Kejadian menyayat hati melibatkan dua beradik berusia enam dan lapan tahun yang maut selepas kereta dinaiki mereka terjunam ke dalam Sungai Linggi, Tanjung Agas, kini memasuki fasa baharu siasatan.
Menurut laporan Berita Harian, Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Alzafny Ahmad mengesahkan bahawa bapa mangsa berusia 46 tahun bersama seorang wanita berusia 41 tahun telah ditahan pihak polis.
Penahanan itu dibuat selepas kedua-duanya didapati memberi keterangan yang meragukan berhubung insiden berkenaan.
Ads
“Semakan mendapati suspek lelaki mempunyai 16 rekod jenayah lampau termasuk empat kes yang masih dikehendaki, manakala suspek wanita tidak mempunyai sebarang rekod jenayah.
“Ujian air kencing terhadap kedua-dua mereka didapati negatif, namun semakan ke atas kereta yang digunakan didapati merupakan kenderaan yang dilaporkan hilang dalam satu laporan polis di Nusa Bestari, Johor pada tahun 2022,” katanya dalam kenyataan pada Khamis.
Ads
Polis menahan ibu bapa kepada dua beradik yang lemas selepas kereta dinaiki mereka terjunam ke dalam Sungai Linggi, Tanjung Agas, susulan keterangan diberikan pasangan itu didapati meragukan.
Ads
Kedua-duanya kini akan dibawa ke Mahkamah Seremban bagi permohonan reman. Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
Dalam pada itu, pihak polis turut menyeru orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan insiden ini supaya tampil membantu siasatan dengan menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Port Dickson di talian 06-6472222 atau menghubungi pegawai penyiasat, ASP Husairin Che Hussin di nombor 012-9654927.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kes yang tular semacam mengenai pasangan infleuncer yang memindahkan harta sepencariannya menjadi hak milik kekal isterinya menjadi perbualan dan sorotan ramai.
Soalnya, bolehkan harta yang dicari bersama-sama itu menjadi hak milik mutlak isteri? Penulis, Mohd Ezairol Rezan Zainol turut berkongsi hal ini yang tak pernah isteri tahu. Ikuti perkongsian beliau.
Viral hari ni pasal kes Aisyah. Ramai yang emotional dalam memberikan komen dan pendapat. Tahniah la pada Alif kerana setuju serahkan semuanya kepada Aisyah.
Memindahkan 100% harta sepencarian menjadi hak milik si isteri perlulah dilakukan dengan izin dan redha suami.
Harta yang dibina bersama-sama pasangan, ada haknya masing² disitu. Di situ, ada hak suami dan ada juga hak isteri.
Segala pengorbanan suami atau isteri, tenaga serta keringat yang dia sumbangkan malah mungkin juga ada idea dia dalam pemilikan harta ketika bersama perlu dibahagikan secara adil dan saksama.
Melainkan salah satu pihak redha dan bersetuju untuk berikan kesemua bahagian miliknya kepada pasangan yang pernah tidur sebantal dengannya, itu lain cerita.
Berhati-hatilah dalam membuat keputusan. Buatlah pembahagian harta sepencarian itu dengan adil dan waras. Dalam pada kita gigih melindungi diri agar tidak dizalimi, jangan sampai kita pula yang menzalimi pasangan atau bekas pasangan kita.
Dalam hidup ini, jangan kejar harta yang banyak, tapi kejarlah harta yang berkat untuk bekal di akhirat.
Ramai surirumah sebenarnya tak tahu yang mereka boleh menuntut harta sepencarian walaupun mereka itu adalah surirumah sepenuh masa.
Boleh baca kehendak undang-undang Islam berkaitan harta sepencarian yang dipetik dari Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Kelantan.
KEHENDAK UNDANG-UNDANG BERKAITAN HARTA SEPANCARIAN – JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH NEGERI KELANTAN
Di dalam menentukan apa-apa aset/harta sebagai harta sepencarian, kita hendaklah memahami kehendak undang-undang bahawa maksud harta sepencarian itu boleh wujud dalam tiga keadaan iaitu:-
1) Harta yang diperolehi bersama oleh suami isteri semasa perkahwinan berkuatkuasa menurut syarat-syarat yang ditentukan oleh Hukum Syara’, dengan usaha bersama mereka;
2) Harta yang diperolehi bersama oleh suami isteri semasa perkahwinan berkuatkuasa menurut syarat-syarat yang ditentukan oleh Hukum Syara’, dengan usaha tunggal satu pihak kepada perkahwinan itu; dan
3) Harta yang dipunyai oleh satu pihak sebelum perkahwinan itu yang telah dimajukan pada sebahagian besarnya dalam masa perkahwinan itu berkuatkuasa menurut syarat-syarat yang ditentukan oleh Hukum Syara’ oleh pihak yang satu itu atau dengan usaha bersama suami isteri.
