“Dua itu sahajalah anak saya, saya reda..” Luah bapa kepada dua beradik yang terlibat dalam kemalangan di Taman Medan, Petaling Jaya dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Tiada kata-kata yang dapat diucapkan bapa mereka, Farizuddin Mat Saad, 52, untuk menggambarkan kesedihan selepas dua anak perempuan kesayangannya itu meninggal dunia serentak.

Suasana pilu menyelubungi kawasan kediaman dua beradik, Nayli Ulfa Farizuddin, 15, dan adiknya, Nuf Amni Farizuddin, 11, yang maut dilanggar lori di Jalan PJS 3/2, Taman Medan pada Selasa.

“Dua Itu Sahajalah Anak Saya, Saya Reda.” Dua Beradik Maut Dilanggar Lori
Lokasi tempat kejadian dan keadaan motosikal yang dinaiki dua beradik itu.

Tak sangka dijemput ilahi bersama

Farizuddin berkata, dia tidak menyangka Nayli Ulfa Farizuddin, 15 dan adiknya, Nuf Amni Farizuddin, 11, yang begitu rapat sejak seminggu akhir ini akan pergi buat selama-lamanya bersama.

“Mereka sebelum ini sama seperti adik beradik lain, kerap bergaduh tetapi akan berbaik semula, ibarat air dicincang tak akan putus.

“Tetapi dalam seminggu akhir ini mereka sangat rapat, buat apa sahaja bersama-sama, pergi ke mana-mana pun berdua hingga hari kejadian semalam pun mereka masih berdua,” katanya.

Keluar beli makanan

Dia berkata, semasa kejadian, Nuf Amni membonceng motosikal yang ditunggang kakaknya, Nayli Ulfa untuk membeli makanan.

IKLAN

“Sebelum mereka keluar saya nampak mereka naik motor, tapi itulah, benda nak jadi dah sampai ajal.

“Dua itu sahajalah anak saya, saya reda,” katanya.

Tahu anak kemalangan melalui WhatsApp

Farizuddin berkata, dia mengetahui berkenaan kemalangan tersebut selepas kejadian terbabit dikongsi oleh salah seorang rakannya menerusi aplikasi WhatsApp.

“Saya dapat tahu dalam jam 9 malam selepas Isyak, masa itu saya di surau. Persatuan komuniti ada yang kongsi kejadian tersebut dalam grup WhatsApp mengatakan ada dua budak kemalangan.

IKLAN

“Mula-mula itu saya tak tahu siapa, lepas saya tengok gambar saya terus cam itu motosikal saya. Saya terus telefon anak tetapi tidak berangkat. Kemudian saya telefon lagi sekali tetapi orang lain yang angkat,” katanya.

Menurutnya, sejurus tiba di lokasi kejadian jenazah kedua-dua anaknya itu sudah ditutup dengan kain.

“Sampai sahaja saya nampak dah ditutup dengan kain, saya berkata dalam hati memang anak-anak aku dah tiada.

“Dua Itu Sahajalah Anak Saya, Saya Reda.” Dua Beradik Maut Dilanggar Lori

“Saya pun pergi buka kain untuk melihat dan memang betul kata hati saya, memang itu anak saya,” katanya.

Menurut Farizuddin, dia belum membuat persiapan untuk menyambut Aidilfitri memandangkan bercadang untuk pulang beraya di kampungnya di Kedah selepas sekian lama tidak pulang berikutan Covid-19.

IKLAN

“Baju raya semua belum beli lagi, masih dalam perancangan,” katanya.

Polis dalam satu kenyataan berkata, hasil siasatan mendapati motosikal dinaiki mangsa dipercayai hilang kawalan sebelum dilanggar oleh lori terbabit.

Kredit: Sinar Harian

Jangan abaikan keselamatan si manja ketika berada dalam kereta. Belajar tentang fungsi car seat serta ketahui kecederaan yang akan berlaku kerana impak kemalangan. Ketahui lebih lanjut tentang car seat di E-Workshop Sayangi Nyawa Anak Anak Dalam Kereta, Let’s Buckle Up!

Daftar secara PERCUMA di https://toko.ideaktiv.com/product/sayang-nyawa-anak-dalam-kereta/

“Dua Itu Sahajalah Anak Saya, Saya Reda.” Dua Beradik Maut Dilanggar Lori

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI