Dr Sheikh Muszaphar Suka Sekiranya Dr Halina Dapat Bersalinkan Anak Mereka Di Gunung Arafat, Ini Reaksi Dr Halina

Share

Angkasawan negara pertama,Datuk Dr Sheikh Muszaphar kini yang sedang mengerjakan ibadah haji di tanah suci bersama ibunya menyatakan dia suka untuk melihat isterinya, Dr Halina melahirkan anak di Gunung Arafat.

Sepanjang tempoh itu, beliau telah berkongsikan banyak info di tanah suci menerusi rakaman video seperti mengenai keadaan kesihatan para jemaah di sana.

Semalam, beliau telah memuatnaik video di Instagram yang yang dirakamkan Command Control Centre di Mina yang dioperasikan oleh Kementerian Kesihatan Saudi.

Video – 11 bayi dilahirkan di Arafat tahun ini – SubhanAllah
Ini adalah laporan daripada Command Control Centre
di Mina yang dioperasikan oleh Kementerian Kesihatan Saudi.

Daripada live feed, pemantauan ambulans secara langsung, bilangan katil, CCTV untuk memantau aliran haji di Mekah, Mina, Mudzalifah & Arafat – kerajaan Saudi mempunyai teknologi tinggi untuk memastikan keselamatan dan kesihatan kepada semua 2.5 juta jemaah haji.

Salam Semua

PS: Saya suka sekiranya Dr Halina bersalin di Gunung Arafat, dan saya akan namakan bayi itu Sheikh Arafat.
Love As Always …

Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor & Dr Halina telah dikurniakan 4 cahaya mata iaitu Sophea Isabella, 7, Sophea Natasha, 5 dan anak kembar lelaki Sheikh Adam dan Sheikh Noah, 1 tahun.

Dr Halina telah memberikan reaksi komen yang comel kepada ponsting Instagram suaminya itu iaitu mempersoalkan sekiranya bayi yang dilahirkan itu perempuan.

Posting Dr Sheikh Muszaphar ini juga menerima komen dan rekasi daripada para follower beliau;

Sumber: Instagram Datuk Dr Sheikh Muszaphar & Datin Dr Halina Mohd Yunos

IKLAN