Semalam telah berlangsung E-Workshop Tip A-Z Anak Ready ke Sekolah Pa&Ma dengan jayanya. Bengkel ini dianjurkan bagi berkongsi ilmu bagaimana ibu ayah dapat mempersiapkan anak-anak dari segi mental dan fizikal sebelum sesi persekolahan yang akan bermula pada bulan Januari 2022 nanti.

E-Workshop Tip A-Z Anak Ready Ke Sekolah, Banyak Info Bantu Parents ‘Sediakan’ Anak

 

Memandangkan banyak perkara yang perlu dititikberatkan untuk memastikan anak benar-benar bersedia untuk ke sekolah, maka bertepatanlah e-workshop ini dianjurkan. E-workshop ini telah mengumpul 100 orang peserta dan telah dimulakan seawal jam 10.00 pagi.

Dr. Putri Zainab Kongsi Persediaan Yang Perlu Dibuat Sebelum Anak Ke Sekolah
E-workshop ini telah dimulakan dengan sesi bersama Dr. Putri Zainab Ab Malek (Pakar Perunding Pediatrik) yang mengupas topik Persediaan Anak Ke Sekolah, Apa Perlu Mama Papa Buat?

E-Workshop Tip A-Z Anak Ready Ke Sekolah, Banyak Info Bantu Parents ‘Sediakan’ Anak

 

Di dalam slotnya itu, Dr. Putri telah menyarankan untuk ibu ayah menyediakan mental anak sebelum mereka bersekolah. Kebanyakan anak mungkin mengalami mental yang terjejas kerana terlalu lama terperap di rumah sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

E-Workshop Tip A-Z Anak Ready Ke Sekolah, Banyak Info Bantu Parents ‘Sediakan’ Anak

IKLAN

 

Ketika slotnya, doktor ini juga telah mencadangkan supaya ibu ayah untuk mula membawa anak-anak keluar rumah sama ada pulang ke kampung atau ke rumah sanak-saudara tetapi perlulah mematuhi SOP.

Selesai sesi Dr. Putri, e-workshop diteruskan dengan slot Teka & Menang. Tiga soalan telah diajukan kepada para peserta dan kesemuanya bersemangat memberikan jawapan untuk merebut hadiah berupa 4 keping tiket masuk Ke Zoo Melaka buat setiap pemenang.

Pn Nurul Sheriena Ajar Aktiviti Rangsang Otak & Kemahiran Motor Anak

Slot Kuasai Kemahiran Motor Anak Sebelum ‘Naik’ Sekolah bersama Pn. Nurul Sheriena Musa yang merupakan seorang Terapis Cara Kerja mengatakan terdapat banyak kemahiran motor yang penting. Ibu ayah juga perlu menguatkan asas kemahiran motor terutamanya untuk anak yang bakal memasuki darjah satu tahun hadapan.

IKLAN

E-Workshop Tip A-Z Anak Ready Ke Sekolah, Banyak Info Bantu Parents ‘Sediakan’ AnakMemandangkan sepanjang tempoh PKP anak-anak mungkin lebih banyak melakukan pergerakan mata dan jari sahaja (kerana banyak melihat gajet) ia menyebabkan banyak masalah seperti sukar fokus, tantrum atau lewat pertuturan.

E-Workshop Tip A-Z Anak Ready Ke Sekolah, Banyak Info Bantu Parents ‘Sediakan’ Anak

Di dalam slotnya itu juga, Pn. Nurul Sheriena sempat menjawab soalan-soalan yang diajukan oleh para peserta kepadanya. Menariknya, dia turut berkongsi aktiviti yang dapat ibu ayah lakukan bersama anak-anak bagi memantapkan kemahiran motor serta perkembangan otak mereka. Menarik!

E-Workshop Tip A-Z Anak Ready Ke Sekolah, Banyak Info Bantu Parents ‘Sediakan’ Anak

Issey Kongsi Cara Latih Anak Mahir 3 Bahasa 
Untuk slot Yana Samsudin iaitu Anak Belajar 3 Bahasa, Macam Mana Yana Latih Mateen?, dia berkongsi caranya melatih anaknya mahir tiga bahasa iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Bahasa Mandarin.

IKLAN

E-Workshop Tip A-Z Anak Ready Ke Sekolah, Banyak Info Bantu Parents ‘Sediakan’ Anak

 

Cerita Yana, selepas habis berpantang anak sulungnya dia banyak travel. Salah satu cara untuk dedahkan anaknya dengan beberapa jenis bahasa adalah dengan memuat turun video yang mempunyai pelbagai bahasa.

E-Workshop Tip A-Z Anak Ready Ke Sekolah, Banyak Info Bantu Parents ‘Sediakan’ AnakBagi memastikan anaknya dapat menguasai bahasa, dia menetapkan masa selama tiga bulan untuk fokus dan hanya menonton video yang sama. Supaya anaknya tidak keliru, Yana menjelaskan yang dia akan jelaskan dengan betul tentang sesuatu bahasa. Setiap perkara diajarkan dengan tiga bahasa supaya anaknya lebih mahir.

Peserta Bertuah Menang Hadiah!
Tibalah masa yang dinanti-nantikan. Slot cabutan bertuah menyaksikan enam orang pemenang bertuah memenagi pelbagai hadiah menarik dari Pa&Ma. Tiga orang peserta telah memenangi buku pembelajaran interaktif, manakala dua orang lagi telah masing-masing menerima produk kecantikan dan minuman sarang burung.

Pemenang utama telah memenangi baucar penginapan 2H1M di The 5 Elements, Kuala Lumpur. Tahniah kepada peserta yang bertuah! Diharapkan dengan setiap perkongsian dari para panel dan selebriti jemputan ini dapat memberi manfaat kepada para peserta dan juga followers Pa&Ma. Teruskan menyokong aktiviti-aktiviti yang akan dianjurkan oleh Pa&Ma selepas ini.

Jom tonton sesi live e-workshop semalam bagi yang terlepas untuk mengikutinya;

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI