“Ainul Mardhiah sekarang dah pandai senyum. Ya, baru sekarang nampak dia senyum bila dia happy”. Ini perkembangan terbaru Ainul melalui apa yang diberitahu oleh walidnya.
Menurut Ahmad Safiuddin, sebelum ni kalau kita main-main dengan dia, dia diam je. Perhati je apa yang kita tengah buat. Tapi sejak kebelakangan ni, nampak dia dah tahu reaksi bila dia suka!
“Alhamdulillah! Satu-satu Ainul dah belajar. Walid dengan mama tak mengharap pun Ainul laju seperti bayi-bayi yang lain. Cukup lah Ainul sihat sepenuhnya dan Ainul membesar dengan baik di depan mata mama dan walid”.
“InshaAllah, pada satu hari nanti dengan izinNya, mama dengan walid nak dengar pula suara Ainul ketawa. Terus doakan untuk Ainul ya,” katanya.
Dah reti nak bermain dah Ainul ni. Dulu dia tak pandai lagi, kita geletek ke kita main dengan dia ke, dia diam je.
Sekarang dah nampak dia mula belajar sesuatu. Alhamdulillah, slow-slow ye Ainul Mardhiah.
Tambah Safiuddin kadang-kadang wayar oksigen yang dipakai Ainul agak membataskan pergerakannya tetapi tak mengapalah nanti dia akan terpaksa.
Ads
“Cuma bila akan dibuka bergantung pada keadaan Ainul kerana dia kena pakai oksigen sampai dia tak perlukan bantuan oksigen. Tiada waktu yang ditetapkan.
“Doakan dia segera sihat dan boleh off oksigen secepat yang mungkin ye,” kongsinya.
Sumber: ig Ahmad Safiuddin
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Aksi Dariya Inara hisap ibu jari kaki ternyata menarik perhatian pengikut abahnya, Jep Sepahtu di laman instagram.
Dengan pelbagai usikan yang diterima oleh Jep ternyata ramai yang menganggap Dariya minta nak adik lagi.
Siap ada yang kata, Dariya dah bagi hint pada abah dan mama. Jadi abah kenalah faham.
Tak kurang juga yang cakap lepas ni Dariya adalah kawan nak main sama-sama.
Bayi Sedang Rangsang Otaknya
Bagaimanapun, andaian yang diberikan ini bukanlah boleh di terima 100 peratus. Memang orang tua-tua dulu cakap bayi hisap ibu jari kaki minta adik tapi menurut kajian saintifik itu tandanya bayi sedang merangsang perkembangan otaknya.
Setiap bahagian tapak kaki kita ada bahagian yang berfungsi terhadap organ tertentu. Jadi jangan cepat bagi tanggapan yang bukan-bukan ya.
Bayi yang baru lahir pada keseluruhannya akan tidur 16 hingga 20 jam sehari dan terjaga apabila tiba waktu makan. Masa terpanjang untuk bayi tidur selalunya 4 hingga 5 jam bergantung kepada daya tahan lapar bayi.
Menurut Jururawat, Nur Nabiila Masfuzah atau lebih mesra dipanggil Bel Nawhen yang menjadi salah seorang panel E-Workshop Pa&Ma: A-Z Uruskan Newborn Baby, beliau menjelaskan, tiada jadual tidur yang tetap untuk bayi yang baru lahir.
Pada kebiasaannya, bayi akan mula mengenali waktu malam ketika berumur 3 bulan. Lebih kurang 90% bayi pada peringkat ini akan tidur sepanjang malam, iaitu 6 hingga 8 jam.
Kadangkala bayi akan menangis atau membuat bising jika tidak nyenyak tidur. Mereka akan terbangun dengan sendirinya semasa tidur di waktu malam. Ibubapa tidak perlu risau pada ganggguan ini kerana bayi perlu belajar untuk berada dalam keadaan ini.
Sekiranya bayi anda menangis berterusan selama beberapa minit, anda perlu memberi perhatian. Bayi mungkin lapar, basah, sejuk, tidak sihat atau sakit. Beri perhatian dengan segera tanpa perhatian yang berlebihan kerana bayi perlu meneruskan tidurnya.
Tidur terlentang posisi tidur yang sihat
American Academy of Paediatrics mencadangkan posisi tidur yang sihat bagi bayi adalah “TIDUR TERLENTANG” dan bukan meniarap atau mengiring. Kejadian kematian bayi secara mengejut (Sudden Infant Death Syndrome-SIDS) telah berkurangan ke 50% semenjak posisi tidur ini dicadangkan pada tahun 1992.
Tidurkan bayi secara terlentang di atas tilam yang padat dan kemas di katil bayi mengikut tahap keselamatan terkini.
Jangan menggunakan bantal, pelapik tilam, selimut, permainan yang ada bahagian-bahagian kecil dan penghadang katil yang tidak selamat. Jika menggunakan selimut, posisikan kaki bayi di penghujung palang katil.
Selimutkan bayi dengan selimut yang nipis ke paras dadanya. Pastikan kepala bayi tidak tertutup dengan selimut apabila tidur.
Keselamatan bayi waktu tidur penting
Jangan tidurkan bayi atas tilam air, sofa, tilam yang lembut, bantal atau di permukaan yang lembut.
Pastikan bayi memakai pakaian yang nipis semasa tidur dengan suhu bilik yang sesuai.
Elakkan menyelimut bayi secara berlebihan dan pastikan suhu badan bayi tidak panas.
Bayi sepatutnya tidur terlentang. Bayi boleh di tiarapkan ketika jaga untuk perkembangan otot, mata dan bagi mengelakkan belakang kepala bayi menjadi leper.
Bagi mendapatkan penjelasan lebih lanjut mengenai tip urus bayi, boleh tonton video E-Workshop ini:
Dah masuk hujung tahun ni, biasanya mama papa pasti buat persediaan anak-anak masuk ke sekolah. Apa yang patut kita nak buat supaya anak-anak tak kekok dan teruja nak ke sekolah?
Jom ikuti perkongsian ilmu bermanfaat dari Dr Tengku Putri Zainab Ab Malek (Pakar Perunding Pediatrik), Pn Nurul Sheriena Musa (Konsultan Perkembangan Kanak-kanak & Terapis Cara Kerja) serta sharing dari selebriti Yana Samsudin bagaimana dia melatih anaknya untuk belajar tiga bahasa. Daftar di https://toko.ideaktiv.com/product/tip-a-z-anak-ready-ke-sekolah/
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sebagai ibu bapa, aspek tumbesaran dan perkembangan bayi adalah perkara yang sangat penting dan utama terutamanya di awal usia si manja. Pun begitu, kebanyakan ibu bapa terutamanya yang masih baharu atau pertama kali pasti kerap kali berhadapan kesukaran menjaga anak.
Pelbagai soalan akan timbul dalam fikiran tatkala meneka apa yang tidak kena pada si manja. Ada satu lagi soalan yang masih ramai ibu bapa tidak tahu jawapannya sehingga sekarang iaitu kenapa air liur bayi asyik meleleh?
Ingin tahu kenapa? Jom sama-sama kita ikuti artikel ini dengan lebih mendalam lagi!
Adakah air liur bayi meleleh itu normal?
Ibu bapa mana yang tidak risau jika tiba-tiba sahaja mulut si manja penuh dengan lelehan air liur bukan?
Pun begitu, kalian tidak perlu terlalu panik sekiranya ia berlaku kepada bayi anda kerana ia adalah normal!
Keadaan ini dikenali sebagai ‘baby drooling’ dan ia biasa terjadi kepada si kecil yang berusia 2 tahun ke bawah terutamanya semasa umur 3 hingga 6 tahun. Ini kerana ketika ini mereka masih belum dapat mengawal otot yang terdapat pada tubuh badan termasuklah otot mulut lantas menyebabkan keadaan ini berlaku.
Namun ibu bapa masih perlu berwaspada dan jangan ambil mudah kerana ia juga mungkin adalah simptom beberapa kondisi kesihatan yang tertentu.
Air liur bayi tanda si manja mahu tumbuh gigi?
Menurut kepercayaan masyarakat kita pula, bayi akan mengeluarkan banyak air liur sehingga meleleh keluar dari mulut kerana mereka dalam proses mahu tumbuh gigi.
Adakah ia benar atau mitos semata-mata?
Jawapannya adalah ya, memang benar baby drooling akan berlaku kepada bayi yang mahu tumbuh gigi. Proses ini dinamakan sebagai ‘teething’ dan air liur dipercayai diperlukan untuk melembutkan gusi bayi.
Jika ini adalah puncanya, maka tiada apa yang ibu bapa perlu risaukan kerana ia adalah antara proses tumbesaran dan perkembangan bayi yang normal.
Bukan untuk tujuan melembutkan gusi sahaja, ibu bapa juga perlu tahu bahawa air liur atau saliva bayi mempunyai beberapa fungsi yang lain iaitu:
-Melembutkan makanan berbentuk pepejal
-Mengasingkan sisa atau baki makanan
-Memudahkan bayi menelan makanan dan minuman
-Memastikan mulut bayi tidak kering
-Melindungi gusi dan gigi bayi yang baru tumbuh
berus gigi bayi
Apakah punca lain ia berlaku?
Baiklah, sekarang kita sudah tahu bahawa saliva bayi yang meleleh keluar dari mulut adalah normal ketika mereka dalam proses mahu tumbuh gigi. Bukan itu sahaja, lelehan air liur pada mulut mereka juga mungkin masih normal ekoran kepentingannya terhadap penjagaan mulut si manja.
Pun begitu, terdapat beberapa faktor lain yang mengakibatkan keadaan ini berlaku termasuklah:
-Keracunan
-Jangkitan pada mulut, tekak, lidah, gusi atau sinus
-Alahan susu atau makanan
-Tercekik susu atau makanan
-Pengambilan ubatan tertentu
-Pedih ulu hati
-Asid refluks (GERD)
-Tonsilitis (keradangan pada tonsil)
-Epiglottitis (keradangan pada epiglotis)
-Sawan
Ataupun, ia juga mungkin merupakan petanda si manja anda menghidap penyakit lebih bahaya seperti:
Sekiranya baby drooling adalah disebabkan oleh proses teething, maka tiada apa yang ibu bapa perlu risaukan.
Ibu bapa mungkin boleh membantu si manja mengurangkan rasa tidak selesa dengan memberi teething ring atau puting palsu untuk mereka menggigit atau mengunyah.
Ini kerana ia sudah menjadi refleks semula jadi di mana si manja akan terasa mahu mengigit atau mengunyah apa-apa sahaja objek yang masuk ke dalam mulutnya.
Lebih-lebih lagi jika gigi susu mereka mula menujah naik ke gusi, mungkin si manja akan berasa sedikit gatal, sakit atau tidak selesa dengannya.
Akan tetapi, lain pula ceritanya jika keadaan ini disebabkan oleh beberapa faktor lain seperti yang kami senaraikan di atas tadi.
Jika kalian tidak tahu atau tidak yakin dengan punca sebenar air liur bayi asyik meleleh, segera berjumpa doktor pediatrik untuk sesi konsultasi dan rawatan lanjutan.
Kisah benar seorang ibu tentang bagaimana karies botol menyebabkan semua gigi anaknya terpaksa dicabut melalui pembedahan. Ketahui punca, perjalanan emosi dan tips elak masalah sama.