Angkasawan negara, Dr Sheikh Muszaphar memberitahu bahawa isterinya Dr Halina merupakan salah seorang petugas kesihatan yang berkhidmat ketika wabak Covid-19 ini.
Menerusi akaun Instagramnya, Dr Halina mula bertugas sejak hari pertama penyakit tersebut melanda negara.
Menerusi akaun Instagramnya, Dr Halina mula bertugas sejak hari pertama penyakit tersebut melanda negara.
Isterinya merupakan individu yang akan melakukan ujian saringan kesihatan buat pesakit yang mempunyai simptom wabak berkenaan. Namun, Dr Sheikh Muszaphar memaklumkan bahawa isterinya sendiri mempunyai simptom yang sama.
Ads
Dikuarantin sementara
Menurut Dr Sheikh Muszaphar, isterinya menunjukkan beberapa simptom wabak Covid-19 iaitu sakit tekak dan batuk selepas pulang dari tempat kerja bebeberapa hari lalu. Oleh itu, dia telah melakukan ujian saringan dan kuarantin diri sendiri di dalam bilik sehingga laporan kesihatannya dikeluarkan.
Ads
Tambah angkasawan tersebut, melihat isterinya terpaksa dikuarantin dan berjauhan dengan anak-anak merupakan perkara yang paling sedih.
Di samping itu, Dr Halina pernah memberitahu bahawa dia tidak mahu anak-anaknya termasuk suami tercinta dijangkiti wabak berkenaan.
Ads
Berhubung keputusan ujian saringan kesihatan, Alhamdulillah Dr Halina negatif wabak Covid-19. Malah, dia segera menjalankan tanggungjawabnya sebagai doktor.
Kegigihan Dr Halina ternyata membuatkan suaminya terharu. Ini kerana, apa jua rintangan dan dugaan yang datang, sebagai doktor dia ingin menyelamatkan ribuan nyawa dan berbakti kepada negara.
Kejadian tragis seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun meninggal dunia selepas dipercayai diserang sekumpulan anjing liar berhampiran rumahnya di Kampung Sungai Tohok, dekat sini, Semporna Sabah.
Kejadian jam 8.41 pagi itu mangsa, Nazrin Sah Nasir, bersama sepupunya dikatakan pergi ke kedai yang terletak di hadapan rumahnya manakala bapanya dikatakan sedang bersarapan dan tidak menyedari kejadian itu.
Dalam pada itu, Polis daerah ini mengesahkan seorang kanak-kanak berusia dua tahun maut akibat diserang anjing liar dalam kejadian di Kampung Sungai Tohok pada Ahad.
Lebih meruntun jiwa, mangsa ditemukan oleh orang kampung dalam keadaan berlumuran darah disyaki diserang sekumpulan anjing liar berhampiran dewan berdekatan rumahnya kira-kira 9 pagi.
Mangsa dikejarkan ke Hospital Semporna namun dilaporkan meninggal dunia semasa dalam perjalanan.
Jenazah mangsa selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Kg Sungai Tuhok, hari ini.
Sumber memberitahu, mangsa ditemukan oleh orang kampung dalam keadaan berlumuran darah disyaki diserang sekumpulan anjing liar berhampiran dewan berdekatan rumahnya kira-kira 9 pagi.
“Mangsa dikejarkan ke Hospital Semporna namun dilaporkan meninggal dunia semasa dalam perjalanan,” katanya.
Jenazah mangsa selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Kg Sungai Tuhok, hari ini. Ketua Polis Daerah Semporna Superintenden Mohd Sabri Zainol berkata pihaknya menerima laporan berhubung perkara itu semalam daripada bapa saudara mangsa pada 10.33 pagi.
“Polis turut membuka kertas siasatan yang diklasifikasikan sebagai kematian mengejut dan bedah siasat ke atas mangsa dijalankan hari ini di Jabatan Forensik Hospital Tawau,” menurutnya dalam kenyataan di sini.
