Jangan ajar anak jadi derhaka. Maaf cakap, tapi kadang tu ya, kita sendiri yang buatkan anak-anak kita jadi derhaka.
Bila mak ayah suruh anak buat sesuatu, dipanggilnya sampai dua tiga kali. Diulang dan dipanggil, tapi anak tak sahut. Kenapa?
Kerana anak tak dengar, atau lebih tepat, anak tak sedar. Kadang tu anak-anak ini berada dalam dunia mereka sendiri, hinggakan tak sedar yang dirinya telah dipanggil.
Bayangkan dari kecil anak perlu dicakap dua tiga kali. Nanti sampai ke besar, begitulah jua keadaannya.
Dipanggil sekali tak jalan, kena dipanggil dua tiga kali, baru disahut. Kita tak nak anak kita jadi derhaka. Tapi masalanya, bila mak ayah cakap sekali, tapi anak tak ikut, Solusinya?
Ada beberapa cara yang mak ayah boleh cuba buat.
Ads
Anak kecil ini secara psikologinya, bila disentuh badannya, maka akan pecah degilnya.
Macam yang disebutkan tadi, anak ini kadang tak sedar dirinya dipanggil.
Jadi, mak ayah perlu datang ke arah anak, tunduk atau rendahkan badan kita, biar muka kita selari dan sama tinggi dengan muka anak. Pegang bahu mereka. Pandang mata mereka. Ketika itu, barulah kita cakap dengan anak.
Sebenarnya kalau kita panggil anak dari dapur, panggilan kita mungkin sia-sia. Lebih menakutkan, kita takut kita ajar anak kita jadi anak derhaka tanpa kita sedar.
Benar, ada masanya kita tak boleh datang dekat dengan anak. Tapi jika mampu, pergilah ke arah anak, tundukkan kepala, atau rendahkan badan agar kepala kita sama level dengan kepala anak, dan kemudian barulah bercakap dengan mereka.
Ads
Memegang tubuh anak ketika sedang bercakap contohnya, perbuatan sebegini sebenarnya mampu memecahkan kedegilan anak kita.
Sebabnya doa ibu bapa,
Air tangan ibu bapa,
Ada terapi,
Ada magik,
Untuk memecahkan kedegilan tersebut.
Ads
Mendidik anak itu perlulah kena dengan caranya agar kita tidak melatih anak kita menjadi anak derhaka tanpa kita sedar.
Selama ini kita anggap ibu yang memainkan peranan dalam pembentukan peribadi anak. Malah terdapat golongan bapa yang menyerahkan tugas mendidik anak kepada isteri sepenuhnya.
Betul bapa selalu sibuk dengan urusan mencari nafkah untuk keperluan keluarga sehingga kurang ada masa untuk mendampingi anak di rumah. Mungkin pada tanggapan, cukuplah si ibu menguruskan hal rumah tangga dan pendidikan anak.
Sebenarnya pandangan ini tak boleh dimbil kira kerana hal mendidik anak tetap penting dan perlu sama-sama bertanggungjawab dalam memberi pendidikan, khususnya dalam keperibadian anak.
Mengikut kajian juga seorang bapa yang rapat dan selalu bermesra dengan anak akan memberikan kesan positif kepada terbentuknya karakter yang baik.
Seperti perkongsian Dr Taufiq Razif yang banyak membincangkan isu kekeluargaan dan keibubapaan, ada 12 cara untuk seorang bapa menjadi individu yang selalu dirindui anak-anak.
12 cara menjadi bapa yang dirindui anak-anak
1. Selalu pandang mata anak bila bercakap
2. Suka gunakan nada suara yang rendah bila bercakap
3. Tahu personaliti dan karakter setiap anak anaknya
4. Selalu gunakan kata kata motivasi daripada ugutan
5. Bila marah, tak hilang kawalan
6. Bila gembira, tak gembira keterlaluan
7. Selalu bercerita pada anak tentang Ketuhanan
8. Selalu peluk cium semua anak tanpa pilih bulu
9. Selalu cipta kenangan indah walaupun pada perkara yang kecil
10. Hargai setiap usaha anak walaupun tidak sempurna
11. Lebih banyak mendengar daripada menengking dan memarahi
12. Melayan seluruh ahli keluarga dengan penuh lemah lembut dan kasih sayang
“Father is someone who lost everything just to make you win”
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sebagai ibu dan ayah, tanggungjawab kita bukan sekadar memberi makan dan minum kepada anak-anak tapi lebih dari itu. Sehinggakan semasa tidur pun kita digalakkan melakukan beberapa perkara untuk merangsang minda separa sedar mereka.