Semoga Allah pandu kita semua dalam berbuat keputusan yang adil dan tepat.
Sertai ‘Komuniti Pa&Ma Ikhtiar Hamil‘ untuk mengikuti pelbagai tip kesuburan dan kehamilan serta pelbagai aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma bersama pakar.
Jika anak-anak lelaki paling gemar menangkap ikan di sungai, lain pula kisahnya dengan seorang kanak-kanak ini yang terlalu sukakan ikan sehingga tidur bersama ikan-ikannya.
Gelagat comel dan pelik anak lelakinya itu dikongsikan oleh seorang ibu, Ayu Hanani menerusi akaun Tik Toknya, @isteri_semut.
Apa yang paling menarik perhatian wargamaya pastinya gelagat anak comel ini yang tidur bersama ikannya, sambil memegang kemas dua ekor ikan yang ditangkapnya.
Bukan sekali sekali bahkan kongsi ibu ini lagi, hal itu dilakukan setiap hari oleh anak lelakinya itu.
“Tak bawa mandi sungai kesian. Dah bawa mandi tak sangka ini yang mummy kena hadap.
“Macam tu lah setiap hari. Aku rasa budak ni anak gorgon kot sebab dah banyak kali sebenarnya dia tidur dengan ikan,” luahnya berkongsi.
Malah kongsinya lagi, jika keinginan anak kecil itu tidak dipenuhi, anak lelaki kesayangannya itu akan menangis, menjerit dan meraung-raung untuk memegang dan tidur bersama ikan. Memang ‘rare’!
“Tak apalah rehatlah dik. Mummy boleh bersabar lagi.
“Hati ni dah lali dengar adik menjerit, meraung. Apakan daya anak bujang sorang, layankan ajelah,” kongsinya lagi.
Dalam pada itu, wargamaya turut meninggalkan pelbagai reaksi malah turut terhibur melihat gelagat anak comel ini bersama ikannya.
Ada juga yang turut berdepan hal sama dengan anak-anak lelaki mereka. Menarik!
Biasa dah kita dengar orang memburu malam Lailatulqadar bila akhir bulan Ramadan ini kan? Tetapi kali ini nak kena dengar juga cerita keindahan malam Lailatulqadar yang di kongsikan oleh Mama Irma Hasmie dan adik-adik Bintang Kecil ni.
Apa sebenarnya malam Lailatulqadar dan apa perlu kita buat untuk 10 malam terakhir? Kenalah saksikan sampai habis 1001 Malam Istimewa diserikan oleh KARIHOME.
Menukar duit raya untuk diberikan kepada anak-anak di hari raya nanti menjadi kewajipan bagi kita dengan niat untuk bersedekah.
Namun proses menukar duit ini membuatkan kita jadi malas kerana terpaksa beratur panjang di bank.
Tak perlu beratur panjang untuk menukar duit raya, aplikasi Bank Islam (BIMB) kini telah menambah ciri khusus iaitu berfungsi untuk tukar duit raya secara atas talian.
Penukaran ini bertujuan untuk memudahkan pengguna Bank Islam dalam menjalankan urusan perbankan dengan lebih pantas dan efisien serta meningkatkan pengalaman secara keseluruhan.
Cara tukar duit raya guna aplikasi Bank Islam
1. Log masuk ke akaun anda menggunakan aplikasi BIMB seperti biasa. Kemudian, klik di bahagian ‘Jom Tukar Duit Raya’ seperti yang tertera di bawah.
2. Pilih negeri dan cawangan yang anda ingin ambil duit raya berkenaan.
3. Masukkan nilai yang anda ingin tukar.
4. Sebelum Klik ‘Submit’, pastikan semua maklumat anda betul.
Pengesahan permohonan dijangka mengambil masa beberapa hari dan akan dihantar melalui emel. Perkhidmatan ini boleh dilakukan bermula hari ini sehingga 14 Mac 2025.
Ekzema anak berkait dengan asma dan resdung ibu bapa melalui fenomena Atopic March, satu perjalanan alahan yang boleh bermula sejak bayi jika tidak dikawal awal.