Beliau berkata Ibu Pejabat Polis Semporna akan bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan untuk menjalankan operasi anjing liar bagi menjamin keselamatan penduduk.
Mohd Sabri turut menasihati orang ramai agar tidak menyebarkan video berkaitan insiden itu demi menjaga sensitiviti keluarga mangsa.
Beliau berkata pihak polis sendiri terkesan dengan penularan video berdurasi 8 saat itu di media sosial yang memaparkan seorang kanak kanak terbaring dalam keadaan bogel serta berlumuran darah dan terdapat kesan gigitan.
Sumber: Sinar Harian & Harian Metro
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Takdir Allah mendahului segalanya. Seorang pelajar semester akhir di Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Sultan Mizan, Besut, Terengganu, yang bercita-cita menjadi ustazah, pergi menghadap Ilahi dalam satu kemalangan tragis di Kilometer 16, Jalan Gua Musang-Kuala Lipis, pada pagi Rabu.
Dalam kejadian sekitar jam 6.45 pagi itu, Nur Alya Fatnin Mohd Mawardzi, 22, bersama tiga rakan lain sedang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur menuju ke IPG. Malangnya, kenderaan jenis Proton X50 yang dinaiki Allahyarham dirempuh oleh sebuah treler, mengakibatkan kejadian yang meragut nyawanya.
“Seluruh warga IPG dan IPGMKSM mengucapkan takziah kepada ahli keluarga Allahyarhamah Nurul Alya Fatnin, pelajar 10 PISMP PAI 2 yang kembalinya ke rahmatullah.
“Marilah kita mendoakan dan menyedekahkan al-Fatihah agar beliau ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman,” kongsi TikTok rasmi IPGMKSM.
HAFIZAH 30 JUZUK AL-QURAN
“Arwah seorang anak yang sangat baik dan dia adalah hafizah yang sudah menghabiskan hafazan 30 juzuk al-Quran,” kata ibu arwah
Menurut ibu Allahyarham, Azizah Harun, 63, anak bongsu daripada lima beradik itu sedang dalam perjalanan pulang ke IPG selepas menyertai lawatan ke Indonesia bersama pensyarah dan rakan-rakannya.
Azizah berkata, Allahyarham sempat membalas mesej WhatsApp bapanya, Mohd Mawardzi Akhir, 65, sekitar jam 6.29 pagi tadi, yang bertanya mengenai lokasi mereka ketika itu.
Azizah memaklumkan bahawa pada sekitar jam 7.58 pagi, mereka menerima panggilan daripada rakan Allahyarham yang memaklumkan tentang kemalangan yang berlaku. Setelah itu, keluarga segera bergegas ke Hospital Gua Musang untuk mendapatkan maklumat lanjut.
Menurut Azizah lagi, anak bongsunya itu sepatutnya menduduki peperiksaan akhir pada keesokan harinya sebelum merancang untuk menghabiskan cuti bersama keluarga di rumah mereka di Bukit Panau, Tanah Merah, Kelantan.
Meninjau di ruangan komen, rakan-rakan mengucapkan takziah dan mendoakan Allahyarham.
“Hafizah 30 juzuk al-Quran, orang yang baik. Semoga ditempatkan dalam kalangan orang beriman.”
“Tak sempat bergelar ustazah. ALLAH lebih menyayanginya. Takziah untuk keluarga.”
“Al-Fatihah buat arwah anak solehah Alya (al-hafizah). Semoga ditempatkan di syurga tertinggi, aamiin.”
TRELER GAGAL DIKAWAL
Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintenden Sik Choon Foo, memaklumkan bahawa siasatan awal mendapati treler jenis Volvo yang dipandu seorang lelaki berusia 28 tahun sedang dalam perjalanan dari arah Kuala Lipis, Pahang menuju ke Gua Musang semasa kejadian berlaku.
“Setibanya di lokasi, pemandu treler tersebut hilang kawalan dan merempuh dua kenderaan, iaitu Perodua Axia dan Proton Saga.