Ini sangat penting kerana minda separa sedarlah yang akan membentuk emosi dan peribadi mereka secara keseluruhannya.
Amalan Ketika Anak Sedang Tidur
1) Setiap malam apabila anak tidur kita hendaklah wiridkan Ya Latif (Yang Maha Melembutkan) ke ubun-ubun kepalanya sebanyak yang mungkin atau 100 kali
2) Membaca surah Al-Fatihah 1 kali, Alam Nasyrah 1 kali. Berbisiklah ditelinga anak dengan lembut dan perlahan-lahan ketika dia sedang tidur dengan menyeru nama penuhnya.
3) Bisikan tersebut hendaklah berupa nasihat, pujian dan kasih sayang kerana sesungguhnya percakapan kita semasa anak tengah tidur tu sangatlah berkesan kepada jiwa dan rohnya. Kalau boleh usaplah tangan atau rambutnya agar anak berada dalam keadaan separuh sedar.
4) Ayah dan ibu juga hendaklah selalu menyapu air lebihan wuduk yang ada pada kita, contohnya air yang masih basah di tangan ke muka dan ubun-ubun anak-anak kita.
Sentiasalah berdoa agar anak-anak kita menjadi anak soleh/solehah yang menyejukkan hati dan pemandangan: alfurqan74
(Al-Furqan: Ayat 74)
Semoga menjadi amalan seharian kita, dan anak-anak menjadi saham akhirat kita kelak. Amin.
Jodoh, zuriat, rezeki dan kematian semuanya rahsia Allah. Kita tak tahu pun tetapi bila sampai masanya baru kita tahu.
Disebabkan ia adalah rahsia dan luar kemampuan manusia, Allah berikan peluang kepada kita ‘senjata’ doa untuk terus minta dan ingat padaNya. Berdoa di samping ikhtiar pasti akhirnya ada kemanisan di kemudian hari.
Bagi pasangan suami isteri yang masih menanti zuriat, betulkanlah cara berdoa. Ketika memohon padaNya, doalah berusngguh-sungguh. Berikut antara doa yang boleh diamalkan setiap kali selepas solat antara suami isteri agar kehadiran zuriat dapat melengkapkan lagi hidup berumah tangga.
Ya Allah..Ya Rahman…Ya Rahiim..
Di Kau Adalah Segala Pemilik Segala Hati..
Maka Di Kau Pasti Mengerti Apa Keinginan Kami..
Sesungguhnya Kami Telah Lama Mendambakan Kehadiran Seorang Insan Yang Menjadi Pelengkap Hidup Kami…
Ya Allah…
Berikanlah Kami Rasa Itu Untuk Memiliki Seorang Anak..
Anak Yang Soleh Dan Solehah..
Anak Yang Dapat Mendoakan Kami Bila Kami Sudah Tiada Nanti…
Akan Kami Menjaga Amanah Yang Di Beri Sebaiknya…
Ya Allah…
Jadikanlah Zuriat Dalam Rahim Kecil Ku Ini..
Aku Juga Ingin Merasakan Gerakan Dan Keajaiban Bayi Di Dalam RahimKu
Ya Allah …
Aku Ingin Hamil…
Engkau Permudahkan lah Rezeki Dan Urusanku..
Ya Allah Aku Ingin Hamil…
Berkatilah Langkahku..
Ya Allah Aku Ingin Hamil …
Kau Kurniakan lah Aku Zuriat Agar Aku Dapat Menikmati Bagaimana Menjadi Seorang Ibu… Semoga Saat Itu Pasti Akan Tiba…
Aamiin Yaa Rabbal Allamiin..
Bacalah setiap hati moga-moga Allah dengar isi hati kita dan permudahkan urusan untuk mendapat cahaya mata. Mana tahu, doa dan ikhtiar yang dilakukan akhirnya Allah bagi nikmat dipenghujungnya.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kelahiran Chrystan menjadi momen penuh emosi bagi Chryseis Tan dalam kehamilan terakhirnya. Kisah C-section ketiga ini sarat syukur, ketakutan dan kasih sayang seorang ibu.