Tiada kata yang mampu menggambarkan betapa luluhnya hati seorang bapa apabila insan tersayang pergi buat selamanya. Hati mana yang tidak sebak apabila seorang ayah terpaksa menukar senyuman gembira saat menerima sijil kelahiran anak, kepada air mata pilu tatkala melihat sijil kematian yang terpahat nama zuriat kesayangannya.
Menerusi hantaran di Facebook, Azhar Bin Abd Rahman berkongsi kehilangan anaknya, Irfan, yang meninggal dunia akibat kemalangan motosikal dengan sebuah kereta. Dalam coretannya, beliau imbau kembali detik-detik manis membesarkan anak yang amat disayanginya itu.
“Betapa gembiranya bila ayah daftarkan anak lelaki pertama ayah yg dh lama ayah tunggu sebelum lahirnya Aliff… bila dpt sijil kelahiran rasa sgt2 bersyukur… Hari ini perasaan yg sgt berbeza… sakit, pedih dan luluhnya hati ayah bila tgok kad pengenalan Pan digunting dan diganti dgn sijil kematian…”
Mengimbau kenangan dengan arwah anak semasa kecilSelesai kebumikan Irfan, sampai ke rumah sy masuk ke bilik tenangkan jiwa yg meronta2 kesedihan..terdengar bunyi tangisan ibunya teresak2 luar bilik..bila sy keluar tgok ibunya tengah peluk dan cium seluar Irfan…sy terus ambil seluar tu simpan dan pujuk supaya kuatkan semangat…Pastinya setiap ibu bapa akan mengalir air mata bila tgk sijil ni….
Azhar turut berkongsi bahawa anaknya merupakan anak yang sangat baik, sentiasa membantu keluarga, dan tidak pernah menyusahkan ibu bapa. Namun, takdir Allah lebih dahulu menjemputnya.
Ads
Lebih menyayat hati, Azhar turut menceritakan saat-saat terakhir bersama anaknya di lokasi kejadian.
“Saya kongsikan rakaman kejadian paling menyedihkan dalam sejarah hidup kami sekeluarga sebagai pengajaran kpd pemandu-pemandu kenderaan berhati-hatilahlah memandu supaya nyawa insan tak bersalah terkorban kerana kecuaian kita bayangkan kejadian terjadi beberapa saat shj sebelum ibunya melalui jalan yg sama…”
Beliau juga menggambarkan detik cemas apabila sempat berbicara dengan anaknya yang nazak di atas jalan.
Ads
“Saya hanya mampu memanggil namanya dan minta dia ikut apa yang saya kata walaupun dalam hati… Lailahaillallah!!! Matanya tak tertutup, badan kekejangan.. Saya berulang2 kali sebut minta dia ikut. Mata saya memandang denyutan nadinya di leher yang masih berdenyut. Sabar Pan, sabar ambulan dah sampai… Pan kena kuat mcm ayah!!!”
“Kalau Pan dengar suara ayah, tolonglah Pan gerak mata.. ayah nk tengok… Dia gerakkan mata 2 kali… sy sapukan air matanya sambil terus minta dia bertahan…”
Namun, takdir Allah mengatasi segalanya. Irfan akhirnya pergi meninggalkan keluarga tercinta, meninggalkan luka yang tiada pengganti buat seorang ayah, ibu, adik-beradik serta insan sekeliling yang mengenalinya.
Azhar dalam hantaran itu turut mengingatkan orang ramai agar lebih berhati-hati di jalan raya supaya tragedi seperti ini tidak berulang.
Ads
“Berhati-hatilah memandu supaya nyawa insan tidak bersalah terkorban kerana kecuaian kita.”
Pengajaran untuk semua ibu bapa dan pemandu bahawa Kehilangan ini menjadi peringatan bahawa nyawa anak-anak amat berharga, dan kecuaian walau sesaat boleh meragut kebahagiaan sebuah keluarga.
Tengku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim berdepan detik mencemaskan bersama isteri dan anak-anak bila mana berdepan insiden tembakan di pusat beli-belah Siam Paragon Mall, Bangkok, Thailand, petang semalam.
Menerusi perkongsiannya di Facebook, TMJ menyifatkan ia pengalaman terburuk dalam hidupnya apa lagi melibatkan anak-anak yang ketakutan berdepan detik itu.
Malah menurut perkongsiannya, baginda serta keluarga ketika itu berada di lobi hotel berhampiran pusat beli-belah berkenaan sebelum mendengar orang ramai berteriak dan berlari masuk ke dalam perkarangan hotel tersebut.
“Orang ramai menjerit dan berlari masuk ke dalam hotel dari pusat membeli-belah apabila penembak mula melepaskan tembakan.
“Suasana sangat bising dan terdengar begitu banyak jeritan. Kami semua sedang duduk di lobi hotel waktu itu.
“Kami bawa anak-anak dan keluarga ke tempat yang selamat dan berlari ke ruang bawah tanah bersama pasukan saya, dan fikiran saya tertumpu kepada berapa ramai penembak di luar sana, apa senjata yang mereka gunakan dan apa situasinya,” katanya.
Bercerita mengenai situasi getir itu kata TMJ lagi, dia mula memikirkan jika berdepan sebarang kemungkinan yang bakal berlaku.
Malah kongsinya lagi, baginda dan pasukan keselamatan bertindak sebagai perisai dengan berdiri di hadapan isteri dan anak-anak sebelum bergerak ke tempat yang lebih selamat waktu itu.
“Isteri saya terus peluk anak-anak kami, menundukkan diri dan cuba tenangkan mereka kerana mereka ketakutan dan menangis.
“Ini adalah pengalaman terburuk yang pernah saya lalui. Melindungi nyawa anak-anak saya daripada pembunuh dan dua orang meninggal dunia. Semoga Allah merahmati roh mereka yang tidak berdosa,” kongsinya lagi.
Terdahulu TMJ dan keluarga berada di Bangkok bagi saingan Liga Juara-Juara Asia (ACL). Walaupun terlepas perlawanan itu namun TMJ bersyukur keluarga dan pasukannya terselamat.
Dalam dunia penuh persaingan akademik, kisah pasangan kembar seiras ini bagaikan cahaya harapan buat ibu bapa dan pelajar. Amira Bazilah dan Amira Basirah Mohd Arizan, dua beradik berusia 20 tahun, mencipta sejarah peribadi apabila kedua-duanya meraih PNGK 4.00 dalam Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM). Rahsia mereka? Disiplin tinggi, doa yang tak pernah putus dan rutin harian yang penuh keberkatan.
SUMBER : SINAR HARIAN
Rutin Pagi Yang Luar Biasa
“Selepas solat Isyak, saya akan mengulangkaji pelajaran dan tidur sekitar jam 12 tengah malam. Setiap hari, saya bangun jam 3 pagi untuk belajar semula, menunaikan solat sunat dan membaca Surah Yasin selepas Subuh,” kongsi Amira Bazilah. Selain itu juga, bacaan Surah Al-Waqiah sudah dijadikan sebagai satu rutin harian kepada mereka.
Saling Menyokong Tanpa Rasa Cemburu
Anak ketiga dan keempat daripada lima beradik ini tidak pernah terpisah sejak kecil. Mereka membesar bersama, saling menjadi ‘guru’ dalam pelajaran dan rakan karib dalam kehidupan harian.
Bapa mereka, Mohd Arizan, seorang pemandu bas, dan ibu mereka, Faridah Jemahat, seorang suri rumah, sentiasa menjadi sumber kekuatan utama dengan doa dan galakan yang tak pernah putus.
Tingkatan Enam, Bukan Universiti
Walaupun menerima tawaran kejuruteraan awam di Universiti Malaysia Terengganu (UMT) selepas SPM, mereka memilih Tingkatan Enam kerana minat mendalam dalam bidang pendidikan. Kini, mereka menyimpan impian untuk melanjutkan pengajian di UPSI dan menjadi tenaga pengajar.
Inspirasi Untuk Semua Ibu
Kisah dua adik ini mengingatkan kita bahawa kejayaan bukan hanya terletak pada IQ, tetapi pada EQ, SQ dan disiplin diri. Ibu-ibu muda, inilah contoh bagaimana sokongan emosi, suasana rumah yang kondusif dan didikan rohani mampu membentuk anak yang luar biasa.
Apa Ibu Ayah Boleh Buat Untuk Anak Berjaya?
Amalkan doa harian untuk anak – contohnya doa rabbi yassir, doa pelembut hati, dan bacaan Yasin bersama.
Wujudkan rutin belajar yang konsisten – bantu anak tetapkan waktu belajar, rehat dan tidur.
Beri kata-kata semangat setiap hari – pujian kecil pun mampu tingkatkan motivasi anak.
Kurangkan tekanan, tambah sokongan emosi – dengar luahan anak dan jangan bandingkan dengan orang lain.
Jadi contoh dalam ibadah & disiplin – anak lebih mudah ikut jika lihat ibu ayah konsisten dalam solat dan tanggungjawab harian.
“Bangun awal, baca surah, ulang kaji tanpa henti – hasilnya bukan sekadar A, tapi anak yang yakin dengan diri dan dekat dengan Ilahi.”
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tiga pekerja sebuah Taman Asuhan Kanak-Kanak (TASKA) di sini ditahan selepas dipercayai terbabit mendera seorang bayi lelaki berusia empat bulan sehingga koma di taska berkenaan, Rabu lalu.
Ketua Polis Terengganu, Datuk Rohaimi Md Isa, berkata tiga suspek terbabit wanita berusia antara 22 hingga 33 tahun ditahan sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Terengganu di premis berkenaan petang semalam.
Katanya, tangkapan terhadap semua suspek terbabit dibuat selepas polis menerima satu laporan berhubung kejadian daripada bapa mangsa berusia 29 tahun di IPD Kuala Terengganu pada Rabu lalu.
“Berdasarkan laporan, bapa mangsa yang bekerja sebagai pegawai perubatan mendapati, berlaku pendarahan dalam otak selain keretakan pada tempurung kepala bayi terbabit.
“Susulan itu, tiga suspek terbabit ketika dipanggil memberi keterangan menafikan kejadian itu tetapi keterangan mereka meragukan.
“Bagaimanapun, siasatan menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di taska berkenaan mendapati suspek memukul kepala mangsa dengan tangan.
“Kesan daripada perbuatan itu, mangsa mengalami pendarahan dalam otak dan berlaku keretakan pada tempurung kepala.
“Kecederaan dialami mangsa serius dan masih dalam keadaan koma dan dirawat di unit rawatan rapi kanak-kanak (PICU) Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ),” katanya pada Perhimpunan Bulanan PDRM Terengganu Januari 2023 di Pekarangan IPK Terengganu, hari ini.
Semua suspek terbabit ditahan reman selama enam hari bermula hari ini dan akan disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 20 tahun atau kedua-duanya.
Tragedi kanak-kanak 5 tahun lemas selepas majlis graduasi tabika ini mengundang pilu dan menjadi peringatan penting tentang keselamatan air. Ketahui kronologi, luahan keluarga dan langkah pencegahan.