“Treler itu kemudian melanggar bahagian belakang sebuah Perodua Axia dan Proton X50 yang berada di bahu kiri jalan,” katanya.
Beliau turut menjelaskan bahawa impak pelanggaran tersebut mengakibatkan pemandu Proton X50 cedera di bahagian kepala, manakala penumpang hadapan hanya mengalami kecederaan ringan.
Beliau menjelaskan bahawa penumpang belakang di sebelah kiri mengalami kecederaan pada bahagian pinggul, manakala seorang lagi penumpang disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.
Kemalangan yang berlaku pada awal pagi itu melibatkan 13 individu, termasuk pemandu treler.
Superintenden Sik Choon Foo turut memaklumkan bahawa kes tersebut sedang disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 kerana pemanduan secara melulu sehingga menyebabkan kematian.
Orang awam yang mempunyai maklumat berkaitan insiden ini diminta untuk menghubungi talian 09-9121222 bagi membantu siasatan lanjut.
PLUS Malaysia Berhad (PLUS) menjangkakan peningkatan aliran trafik hingga 2.2 juta kenderaan sehari di lebuh raya kendaliannya pada 12, 13, 19 dan 20 September ini sempena cuti persekolahan dan sambutan Hari Malaysia.
Seperti biasa, musim cuti panjang ini memang ditunggu-tunggu oleh ramai keluarga untuk pulang ke kampung halaman. Namun, kesesakan jalan raya boleh jadi cabaran besar terutama buat ibu bapa yang membawa anak kecil.
PLUS dalam kenyataannya menasihatkan pengguna Lebuhraya PLUS dan Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) merancang perjalanan lebih awal dengan menggunakan jadual perjalanan digital MyPLUS-TTA dalam aplikasi PLUS. Jadual ini membantu kita memilih masa terbaik untuk memulakan perjalanan agar tidak terlalu lama terperangkap dalam kesesakan.
“Dengan penambahbaikan terbaru, MyPLUS-TTA kini boleh diakses pada hari-hari puncak terpilih. Ia direka untuk membantu pengguna lebuh raya merancang perjalanan dengan lebih efisien dan memastikan aliran trafik lebih lancar,” menurut PLUS.
Buat mak ayah, kesesakan jalan raya bukan sahaja menguji kesabaran, malah boleh menyebabkan anak-anak mula meragam kerana bosan atau tidak selesa. Jadi, sebelum bertolak, cuba praktikkan tip ini:
Rancang waktu bertolak – Pilih masa perjalanan mengikut cadangan MyPLUS-TTA. Elakkan waktu puncak supaya anak tidak terlalu lama berada dalam kereta.
Bawa makanan ringan – Sediakan snek kegemaran anak seperti roti, biskut atau buah potong untuk elak mereka lapar.
Sediakan hiburan – Pasang lagu kanak-kanak, cerita animasi di tablet atau bawa buku cerita untuk mengisi masa.
Berhenti rehat – Jangan paksa anak duduk lama. Singgah di R&R untuk beri mereka peluang ke tandas, berjalan seketika dan ‘buang tenaga’.
Pastikan keselesaan – Bawa bantal kecil, selimut nipis atau mainan kesayangan supaya mereka lebih tenang sepanjang perjalanan.
PLUS juga mengingatkan semua pengguna lebuh raya supaya memuat turun atau mengemas kini aplikasi PLUS, selain memastikan baki kad Touch ‘n Go atau e-dompet sentiasa mencukupi sebelum memulakan perjalanan. Tak ada siapa yang mahu beratur panjang di lorong tambah nilai ketika trafik sedang sesak.
Musim cuti ini adalah masa terbaik untuk eratkan hubungan kekeluargaan. Walaupun perjalanan jauh kadangkala meletihkan, momen bersama anak-anak dalam kereta akan menjadi kenangan berharga bila mereka membesar nanti.
Semoga perjalanan pulang ke kampung dan bercuti bersama keluarga menjadi pengalaman yang manis buat semua.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!