“Dulu Sedih Kawan Ejek” Kini Gaya Marilyn Monroe Muslimah Anak Kecil Ni Dapat Pujian, Cantik Sungguh!

Share

Sama seperti kita, anak-anak kecil juga punya perasaan. Rasa rendah diri, terkecil hati atau sensitif dalam banyak perkara.

Namun kesedihan hati anak kecil kita ini yang diejek rakan-rakan terubat bila mana tampil cukup cantik di hadapan rakan-rakannya yang lain malah dipuji ramai.

Perkongsian seorang ibu, Sharifah Rodziyah yang memuat naik gambar anaknya yang mengenakan gaya Marilyn Monroe muslimah ini mendapat pujian ramai.

Mana tidaknya, bukan hanya solekan yang sempurna bahkan gaya muslimah serta gabungan moden ala Marilyn Monroe yang diketengahkannya memang menjadi. Cantik!

“Hari tu pernah saya kongsi kesedihan sebab anak saya tak yakin dengan dirinya sebab kawan-kawan ejek. Dia padam make up.

“Lepas dia baca komen sahabat semua kali ni anak saya bangun dengan semangat baru, lebih yakin pada dirinya. Dan ribuan
terima kasih pada sahabat yang share kat mana nak beli topi kat atas kepala dia.

“Style Marilyn Monroe Muslimah. Untuk hari kanak-kanak bertemakan Pesta Muda Mudi,” kongsinya.

Bukan itu, sebagai panduan ibu-ibu lain dalam membuat persiapan untuk anak, turut dikongsikan lokasi untuk mendapatkan busana cantik ini.

“Disini saya kongsikan kat mana nak dapatkan pakaian dan aksesorinya.

Baju Pink – Sogo
Cardigan Putih – Panda Eyes Berjaya Time Square
Topi – Chamelon Sg Wang Plaza
Sarung tangan – Bunga reben Jalan TAR

“Selain tu boleh beli kat online tapi tempoh menghantaran lama,” kongsinya lagi.

Sememangnya gaya anak kecil ini memang cantik malah karaktor Morilyn Monroe muslimahnya memang cukup cantik.

Dalam pada itu, gaya anak kecil itu juga turut mendapat pujian rakan-rakan wargamaya lain.

Jom, join Gathering Ibu Hamil Menawan sekarang! Banyak aktiviti dan hadiah menarik menanti dan penampilan istimewa Pn. Nad Masrom.

Klik DAFTAR segera di https://toko.ideaktiv.com/product/gathering-mama-hamil-menawan-pama-x-numom/

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

 

IKLAN