawasan hospital untuk minor surgery esok in sha Allah ( 27/4/2021) untuk buang magnet.
Trauma dan fobia sungguh saya dengan benda ni.. bukan pada bayi sahaja.. jika org dewasa pun telan benda ni ..perkara sama juga boleh berlaku.. Ni permainan budak-budak sekarang.
Abangnya yang minta beli… ya Allah cuainya saya biarkan anak beli mainan mcm ni… sungguh, saya sesal sangat… Saya mohon doa sahabat semua doakan agar dipermudahkan dan kesembuhan buat anak saya ye.
Ini benda yg dikeluarkan. Magnet kecik melekat dua biji pada bahagian (a) dan dua biji pada bahagian(b)
Saluran usus telah bocor akibat daripada magnet ni menyepit saluran usus. (Tindakbalas asid perut)
Pembedahan amik masa dua jam tadi untuk keluarkan ini. Sekarang doktor akan pantau selama 2 hari lagi. Baby Ayfaa juga kena berpuasa lagi..Subuh tadi ayfaa masih boleh bercakap, merengek sakit.. tolong la ayfaa mama.. fa sakit perut.. tido pun tak nak baring. Dia hanya duduk tersengguk-sengguk.. bila baring dia kesakitan.
Sungguh … Sangat pilu hati saya.. tak sanggup tengok semua prosidur.. hanya suami yang mengiringi ke bilik bedah… Suami pun tak tahan , apatah lagi saya..
Terima kasih semua yang bertanya kabar, tak mampu saya balas dengan kata-kata setiap titipan doa kalian.. betapa saya saya sangat terharu…😭
Setakat sekarang.. ayfaa dalam keadaan baik. Dah mula sedar.. Harap perkara ini tidak berlaku pada anak-anak anda semua… Tolong la buang jauh jauh magnet atau apa saja object yang berkemungkinan anak ambik telan.
Terima kasih yang sudi aware tentang bahaya magnet ni.. tidak mudah untuk lalui, jika tiada kemudahan, anak belum pandai bercakap.. nak cari punca pun tak tahu.. tanda-tanda hanya demam dan muntah.. jika lambat bertindak.. boleh keracunan darah yang teruk. Seperti diracun. Beringat la ye semua.. ianya sesuatu yang sukar untuk kita dilalui.😢
(Saya izinkan kongsi dengan sesapa yang ada anak kecik.. mungkin ini saja cara yang boleh bantu ibubapa aware).
#day3 #Laparotomy foreign body removal and primary repair of stomach and small bewel.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kisah benar seorang ibu tentang bagaimana karies botol menyebabkan semua gigi anaknya terpaksa dicabut melalui pembedahan. Ketahui punca, perjalanan emosi dan tips elak masalah sama.