Ibu dan ayah mana yang tidak mahu memberikan yang terbaik buat anak-anaknya. Biar susah macam mana pun, akan diusahakan sebaiknya demi anak-anak.
Malah anak-anak jugalah yang sentiasa menjadi pemangkit semangat untuk terus kuat dan berjaya. Bagi Wawa Zainal, hal ini diakui olehnya sendiri bila mana berdepan ujian di awal perkahwinan mereka.
Malah kelahiran anak sulungnya itulah yang menjadikan penggerak untuknya dan suami, Aeril Zafrel berubah hingga berjaya seperti hari ini.
Sempena ulang tahun kelahiran anak sulungnya, Ahmad Fakhruddin Attar, yang kini berusia 8 tahun, Wawa turut berkongsi saat suka duka di awal kelahiran Attar yang begitu memberi makna dalam hidup mereka.
“Selamat ulang tahun Attar. Cinta pertama mama & ayah. Ingat lagi Attar baru lahir dan kena kuning, terpaksa kena tahan wad beberapa hari.
” Menangis ayah peluk cium selimut bantal kat rumah rindukan Attar. Walaupun baru kenal seminggu masa tu tapi cinta mama ayah sangat dalam,” kongsi Wawa.
Ads
“Dulu banyak dugaan, duit pun tak ada sangat”
Malah kata Wawa lagi, anak pertamanya itulah penguat semangat dan pemangkin untuknya dan suami berubah sehingga ke hari ini.
Terlalu banyak dugaannya yang dilaluinya dan suami malah berdepan dengan kesulitan hidup untuk membesarkan anak mereka.
” Attar lah penguat cinta kami, penguat kudrat kami, untuk berusaha lebih lagi sehingga la apa yang kita ada sekarang. Sungguh Attar la BIG WHY kami masa mula mula decide nak berniaga.. Attar.
” Dulu lahirkan Attar mama ayah banyak dugaan, duit juga tak ada sangat. Menangis mama ayah pandang muka polos Attar waktu Attar lena. Banyak betul kenangan dengan anak sulungkan. Banyak sangat kenangan dan biasa nya anak sulung ni sentimental sikit.
Ads
Ok penat type. Harap Attar faham penulisan mamanya. I love you Attar, happy 8th birthday. Jom wish kat Attar,” tulis Wawa lagi.
Video perkongsian Wawa sempena sambutan hari lahir itu tampak meriah dengan tema warna hijau. Semuanya dilakukan sendiri oleh mereka demi memastikan sambutan hari lahir itu begitu bermakna buat Attar. Momen-momen indah sewaktu Attar masih kecil turut sama dimuatkan Wawa menerusi video berkenaan.
Terdahulu, Wawa dan Aeril mendirikan rumah tangga pada tahun 2013 dan kini pasangan ini dikurniakan dengan tiga orang cahaya mata, Ahmad Fakhruddin Attar, Hayla Maghfiratul Adzkiyaa dan Ayya Sofya.
Sertai Webinar penyusuan terbesar ‘Mama Tak Penat Susukan Anak’ yang dianjurkan Pa&Ma tahun ini. Webinar PERCUMA ini menampilkan panel-panel hebat seperti Dato’ Dr Sheikh Muszaphar, Dr Seri Suniza, Dr Hairin Anisa, Puan Asiah Maharam dan perkongsian istimewa oleh Dato’ Siti Nurhaliza.
Selain mendapat ilmu penyusuan, peserta juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Akibat mencubit kedua-dua belah telinga seorang bayi lelaki, anak jirannya yang berusia 10 bulan sehingga mengalami kesan lebam, seorang suri rumah didenda RM6,000 atau penjara tiga bulan oleh Mahkamah Sesyen di Kuala Lumpur semalam.
Hakim Mahyon Talib menjatuhkan hukuman itu ke atas Noor Aziana A. Samad, 33, selepas dia mengaku bersalah atas pertuduhan yang dibacakan jurubahasa mahkamah terhadapnya.
Ketika ditanya Mahyon alasan tertuduh mencubit telinga bayi berkenaan, Noor Aziana menjawab “Saya berasa geram kerana mangsa sentiasa menangis dan keadaan rumah tiada air pada masa itu,”.
Ibu tiga anak itu didakwa melakukan kesalahan terhadap bayi lelaki tersebut sehingga menyebabkan kecederaan pada kedua-dua belah telinga mangsa di sebuah rumah di Taman Melati, Wangsa Maju di Kuala Lumpur pada 2 petang, 5 Mac lalu.
Dia dituduh mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara maksimum 20 tahun atau kedua-duanya.
Timbalan Pendakwa Raya Nurliyana Mohd Jafri memohon hukuman setimpal terhadap tertuduh dengan mengambil kira mangsa dalam kes ini adalah bayi.
“Tindakan tertuduh mencubit telinga bayi berusia 10 bulan sehingga menyebabkan kesan lebam adalah tidak wajar kerana mangsa tidak berdosa.
“Tertuduh mempunyai anak kecil seharusnya dia menjaga mangsa seperti anaknya sendiri dan bukannya melakukan perbuatan tersebut,” katanya.
Noor Aziana yang tidak diwakili peguam merayu hukuman denda dengan alasan mempunyai anak kecil berusia setahun serta dia tidak bekerja.
Berdasarkan fakta kes, semasa pengadu iaitu ibu mangsa ingin mengambil anaknya dari rumah tertuduh terdapat kesan lebam pada kedua-dua belah telinga dan luka pada dahi serta tangan kiri mangsa.
Pengadu telah bertanya kepada tertuduh dan diberitahu anaknya yang menggigit mangsa.
Namun, selepas pengadu memberitahu yang dia mahu membuat laporan polis, tertuduh terus mengaku mencubit mangsa kerana bayi itu menangis selain tertekan dengan keadaan di rumahnya yang tiada air selain gagal mengawal kemarahan.
Bila anak sudah masuk usia dua tahun, satu hal yang menjadi masalah adalah untuk melatih anak bebas diaper. Sebenarnya ia bukanlah satu tugas mudah. Mama papa kena sabar sepanjang minggu untuk melatih anak.
Tapi bukan soal sabar je, mama papa juga kena lebih bersedia untuk mengajar anak bebas diaper. Paling penting kena bersedia dan rajin dengan kerja-kerja ‘mencuci’. Maryam Jamadi, Occupational Therapist ini berkongsi tip buat mama papa sebagai persediaan untuk mengajar anak. Ada perkara dan ilmu yang anda kena tahu.
MELATIH ANAK BEBAS DIAPER
Umur 3 tahun.
Antara pandai urus diri dan pandai membaca mana lebih penting?
Kalau jawapannya bebas diaper, lega hati saya. ❤
Kadang-kadang, saya risau dengan ada segelintir mak ayah yang lebih pentingkan anak 2-3 tahun pandai membaca tapi tidak kisah anak tidak reti makan dan minum sendiri, tidak reti buka baju seluar dan belum bebas diaper. Ada yang sampai umur 6 tahun, pandai membaca dan mengira tapi masih lagi pakai diaper ke tadika melainkan memang ada masalah kesihatan lain.
Bebas diaper ini bukan sahaja dapat menjimatkan poket mak ayah, malah banyak kepentingannya dalam perkembangan emosi dan sosial anak juga. Seperti yang saya kongsikan sebelum ini di artikel “Cara Memanipulasi Anak”, umur setahun hingga 3 tahun adalah fasa anak untuk dapatkan “Autonomy” ke atas dirinya sendiri.
Sebab itulah, masa ini anak akan mula merampas baju yang hendak dipakaikan, merampas sudu atau mengamuk ingin makan sendiri, mahu pakai kasut sendiri, marah apabila barang yang dipegang dirampas dan sebagainya.
Semua ini sebab anak sudah ada ada kesedaran dan keinginan untuk belajar urus diri sendiri. Mereka lihat apa yang mak ayah buat dan mereka ikut walaupun belum cekap. Sokong anak untuk belajar berdikari, bukannya perlekehkan mereka apatah lagi menghalang. Sebab secara tak langsung mak ayah akan menyebabkan perkembangan emosi dan anak terganggu.
Malah kajian tentang ini juga telah dilakukan pada tahun 2002 dan hasilnya kebanyakan anak yang lewat bebas diaper akan meningkatkan risiko mendapat masalah mengawal pundi kencing dan masalah usus di masa akan datang (diterbitkan di Journal of Pediatric Urology). ?
TANDA-TANDA ANAK SUDAH BERSEDIA
Selalunya mak ayah sudah boleh mula mengajar anak bebas diaper pada umur 2-4 tahun, ada juga anak yang sudah menunjukkan kebolehan bebas diaper seawal 18 bulan. Untuk mengelakkan kejadian lantai basah, tilam basah atau bau “hancing” seluruh rumah. Lebih baik mak ayah tahu dahulu tanda-tanda anak sudah bersedia untuk bebas diaper:
1. Boleh duduk, berdiri dan melangkah anak tangga di tandas dengan sendiri.
2. Mempunyai skil motor dan koordinasi yang baik untuk membuka pintu sendiri.
3. Berminat untuk ke tandas dan proses di dalam tandas (Duduk, ambil paip air atau tisu, flush)
4. Mahu mengikut sesiapa sahaja ke tandas untuk melihat proses di tandas.
5. Sudah mempunyai keupayaan untuk menahan kencing atau berak selama lebih kurang 2 jam.
6. Sudah pandai maklumkan mak ayah dengan bahasa tubuh atau beritahu nak “iyak”/ ‘pupu” atau ‘kencing/cing”.
7. Tidak minat lagi memakai diaper dan mahu membuka sendiri diaper lepas “membuang”.
8. Pandai mengikut arahan.
9. Mempunyai masa yang sama untuk “membuang” seperti lepas bangun tidur atau lepas makan.
* Tanda-tanda diatas juga boleh diguna pakai untuk anak bekeperluan khas, cuma umur sahaja berbeza.
Jika anak mempunyai tanda diatas, maka ayuhlah kita mengajar anak bebas diaper ya mak ayah jangan tangguh-tangguh lagi.
PERSEDIAAN MAK AYAH
Ada banyak sangat cara untuk mengajar anak bebas diaper. Kalau ikut cara orang dulu-dulu ada yang bogelkan sahaja diluar, kalau nak “membuang” WAJIB bagitahu kalau tidak tunggulah “hadiah”nya. Hasilnya, sehari dua dah pandai. ?
Dibawah ini adalah teknik yang selalu digunakan oleh Terapis Carakerja untuk anak bekeperluan khas, tetapi diolah sedikit untuk anak yang tipikal. Sebelum melatih anak bebas diaper, mak ayah perlulah:
1. Pilih samada nak latih anak menggunakan tandas terus ataupun guna “potty”.
Kedua-duanya ada kebaikan dan keburukan, kalau mak ayah rajin gunalah potty kerana ia agak kurang menyeramkan untuk anak, mudah dibawa dan selamat. Kalau malas nak membasuh, gunalah tandas terus. Kalau ada duit lebih, belilah tempat duduk tandas kecil yang siap ada tangga. ?
2. Latih anak menggunakan bahasa tubuh seperti pegang perut sambil cakap “berak/iyak”, “kencing/cing”, “pee/poopoo”. Pilihlah satu paling sesuai dan kata setiap kali tukar diaper. Tunjukkan “kuih” pada anak setiap kali anak membuang dalam diaper.
3. Cerita sosial (Social Story)
Ceritakan kenapa kita ke tandas, apa yang dilakukan, proses di tandas dan sebagainya. Mak ayah boleh juga cerita dengan memggunakan patung kesukaan. Contohnya,
“Setiap pagi, selepas Didi bangun tidur. Didi akan pergi tandas untuk “iyak/poopoo”. Mula-mula Didi buka seluar, duduk di atas tandas dan meneran (sambil buat muka meneran). Abang nak jadi macam Didi tak?”. Mak ayah bolehlah buat cerita ikut kretiviti masing-masing sambil buat ekspresi muka “over” lagi anak suka.
4. Perhatikan tingkahlaku anak sebelum “membuang” contohnya resah gelisah, kehulu kehilir, menyorok di belakang almari atau duduk di sudut bilik. ?
5. Catat masa setiap kali anak “membuang” selama seminggu sebelum latih anak. Selalunya anak sudah ada pola masa yang sama seperti waktu pagi selepas bangun tidur, tengahari selepas makan dan sebagainya.
6. Pastikan anak makan makanan berserat seperti buah dan sayur dengan mencukupi.
Proses melatih jadi lebih sukar sekiranya anak sembelit.
7. Pakaikan diaper jenis seluar (diaper pant) dan seluar bergetah yang longgar supaya mudah untuk dibuka bila dah tak tahan dihujung-hujung. ?
Semua diatas ini boleh mula dilakukan untuk anak berumur setahun keatas untuk persediaan bebas diaper.
AYUH, MULAKAN SEKARANG
Jika mak ayah dah ada “bahan-bahan” untuk melatih anak seperti jadual masa, potty dan seluar dalam anak maka boleh mulakan dengan ikut 3 tahap yang saya rumuskan ini:
Tahap pertama (Masih memakai diaper)
1. Bawa anak ke tandas 10 minit sebelum sebelum jadual pola masa, terutamanya sejurus lepas bangun tidur, lepas makan dan sebelum tidur. Nak lagi bagus, bawa setiap 2 jam. Sebab lebih kerap lagi bagus.
2. Tekan sedikit di bahagian pundi kencing di bahagian bawah perut anak semasa duduk di tandas dan ajar anak untuk meneran.
3. Puji anak setiap kali anak berjaya “membuang” di dalam tandas.
4. Jika anak terlepas “membuang” di dalam diaper, tunjuk diaper basah pada dia dan kata “abang tak boleh buang dalam ini”.
5. Disarankan mak ayah fokus latih berterusan selama lebih kurang seminggu.
Tahap Dua (Pakai waktu tidur sahaja)
1. Mak ayah boleh mula pakaikan anak seluar dalam kesukaan mereka untuk menggantikan diaper.
2. Pakaikan diaper waktu tidur siang dan tidur malam sahaja.
3. Tunjuk anak diaper basah sekiranya dia terlepas.
4. Bawa anak ke tandas sejurus bangun tidur sampai jadi rutin harian.
Tahap Tiga (100% bebas diaper)
1. Boleh mula kurangkan memakai diaper di waktu malam.
2. Letak alas katil kalis air supaya katil tidak tercemar dengan bau “hancing”. ?
Kunci utama untuk berjaya adalah kerapkan memuji anak. Pokok pun boleh mati kalau setiap hari kita datang marah-marah. ?
Sabar, jangan terlalu memarahi anak sekiranya lambat kerana nak berjaya perlukan masa, bukannya sekali ajar dah pandai, ada yang seminggu dah berjaya, ada yang sebulan malah ada yang setahun baru berjaya. Sebab ia perlu berterusan baru cepat nampak kesan. Kalau skip sehari buat, esok malas, mula balik tahun depan maka bertahunlah jawabnya. ?
Dalam melatih anak bebas diaper, jangan lupa untuk melatih skil urus diri seperti pakai baju dan seluar ya. Tak adalah sampai umur 6 tahun masih lagi mak ayah kena bukakan seluar dan jirus setiap kali anak nak “membuang”.?
*Jika anak dah masuk umur 4 tahun, tetapi masih belum berjaya bebas diaper walaupun usaha telah dilakukan. Mungkin ada isu yang mak ayah tidak sedar, boleh dapatkan rujuk occupational therapist untuk penilaian.
Kredit: Maryam Jamadi
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Personaliti media sosial dan usahawan, Fila Amir, sering kali menjadi perhatian ramai di media sosial bukan sahaja kerana gaya hidupnya yang positif, tetapi juga kerana hubungan rumah tangganya bersama suami tercinta, Adama. Namun, di sebalik sokongan yang diterima, masih ada segelintir warganet yang kurang senang melihat kehidupannya bersama keluarga dan melontarkan komen-komen negatif.
Baru-baru ini, menerusi hantaran di TikTok, Fila berkongsi tangkap layar komen daripada salah seorang warganet yang menyindir kehidupannya. Individu tersebut beranggapan Fila hanya hidup mewah kerana berada di Malaysia, dan sekiranya dia kembali ke negara asal suaminya, keadaannya akan berubah.
Komen itu berbunyi,
“Baru dapat macam tu la, semuanya cantik dan wangi. Kau tunggu bila balik negara dia sendiri, masa tu baru kau tahu langit tu tinggi ke rendah.”
Tidak berdiam diri, Fila memuat naik video memaparkan momen-momen ketika berada di negara kelahiran suaminya, Adama, iaitu di Guinea, Afrika. Melalui video tersebut, Fila menunjukkan bahawa kehidupannya di sana juga baik-baik sahaja.
Antara komen balasnya berbunyi,
“Elok je duduk sana. Saya dulu susah nak bergaul, tapi sebab pernah tinggal di sana jadi banyak mulut, Alhamdulillah.”
Respons tersebut secara tidak langsung menepis tanggapan negatif warganet bahawa kehidupan di Guinea tidak seindah di Malaysia.
Walaupun ada komen yang cuba menjatuhkan, ramai juga netizen yang tampil mempertahankan Fila dan memberi kata-kata positif.
“Fila balik sana auto jadi macam yang berhormat”
“Biasanya orang yang komen buruk ni hidup dia sendiri tak bahagia, sebab tu dia nak samakan hidup orang lain dengan hidup dia yang hauk tu ”
“Dia tak tahu ke kalau Fila balik kampung sana dilayan macam puteri”
“Dia ni bertuah. Duduk sana orang sayang, duduk sini orang sayang. Tak ada yang kurang. Kalau pasal warna, jangan lupa Allah ciptakan kita dari tanah yang berbagai. Ingat juga Bilal Bin Rabah, segelap-gelap dia tapi tapak kaki dia terdengar di syurga. Kita jadi manusia, jangan ambil kerja Tuhan.”
Reaksi-reaksi ini menunjukkan bahawa walaupun ada suara negatif, masih ramai yang menghargai dan menyokong Fila.
Untuk rekod, Fila dan Adama telah mendirikan rumah tangga pada 26 April 2019. Pasangan ini akhirnya dikurniakan cahaya mata pertama pada 14 Mei lalu selepas melalui proses persenyawaan in vitro (IVF). Perjalanan mereka yang penuh cabaran namun sarat dengan kasih sayang sering menjadi inspirasi kepada para pengikutnya.
Walaupun berdepan pelbagai bentuk komen negatif, Fila dilihat terus berpegang pada prinsip untuk tidak membiarkan kata-kata orang mempengaruhi kebahagiaan keluarganya. Sikapnya yang positif dan matang dalam memberi respons membuktikan bahawa kebahagiaan sebenar datang daripada penerimaan diri serta sokongan insan tersayang.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!