Dua beradik ditemui lemas di dalam kolam ikan di sebuah tapak projek berhampiran kediaman mereka di Bandar Baru Air Putih, Balik Pulau, pada Rabu.
Mayat kanak-kanak perempuan dan lelaki masing-masing berusia lima dan empat tahun itu ditemui terapung oleh ibu mereka pada jam 1 tengah hari.
Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan A. A. Anbalagan berkata, polis menerima panggilan daripada seorang lelaki warga Indonesia yang juga bapa mangsa memaklumkan kejadian tersebut pada jam 1.15 tengah hari.
Lelaki berkenaan memberitahu dua anaknya terjatuh ke dalam kolam ikan yang mempunyai kedalaman kira-kira tiga meter di tapak projek berhampiran rumah kongsi mereka.
“Ibu kanak-kanak itu memberitahu anaknya keluar bermain dan tidak pulang ke rumah menyebabkan dia keluar mencari mereka.
“Dia kemudian menemui selipar anaknya di tepi kolam sebelum melihat anak perempuannya terapung di dalam kolam tersebut.
Ads
“Dia kemudian memanggil suaminya untuk mencari anak lelakinya yang turut lemas dan menemuinya tidak lama kemudian,” katanya di sini pada Rabu.
Ads
Katanya, pasukan perubatan mengesahkan kedua-dua mangsa sudah meninggal dunia dan mayat mereka dihantar ke Hospital Pulau Pinang (HPP) untuk bedah siasat.
Kadang kita rasa susah tapi sebenarnya ada lagi yang lebih susah dari kita. Percayalah jika kita rasa serabut atau buat sesuatu macam ada yang tak kena, bersedekahlah kerana selepas itu akan nampak hasilnya yang Allah akan bagi.
Sedekah itu juga membuka jalan rezeki kepada rezeki orang lain dan rezeki kita sendiri. Walaupun tak banyak tapi jika niat kita ikhlas itu lebih baik. Amalan ini juga sebenarnya membantu kita untuk sentiasa bersyukur dan berterima kasih pada-Nya.
Janji Allah dalam al-Quran juga turut menyebut sesiapa yang bersedekah di jalan Allah, Dia akan ganti semula dengan ganjaran paling sedikit 10 kali ganda pahala manakala paling banyak adalah 700 kali ganda. Hebatkan nikmat Allah!
Kalau Anak Sakit, Bersedekahlah
Dalam perkongsian Ustaz Abdullah Khairi melalui video ceramahnya di Facebook The Rohani beliau ada menjelaskan kalau kita sembahyang tak khusyuk, dengan sedekah Allah boleh terima solat kita.
Begitu juga kalau kita berpuasa tapi ada benda kita rasa tak kena, bersedekahlah. Dengan sedekah insya-Allah puasa kita Allah akan terima.
Lagi satu apabila anak kita sakit dah bagi makan ubat tapi tak sembuh lagi atas izin-Nya atau ada masalah lain, hulurkan SEDEKAH. Di sebalik sedekah kita itu, dengan niat yang baik Allah angkat segala sakit tersebut dan mudah-mudahan cepat sembuh. Inilah kuasa sedekah.
Contoh paling dekat, adik saya mempunyai anak yang ada masalah paru-paru sejak lahir. Nak bernafas pun susah, cepat penat jadi doktor bagi cadangan untuk lakukan pembedahan segera.
“Dengar saja berita itu menangis adik kerana bimbangkan keselamatan anaknya. Dahlah anak sulung, kena lalui pembedahan besar pula.
“Melihat keadaannya yang tengah serabut, ayah saya cakap kita tolong Allah punya, Allah akan tolong kita. Ada duit sedekahlah.
“Bila dengar nasihat itu, adik saya terus niatkan duit gajinya pada bulan itu semua disedekahkan dan alhamdulillah ternyata Allah Maha Mengetahui Dan Mendengar. Akhirnya pembedahan itu berjaya dan selamat. Kini anak adik saya dah pun berusia 10 tahun.
Percayalah dalam apa saja yang kita lakukan berbaliklah pada Allah. Ingat hanya Dialah yang mampu memberi dan menarik semula nikmat atas muka bumi ini.
Amalan bersedekah sangat berkait rapat dengan iman seorang Muslim. Ingatlah setiap sedekah yang diterima di sisi Allah SWT, Dia akan balas dan ‘membayarnya’ di dunia lagi.
Ibu dan ayah mana yang mahu berpisah di saat anak yang masih kecil. Namun itulah ketentuan buat kita. Bagi pelakon, Shakilla Khoriri, kehidupannya untuk membesarkan anaknya adalah kekuatan buat dirinya untuk bangkit dari kegagalan yang pernah dilaluinya.
Berkongsi kisah hidupnya bersama anaknya, Ameena Sofia, Shakilla yang dipilih sebagai penerima anugerah Pa&Ma Gala Award, Best Mama Millenial 2023 mengakui hidupnya kini adalah segalanya buat Ameena.
Malah menerusi sesi live Pa&Ma Gala Award, perkongsian Shakilla turut mengundang rasa sebak wargamaya.
Mengakui khilafnya kerana gagal mempertahankan rumahtangga bersama bekas suami, kata Shakilla rasa bersalah itu sentiasa menghantui dirinya.
“Saya tak sangka saya lalui banyak benda dengan Ameena. Empat tahun, disudut hati saya rasa bersalah dekat Ameena kerana kegagalan saya untuk meneruskan keluarga kami macam orang lain. Saya gagal tapi saya tak salahkan orang lain. Orang kata kenapa saya kuat, sebab saya buat untuk dia.
“Banyak sangat momen bersama dan sepatutnya kami akhirinya bersama sampai tua. Tapi saya tetap yakin dan percaya pada Allah dan pastinya satu hari nanti Allah akan bagi kebahagiaan yang lebih baik buat saya dan Ameena,” luahnya berkongsi.
Menurut ibu cantik manis ini lagi, dia paling beruntung kerana direzekikan dengan anak yang cukup menyenangkan. Malah hatinya tersentuh setiap kali mendengar ayat-ayat Ameena yang cukup matang memberinya kekuatan.
“Setiap kali solat saya selalu berdoa, kalau Allah nak bagi saya jodoh, berilah saya jodoh yang dapat bahagiakan saya dan Ameena. Cinta dan sayang kami berdua.
“Walaupun dia masih kecil tapi dialah yang paling banyak bercerita dan faham saya.
“Ada satu video itu, dia cakap “ummi jangan sad, daddy jangan sad, nanti Ameena sad. Ummi kena strong nanti Allah bagi ummi kekuatan. Nanti ummi dapat masuk syurga”.
“Saya tak sangka saya lalui banyak perkara dan dapat besarkan Ameena sebaiknya. So far alhamdulillah, Ameena tak pernah menyusahkan saya dan itu rezeki saya,” katanya lagi.
Gagal pertahankan keluarga, minta maaf dengan anak
Akui Shakilla lagi, rasa bersalah selalu menghantui dirinya kerana gagal membina keluarga bahagia buat Ameena.
“Saya selalu minta maaf dengan dia hari-hari. Apa yang ummi nak cakap pada Ameena, lepas apa yang dah jadi, kita diduga tak jadi macam keluarga orang lain, ummi minta maaf sebab umi gagal untuk jaga family kita sama macam orang lain. Tapi ummi nak Ameena percaya ini Allah dah tentukan.
“Mungkin Allah nak bagi kita satu kehidupan yang lebih baik buat Ameena, daddy dan ummi. Tak terkurang sikit pun kasih saya ummi dan daddy buat Ameena. Ummi sayang Ameena sampai syurga,” luahnya yang menyentuh hati ramai.
Terdahulu, Shakilla yang mendirikan rumahtangga bersama bekas suami, penyampai radio, Fizi Ali memilih untuk berpisah tiga tahun yang lalu. Pasangan ini dikurniakan dengan seorang cahaya mata, Ameena Sofia.
Tak salah pun kita hargai apa yang isteri lakukan. Biarlah benda itu nampak biasa tapi ringankan mulut untuk berterima kasih. Isteri bila dia dapat ucapan itu rasa bertuah sangat sebabnya penat lelahnya dihargai.
Perkongsian dari Mohd Fhais yang banyak berkongsi ilmu keibubapaan ini boleh dijadikan panduan bersama.
Kadang tu bila isteri tak buat kerja kita cepat nak sound tapi bila isteri dah buat kita tak ucap TERIMA KASIH!
Peringatan untuk diri sendiri!
Semalam masa duk baring sekali dengan aisy rizqi ni masa dia menyusu. Tergerak nak tengok kuku dia. Dalam hati memang terdetik dah,
“Ni kalau bukan saya yang potong kuku budak ni memang panjang la jawabnya”
Allahu. Terperanjat bila tengok kuku aisy dah pendek dan cantik. Padahal baru 2 hari lepas saya tengok kuku dia panjang.
Entah bila isteri potong kuku aisy pun saya tak tahu. Baru ni cuti raya jadi mana isteri pergi saya ada.
Rupa-rupanya bila tanya pada isteri dia buang kuku aisy masa saya tidur. Masa semua orang dah tidur.
Bukan potong kuku aisy je, dia sempat basuh baju, lipat baju, kemas baju balik dari bercuti.
Saya tanya kenapa tak tidur je, padahal tengah penat masa tu.
Ini jawapan dia,
“Esok takut tak sempat buat sebab banyak kerja lain nak buat”
Begitu dasyat sekali komitmen seorang isteri. Sebelum tiba hari esok lagi dia dah susun jadual kerjanya.
Kerja berderet-deret yang kita pun tak sedar akan kewujudannya, isteri kita buat.
Kita yang baru buat satu kerja, potong kuku anak pun kita dah riak macam semua benda nak harapkan kita seorang.
Kita ni bila nampak pinggan kotor penuh dalam sinki cepat je kita nak sound isteri, baju kotor penuh bakul pun kita sound tapi apa yang kita tak tahu ialah,
1 kerja yang kita nampak tak siap tu sebenarnya ada 10 kerja yang kita tak nampak tapi dah siap.
Tak percaya? Cuba la tanya isteri korang. Kadang ada lebih dari 10 kerja diorang dah siapkan.
Rumah tak akan bersih sendiri kalau tak ada orang yang kemas.
Pinggan mangkuk tak akan tersusun rapi di rak kalau tak ada orang yang susun.
Baju kotor kita pakai setiap hari tak akan terbasuh kalau tak ada orang kutip dan basuh setiap hari.
Jadi wajar la kalau sekali kita nampak 1 kerja rumah tak siap, kita kena bagi 10 ucapan terima kasih untuk kerja kerja yang kita tak nampak tapi dah siap.
Kerja-kerja semua tu siap bukan guna magik tapi ia hasil sentuhan magik tangan isteri kita. Hargai la ye!
Sumber: Mohd Fhais
Tak tolong pun tak mengapa asalkan tahu menghargai, itu dah cukup bahagia buat isteri.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Imun ibu hamil mengalami perubahan semula jadi sepanjang kehamilan. Ketahui punca sistem imun menjadi lemah, risiko jangkitan serta cara berkesan untuk menguatkan daya tahan badan ibu dan melindungi kandungan.