Batuk merupakan gejala yang sering berlaku pada semua individu tak kira orang dewasa atau kanak-kanak. Masalah ini disebabkan oleh beberapa faktor antaranya jangkitan bakteria atau virus.

Bila seseorang mengalami batuk, pastinya tidak akan rasa selesa kan? Jadi penyelesaiannya mesti bergantung pada ubat batuk semata-mata. Bagaimanapun menurut Dr Rizal Abu Bakar, ada cara lebih selamat tanpa memudaratkan kesihatan seseorang untuk jangka masa panjang.

Zaman sekarang, saya lihat ramai yang kerap sakit. Terutama selesema dengan batuk. Mainan fikiran buatkan badan rasa lemah semacam. Betul tak?

Fikir pasal cik Vid. Asal demam je cik Vid. Asal batuk je cik Vid. Bukan setakat cik Vid. Sekarang ni juga musim berubah-ubah. Kejap panas kejap hujan.

Saya dah pernah kongsi tentang remedi untuk selesema. Green flu shot dan minuman immune booster. Kali ini saya nak share tentang cara rawat batuk.

Pernah tengok tak kesan ambil ubat batuk pada otak? Dulu masa saya kerja di Australia. Saya pernah lihat. Saya jadi takut lepas tengok.

Dr Rizal Kongsi Petua Hilangkan Batuk & Kahak Guna 2 Bahan. Tak Perlu Ubat Batuk!Semenjak hari tu. Saya dah tak ambil dah ubat batuk. Lagi-lagi nak bagi kat anak-anak. Jauhkan diri daripadanya.

Bila batuk menjelma. Saya guna alternatif lain. Cari yang kesannya tak macam ubat batuk. Kesan yang berbeza terus. Kesan yang tak jahanamkan otak.

Makan masa untuk saya cari. Saya review jurnal saintifik. Saya baca buku. Saya rujuk mereka yang pakar. Akhirnya, jumpa.

IKLAN

Sehingga kini, saya gunakan petua ni sekiranya batuk. Cara pun mudah.

Caranya ialah:

1. Potong 1 biji bawang Bombay/Holland kepada 2 bahagian. Guna 1 bahagian sahaja.

Dr Rizal Kongsi Petua Hilangkan Batuk & Kahak Guna 2 Bahan. Tak Perlu Ubat Batuk!2. Leraikan lapisan bawang tadi.

3. Campurkan 1 atau 2 sudu makan madu mengikut yang kita mahu.

IKLAN

Dr Rizal Kongsi Petua Hilangkan Batuk & Kahak Guna 2 Bahan. Tak Perlu Ubat Batuk!4. Gaulkan biar rata.

5. Tutup dan biarkan selama 1 atau 2 jam.

6. Jus akan dirembeskan melalui bawang bercampur madu.

7. Ambil satu sudu dan minum.

Dr Rizal Kongsi Petua Hilangkan Batuk & Kahak Guna 2 Bahan. Tak Perlu Ubat Batuk! Rasanya persis ubat batuk. Tujuannya keluarkan kahak dengan mudah. Tiada kesan buruk pada otak.

IKLAN

Orang putih panggil ‘cough syrup.’ Melalui pembacaan saya dapati juga petua ni mereka pakai lama dah. ‘Homemade remedy’ untuk batuk. Boleh cuba di rumah.

Kredit: Dr Rizal Abu Bakar

Dr Rizal Kongsi Petua Hilangkan Batuk & Kahak Guna 2 Bahan. Tak Perlu Ubat Batuk!

Sebagai ibu, sudah tentu kita mahukan yang terbaik buat si manja. Pemakanan yang sihat dan seimbang sangat kita titikberatkan supaya anak dapat membesar dengan baik.

Nak tahu rahsia sediakan hidangan enak yang buat anak berselera makan? Jom, sertai E-Workshop Kelas Penyediaan Makanan Anak: Sedap, Sihat & Selamat di https://toko.ideaktiv.com/product/e-workshop-kelas-penyediaan-makanan-anak-sedap-sihat-selamat/

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI