Keletah si comel, Muhammad Hayder Qalish, anak sulung pelakon Eyra Hazali ini sentiasa mendapat perhatian ramai.
Namun Hayder yang mempunyai pengikut setianya dikhabarkan baru-baru ini terpaksa menerima rawatan di hospital selepas mengalami cirit-birit dan muntah.
Pun begitu kata Eyra, bagaimana pun anaknya itu tidak dimasukkan ke hospital kerana kapasiti hospital berkenaan yang penuh.
Menerusi Instagram pasangan ini, Eyra memuat naik sekeping gambar Hayder yang sedang menerima rawatan dan kelihatan lemah.
“Hayder muntah-muntah and cirit birit.
Ads
“Sekarang masukkan drip dulu sebab hospital semua penuh. Doakan Hayder cepat sihat ya,” tulis Eyra di Instagram.
Dalam pada itu, Eyra turut mengharapkan agar semua dapat mendoakan kesembuhan buat anaknya itu.
Rata-rata pengikut si comel Hayder di Instagram turut sama mendoakan agar Hayder cepat sembuh dari sakitnya.
Ads
“Allahuu get well soon handsome boy auntyyy.”
“Alooo cian dia..gws hayder shayangggg.”
“Get well soon Hayder 🥺❤️❤️Stay strong handsome boy💪🏻💟💟 but you still cute okeh.”
Terdahulu, Eyra dan Haziq mendirikan rumah tangga pada 1 November 2019 dan hasil perkongsian hidup mereka, mereka dikurniakan dua orang cahaya mata, Muhammad Hayder Qalish dan Muhammad Endra Hakimie.
Figura angkasawan negara ini bukan sahaja dikenali kerana kejayaannya dalam karier tetapi juga bagaimana dia menguruskan anak-anak yang ramai dengan begitu baik sekali.
Sering berkongsi ilmu parenting, Dr. Sheikh Muszaphar dan isteri sering menjadi inspirasi kepada ibu bapa degan cara didikan mereka.Setiap perkongsian tentang hal keibubapaan beliau banyak membantu serta mendapat perhatian ramai.
Biarpun sibuk dengan kerjaya, namun Dr. Sheikh Muszaphar adalah family man yang sering menghabiskan masa dengan anak-anak untuk memastikan mereka mendapat perhatian yang secukupnya.
Mempunyai seramai enam orang cahaya mata, namun layanan kepada setiap seorang tetap sama. Semuanya manja dengan beliau! Melalui perkongsian beliau di laman Instagram dapat dilihat Dr. Sheikh Muszaphar sedang menyuap anak-anaknya makan.
Jom, tengok video ini;
“Anak-anak cepat membesar, sekelip mata saja. Inilah masa untuk jadi BFF mereka.”
Menurutnya, bila suap anak-anak makan dapat menguatkan bonding antara adik-beradik. Malah katanya lagi, semua anak-anaknya suka apabila disuap makan.
Antara komen yang ditinggalkan warganet;
Paling menarik perhatian adalah gelagat anak bongsu Dr. Sheikh Muszaphar yang sangat concern dengan semua adik-beradiknya. Emelia memerhatikan ayahnya menyuap semua orang dan kemudian meminta Dr. Sheikh Muszaphar untuk memberikan cekodok pisang kepada kakaknya, Bella. Sweet betul!
Baru-baru ini kecoh apabila sijil kelahiran seorang bayi lelaki yang diberi nama “Muhammad Bossku” tular di media sosial. Gambar sijil pendaftaran itu dimuat naik Dean Ahmad di Facebooknya jumaat lalu, dalam keterangan gambar, “Wife (Isteri) aku marah letak nama ni.. apa masalahnya?”
Hantaran itu menerima kecaman netizen yang menganggap tindakan tersebut sebagai mempersendakan nama seorang anak dan ada juga yang meneka gambar tersebut disunting semata-mata
Dean menjelaskan, dia memuat naik gambar berkenaan di laman sosial selepas memperoleh sijil kelahiran anak keduanya yang lahir 12 Januari lalu.
Sebelum ini, dia telah mencadangkan nama Muhammad Bossku kepada isterinya untuk bayi lelaki mereka namun ia dibantah.
“Selalunya memang saya yang berikan nama anak, sama seperti anak pertama dulu”
“Masa tu sana sini orang sebut “bossku” sebab tengah jadi trending. Jadi saya cadangkan nama Muhammad Bossku pada isteri. Isteri marah dan kata jangan mengada-ngada letak nama itu sebab dia malu ramai orang mula permainkan panggilan itu. Saya cakap pada dia, “Nak malu apa isteriku? Kan nama tu sedap dipanggil”
Telah Disunting
“Saya memang suka mengusik, isteri pun tahu perangai saya. Jelasnya lagi, sebaik mengambil surat beranak di JPN, dia segera menyunting untuk bergurau dengan isteri.”
“Lepas dapat sijil kelahiran anak di JPN, saya apa lagi cepat-cepat edit bahagian nama dan hantar gambar kat isteri menerusi Whatsapp. Dia bising suruh cepat balik. Sampai kat rumah, isteri hanya tahu ia betul-betul sekadar ‘prank’ (gurauan) bila keluarkan sijil tu daripada sampul.”
“Muhammad itu dalam bahasa Arab maksudnya yang terpuji dan Boss itu bermakna seseorang dalam kedudukan tertinggi dan disegani, jadi apa yang tidak baiknya?”
Dia turut menolak kecaman netizen yang menuduhnya tidak sensitif dan mempersendakan anugerah anak yang diberikan Tuhan. Baginya nama tersebut mempunyai maksud yang baik-baik sahaja.
Nama Sebenar Anak
“Nama anak saya yang sebenar adalah Umar Al-Faqeh. Tapi kalau selepas ni ada kawan-kawan yang nak panggil anak Bossku, saya tak boleh halang. Mudah-mudahan dia jadi bos suatu hari nanti.”
“Isteri tahu saya ni suka bergurau dan berjenaka. Bila saya beritahu nak letak nama Bossku tu, isteri antara percaya dan tidak percaya.”
Sumber: Sinar Harian
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Geramnya dengan anak yang buat perangai ni! Sampai satu tahap ibu ayah rasa tak boleh biarkan. Kena juga ajar bagi mereka faham dan ingat supaya lain kali tak buat lagi. Tapi pernah tak kita terfikir, emosi anak yang tak sama dengan pemikiran orang dewasa.
Menurut Pakar Psikiatri & Pensyarah UIAM, Dr Rozanizam Zakaria ada beberapa sebab anak kita buat perangai. Dalam fasa ini mereka memerlukan ibu bapa yang positif dan bukanlah yang selalu nak marah. Berikut perkongsiannya
“Memang sengaja dia nak buat perangai tu!”
Salam doktor, anak saya umur 2 tahun selalu buat perangai, mengamuk, tak nak dengar kata, kacau adik. Kalau saya marah dia menjerit. Kadang-kadang tak dapat control sampai terpaksa naik tangan. Macam mana nak handle? – Puan M –
Antara mesej yang sampai ke peti mesej Facebook saya dari ibu yang risau tentang masalah anaknya. Bukan satu, malah berpuluh mesej yang senada dengannya, sungguhpun banyak kali telah saya sebutkan yang saya tidak dapat menjawab semua persoalan-persoalan diutarakan kepada saya di mesej media sosial saya.
Sebelum kita pecah kepala fikir solusi ajaib kepada ‘masalah dunia’ ini, ayuh kita ambil kira perspektif asas tentang isu ini. Ini kerana dalam banyak keadaan, bagi saya persoalan yang lebih tepat bukan bagaimana, tetapi mengapa.
1. INGINKAN PERHATIAN
Kanak-kanak perlu bersaing untuk mendapat perhatian dari ibu bapa dengan anak-anak lain, kerjaya, urusan rumahtangga, gajet dan internet dan pelbagai lagi distraction yang menyebabkan kanak-kanak rasa tidak mendapat perhatian yang diingini. Adakalanya tingkah laku yang tidak disenangi itulah satu-satunya cara untuk mereka mendapat perhatian yang diinginkan.
2. CEMBURU DAN PERSAINGAN
Kanak-kanak pada usia 2-4 tahun mula belajar tentang konsep ‘my way, my things, myself’ dan kehadiran orang lain seperti adik beradik dan kawan-kawan adakalanya menguji wilayah mereka ini. Ini konsep yang sama seperti egocentricism yang saya kongsikan sebelum ini.
3. PERASAAN KECEWA
‘frustration’ adalah emosi yang tercipta bila mereka tidak dapat memenuhi keinginan mereka sendiri disebabkan ketidakmampuan mereka. Contohnya tak dapat ambil barang yang diingini, tak berjumpa dengan mainan yang dicari, tak dapat menonton cerita yang diingini.
4. PERASAAN TAKUT DITINGGALKAN ATAU BERJAUHAN DARI TEMPAT BERGANTUNG
Reaksi ini adalah tindak balas normal terhadap ketidak pastian mereka atau apa yang mereka pelajari dari pengalaman sebelumnya. Mereka tidak memiliki kematangan komunikasi untuk meluahkan perasaan mereka melainkan dengan tingkahlaku.
5. REAKSI NORMAL TERHADAP KESAKITAN, KELETIHAN DAN GANGGUAN EMOSI
Seperti mana orang dewasa, mereka juga mengalami situasi sebegini. Cumanya, mereka lebih kerap meluahkannya dengan tingkah laku. Jangan lupa orang dewasa pun ada juga berperangai sebegini.
6. KEHENDAK IBUBAPA YANG SUKAR DIPENUHI
Jangan letakkan jangkaan untuk anak-anak untuk berperilaku sempurna seperti dewasa pada setiap ketika (dewasa pun tak mampu penuhi kehendak ini). Adakalanya ibubapa perlu terima hakikat sesetengah tingkahlaku adalah kerana mereka masih kanak-kanak.
7. DRAMA IBU BAPA
Stress boleh berjangkit! Bila ibu bapa tidak mengurus emosi dengan baik, tekanan dan bebanan yang mereka hadapi singgah pada anak-anak. Drama mereka disambung oleh anak-anak dengan watak dan jalan cerita yang berbeza.
Banyak tenaga, suara, masa dan emosi dapat dijimatkan bila kita dapat kenal pasti punca dan selesaikannya dari puncanya dengan lebih rasional. Dalam hiruk pikuk cabaran mendidik anak-anak, ada ketika kita perlu mengambil beberapa langkah kebelakang dan berfikir…”kenapa agaknya anak bertuah ini jadi sebegini?” Mungkin jawapannya ada pada kita.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!