Ramai orang fikir jadi suri rumah tu mudah. Tak perlu kerja pejabat, tak payah hadap bos, tak perlu keluar rumah. Tapi hakikatnya, hanya yang pernah duduk sepenuh masa di rumah untuk jaga anak, urus rumah, dan layan emosi satu keluarga saja yang tahu betapa letihnya tugas ni.
Seawal jam lima pagi, ibu dah bangun untuk siapkan anak-anak ke sekolah. Lepas tu, uruskan sarapan, sapu rumah, sidai kain, kemas dapur. Tengah-tengah kemas rumah, anak kecil minta perhatian. Bila seorang anak tenang, yang lain pula merengek. Belum masuk waktu masak tengah hari, belum sempat mandi, dah kena basuh baju yang berlambak. Dan kerja tu semua tak pernah habis.
Waktu orang lain balik kerja dan boleh berehat, ibu di rumah masih kena sediakan makan malam. Bila anak-anak tidur, barulah ada masa nak duduk sekejap. Tapi bila badan dah baring, mata dah pejam, baby pulak bangun menangis. Kitaran tu berulang setiap hari. Tak ada waktu clock out. Tak ada gaji. Tak ada cuti tahunan. Tapi kerja suri rumah adalah kerja yang paling penting untuk kestabilan satu keluarga.
Ads
Apa yang sedih, ramai anggap ibu di rumah ‘tak bekerja’. Padahal mereka bekerja sepenuh masa — hanya tak dibayar. Masyarakat perlu ubah persepsi. Suri rumah bukan goyang kaki. Mereka buat kerja fizikal dan emosi serentak. Mereka jadi tukang masak, pengasuh, kaunselor, tukang cuci dan pengurus rumah — semuanya dalam satu masa.
Ads
Dan untuk para suami, hargailah isteri yang menguruskan rumah dan anak-anak. Ucapkan terima kasih. Peluk dia bila dia nampak letih. Tanya dia sama ada dia okay atau tak. Beri ruang untuk dia berehat, walaupun sekejap. Sebab seorang ibu yang penat luar dalam juga perlukan rehat, kasih sayang dan sokongan.
Ingat, bila rumah terasa tenang, anak-anak terjaga elok, dan makan sentiasa tersedia, itu semua hasil kerja keras seorang ibu yang mungkin tak bersuara, tapi sangat luar biasa.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Akibat cemburu, seorang lelaki bertindak diluar kawalan dengan menyimbah minyak panas kepada isteri dan bayi perempuannya berusia empat bulan selepas berlaku pertengkaran antara mereka, petang 11 Februari.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri Asisten Komisioner Lim Meng Seah, ketika dihubungi berkata, kejadian berlaku jam 5.50 petang di Semabok Dalam, Semabok, Melaka.
Beliau berkata, kejadian menyebabkan mangsa berusia 21 tahun serta bayinya terpaksa dikejarkan ke Hospital Melaka untuk rawatan akibat melecur di beberapa bahagian badan.
Menurutnya, siasatan awal mendapati kejadian berpunca apabila suami berusia 24 tahun mengesyaki isterinya berkawan dengan lelaki lain selepas kerap berbual menggunakan telefon bimbit.
“Si suami kemudian meminta penjelasan daripada isterinya yang ketika itu sedang menggoreng ayam di dapur.
“Wanita itu cuba memberi penjelasan, namun tidak diendahkan oleh suami.
“Pada masa sama bayi mereka menangis dan mangsa mendukung anaknya, sebelum suspek yang dipercayai tidak berpuas hati menyimbah minyak panas dari kuali di dapur ke arah mangsa dan anak bongsunya itu,” katanya.
Katanya, kejadian turut disedari ibu mentua mangsa yang membawa menantu dan cucunya mendapatkan rawatan selepas dengar tangisan kuat bayi itu.
Lim berkata, mangsa yang juga suri rumah mengalami kesan lecur di paha kiri manakala bayinya turut melecur pada belakang pinggang, punggung serta keseluruhan kaki sebelah kiri dan kanan.
“Suspek bekerja sebagai pemotong ayam di Pasar Borong Batu Berendam dan pasangan itu mempunyai tiga lagi anak berusia antara dua hingga enam tahun.
“Dia ditahan selepas polis menerima maklumat kejadian dan kini direman empat hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja mendatangkan kecederaan,” katanya.
Terdahulu kejadian berkenaan dikongsi oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Duyong, Mohd Noor Helmy Abdul Halem di Facebooknya.
Dalam catatannya itu, beliau melahirkan rasa kecewa kerana tindakan di luar batasan si suami menyebabkan anaknya menjadi mangsa.
Selain Bahasa Melayu, mama papa mesti nak anak pandai Bahasa Inggeris juga kan? Bila dia pandai, dah tentu akan jadi lebih yakin nak bertutur dan menggunakan Bahasa Inggeris dalam kehidupan seharian. Jom, mama papa belajar macam mana nak didik anak untuk mahir bahasa ini di E-Workshop Panduan Ajar Anak Pandai English, Mudah Sangat! Dengan hanya RM20, bukan saja ilmu tapi mama papa berpeluang memenangi pelbagai hadiah istimewa dari Pa&Ma. Daftar sekarang di https://toko.ideaktiv.com/product/panduan-ajar-anak-pandai-english/
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Melihat isteri tersenyum dan gembira buat suami senang hati. Tak susah pun sebenarnya, cukup kalau tolong ‘pinjamkan tenaga’ 30 minit sehari. Isteri dah senyum sampai ke telinga.
Sebelum berumah tangga, semasa bujang boleh uruskan pelbagai perkara sendiri. Tapi selepas berkahwin sesetengah lelaki tidak lagi mahu melakukan kerja pengurusan diri.
Tugas mencuci & melipat pakaian, mencuci pinggan mangkuk, mengemas rumah dan sebagainya dipandang sepi dengan alasan isteri sudah ambil alih semuanya. Ia seolah-olah subur dalam masyarakat dan isteri dilihat satu-satunya menanggung tugas di bahu mereka.
Perkongsian daripada bapa ini boleh dijadikan penyuntik semangat dan idea buat para suami. Sesungguhnya tidak sukar melihat isteri gembira. Cukup sekadar meluangkan masa 30 minit sehari meringankan tulang membuat kerja rumah sudah diibaratkan memberi hadiah berharga buat insan tercinta.
Ia sebenarnya melakukan kebiasaan yang telah dilakukan semasa bujang, melakukan rutin seperti basuh baju kotor, lipat baju kering dan sebagainya.
Dari Tingkatan 1 masa duduk asrama lagi dah terbiasa dengan basuh baju sendiri, iron baju sendiri, kemas katil, bilik, menyapu dan sebagainya. Dan bila dah terbiasa, masa duduk umah bujang pun still buat kerja-kerja yang sama.
Dah jadi macam rutin, kalau tak buat, rasa pelik. Balik kerja, mesti akan kemas rumah. Susun apa yang patut, basuh baju kotor, lipat baju kering dan sebagainya.
Bila dah kawin, dah ada isteri, bukan bermakna apa yang kebiasaan kita buat tu “dipindahkan” kepada bahu isteri. Kita tetap kena buat jugak walaupun kini dah bergelar suami dan ada isteri…
Balik kerja, instead of bagi arahan atau mempersoalkan kenapa isteri tak buat itu, kenapa isteri tak buat ini, why not kita ja yang buat…
Susah? Tak…
Ambik masa yang lama? Tak…
Guna tenaga yang banyak? Tak…
30 minit dah cukup untuk memastikan bebanan seharian isteri tu diringankan. Dalam 30 minit kita boleh basuh baju, sidai baju, lipat baju.
Dalam 30 minit kita boleh cuci pinggan, kemas dapur dan buang sampah.
Dalam 30 min kita boleh kutip mainan anak, sapu sampah, kemas rumah.
30 min per day after balik keje digunakan untuk buat kerja-kerja rumah.
TAK LEPAS SEMUA KEPADA ISTERI, CUBA BUAT SEMAMPU YANG BOLEH
Itu yang selalu saya buat setiap hari…tak melepaskan semua tanggungjawab-tanggungjawab tu kepada isteri, sebaliknya cuba pikulnya dgn masa dan kemampuan yg ada sebagai seorang suami…
RASA SUSAH SEBAB TAK ADA KEINGINNAN MEMBANTU
Benda ni akan rasa teruk dan susah bagi mereka yang tak ada kemahuan dan keinginan untuk tolong isteri…bagi yg dh biasa buat atau selalu buat, keje2 rumah ni tersangatlah senang, mudah, tak memenatkan dan seronok utk dilakukan.
If dengan kekuatan sebgai seorang lelaki itu anda merasakan kerja-kerjarumah itu sebagai satu bebanan dan sukar untuk dilaksanakan. Maka u should be shame of yourself and others…org lain boleh buat, anda plak tak boleh. Anda bukannya cacat, anda cuma MALAS NAK BUAT…
Apabila bercakap mengenai penjagaan kanak-kanak, terutamanya anak kecil, ia turut melibatkan keselamatan di rumah dan bukan hanya semasa di luar. Jom ketahui asas keselamatan yang perlu dititikberatkan di dalam rumah.
Keselamatan di rumah untuk penjagaan kanak-kanak
Anda pasti ada terlihat video tular di laman Facebook memaparkan kanak-kanak perempuan memanjat dan bermain di luar balkoni bangunan pangsapuri yang dipercayai terletak di Lembah Klang. Tindakan kanak-kanak tersebut sememangnya boleh mengundang bahaya, bahkan maut juga menanti.
Namun jika difikirkan, situasi tersebut bukan sahaja berisiko terjadi pada bangunan yang bertingkat tinggi seperti pangsapuri mahupun kondominium, tetapi juga rumah bertingkat.
Berikut adalah beberapa peringatan yang perlu ibu bapa ketahui untuk menjaga aspek keselamatan anak semasa berada di rumah:
Keselamatan balkoni
Ini adalah tip untuk memastikan keselamatan di rumah pada bahagian balkoni:
#1. Jauhkan bangku, meja dan kerusi daripada pagar balkoni
Ia adalah satu naluri biasa pada kanak-kanak yang ingin memanjat pagar atau perabot untuk melihat pemandangan yang lebih baik. Namun dalam masa yang sama, ia meningkatkan risiko untuk anak terjatuh.
Jika kawasan balkoni anda terhad, sebaiknya biar ia berada dalam keadaan tanpa perabot. Cuma bawa keluar beberapa kerusi jika ingin melayan tetamu di sana.
#2. Waspada jarak antara palang pagar balkoni
Jarak antara palang bar di balkoni seharusnya tidak boleh melebihi 4 inci. Ia bertujuan untuk menghalang kanak-kanak walaupun bersaiz kecil untuk melepasi pagar tersebut.
Sekiranya ketinggian balkoni adalah lebih daripada 1 meter di atas paras tanah, ia mesti lah mempunyai pagar atau penghadang.
Ini bermakna jika anda tidak tinggal di kondo atau pangsapuri, tetapi mempunyai teres bertingkat, ia harus mempunyai pagar.
American Academy of Pediatrics (AAP) mencadangkan agar ketinggian pagar balkoni haruslah sekurang-kurangnya 3 kaki atau 1 meter.
#3. Pintu ke balkoni sentiasa berkunci, penting untuk penjagaan kanak-kanak
Anak-anak pada masa ini bijak-bijak belaka, malah yang masih kecil sekali pun ada kalanya sudah pandai untuk membuka pintu yang berkunci. Jadi penyelesaian terbaik adalah untuk memasang 2 jenis kunci yang berbeza.
Jika pintu ke balkoni jenis pintu gelangsar atau sliding door, anda boleh meletakkan papan penyelak pada landasan pintu untuk mengelakkan daripada terbuka.
Keselamatan di bahagian dapur
Kebanyakan jenis rumah yang diubah suai atau unit kondo menggunakan susun atur terbuka, menjadikan kawasan seperti dapur mudah diakses untuk semua individu termasuk kanak-kanak.
Jadi pastikan pisau dan peralatan dapur lain diletakkan jauh daripada capaian anak.
Sekiranya perlu, pasang kunci dan selak kalis kanak-kanak (kid-proof lock & latches) pada kabinet dan rak – terutamanya yang menyimpan peralatan berbahaya atau bekalan pembersih seperti peluntur atau semburan beracun.
Gunakan stove guard untuk menutup atau mengunci tombol dapur masakan, pastikan setiap pemegang periuk atau kuali dialihkan ke belakang untuk mengelakkan ia mudah dicapai anak semasa sedang memasak.
Anda juga boleh memasang pengadang sudut pada meja dan kaunter dapur.
Pastikan bilik mandi selamat
Dalam menitikberatkan aspek penjagaan kanak-kanak dan keselamatan di rumah, anda perlu ketahui bahawa bilik air adalah antara tempat berbahaya untuk anak kerana mereka boleh lemas walaupun dalam air takungan yang cetek serta tergelincir.
Anda boleh letakkan tikar getah pada lantai bilik air terutamanya di bahagian pancuran mandian atau tab mandi untuk mengurangkan lantai daripada licin.
Pilih pemanas air yang mempunyai peranti anti-panas atau pasangkan peranti tersebut pada kepala pancuran mandian untuk memastikan kulit anak tidak melecur atau terkena air yang terlalu panas.
Paling penting, jangan pernah meninggalkan anak di dalam bilik mandi tanpa pengawasan.
#Bahagian tingkap
Berikut antara aspek keselamatan pada tingkap di rumah, sentiasa pastikan semua tingkap agar:
Lindungi palam elektrik, aspek keselamatan di rumah yang penting
Sikap ingin tahu anak terutamanya yang masih kecil membuatkan mereka akan menyentuh segalanya termasuklah soket elektrik.
Pastikan setiap palam atau soket elektrik dilindungi menggunakan pelindung keselamatan untuk mengelakkan anak daripada memasukkan jari.
Wayar juga perlu dipastikan sentiasa kemas dan tidak berselirat di lantai – jauh daripada jangkauan anak-anak.
Ajari anak aspek keselamatan di rumah
Tip terakhir dalam memastikan keselamatan anak semasa di rumah adalah dengan mengajar mereka mengenai aspek keselamatan dan mematuhi peraturan apabila berada di kawasan dengan pagar balkoni.
Tetapkan beberapa peraturan asas seperti:
Balkoni adalah kawasan terlarang untuk bermain melainkan bersama individu dewasa
Dilarang memanjat pagar balkoni atau perabot yang terletak di sana
Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua.
-Hello Doktor
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Dah masuk hujung tahun ni, biasanya mama papa pasti buat persediaan anak-anak masuk ke sekolah. Apa yang patut kita nak buat supaya anak-anak tak kekok dan teruja nak ke sekolah?
Jom ikuti perkongsian ilmu bermanfaat dari Dr Tengku Putri Zainab Ab Malek (Pakar Perunding Pediatrik), Pn Nurul Sheriena Musa (Konsultan Perkembangan Kanak-kanak & Terapis Cara Kerja) serta sharing dari selebriti Yana Samsudin bagaimana dia melatih anaknya untuk belajar tiga bahasa. Daftar di https://toko.ideaktiv.com/product/tip-a-z-anak-ready-ke-sekolah/
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!