Semalam telah berlangsung E-Workshop Tip Urus Newborn Baby A-Z Pa&Ma dengan jayanya. Bengkel ini dianjurkan sempenan ulang tahung Pa&Ma yang ke-21 tahun serta untuk memberi input kepada bakal ibu ayah yang akan menyambut cahaya mata mereka.

E-Workshop Urus Newborn Baby A-Z Beri Ilmu Buat Bakal Ibu Ayah. Menarik!

Memandangkan banyak perkara yang perlu dititikberatkan untuk menguruskan bayi baharu lahir, sangat bertepatanlah e-workshop ini dianjurkan. E-Workshop ini telah mengumpeul 100 orang bakal ibu an ayah dan telah dimulakan seawal jam 9.00 pagi.

Dr Roliza Kongsi Ilmu Tentang Newborn Baby
E-workshop ini telah dimulakan dengan sesi bersama Dr Roliza Ibrahim (Pakar Perunding Pediatrik) yang mengupas topik Apa Perlu Parents tahu Tentang Newborn Baby?

E-Workshop Urus Newborn Baby A-Z Beri Ilmu Buat Bakal Ibu Ayah. Menarik!

Di dalam slotnya itu, Dr Roliza telah berkongsi tentang corak tidur bayi dan penyusuan selain menjelaskan tentang masalah kolik dalam kalangan bayi baharu lahir. Melalui slide yang Dr Roliza kongsikan bersama para peserta, dia turut menceritakan tentang masalah alahan susu.

IKLAN

E-Workshop Urus Newborn Baby A-Z Beri Ilmu Buat Bakal Ibu Ayah. Menarik!

Selesai sesi Dr Roliza, e-workshop diteruskan dengan slot Teka & Menang. Tiga soalan telah diajukan kepada para peserta dan kesemuanya bersemangat memberikan jawapan untuk merebut hadiah berupa 4 keping tiket masuk Ke Zoo Melaka buat setiap pemenang.

Pn Bel Nawhen Titip Pesanan Buat Suami
Slot bersama jururawat bertauliah, Pn Bel Nawhen yang turut dikenali melalui media sosialnya sangat menarik! Berkongsi ilmu tentang topik Cara Uruskan Bayi Dalam Pantang, ternyata perkongsiannya amat mudah difahami.

E-Workshop Urus Newborn Baby A-Z Beri Ilmu Buat Bakal Ibu Ayah. Menarik!

IKLAN

Bukan sahaja cara pengurusan bayi, tetapi Pn Bel tetap berkongsi info tentang bagaimana suami boleh membantu isteri melalui proses berpantang. Selain itu, Pn Bel juga menjelaskan kepentingan untuk menjaga emosi ibu selepas bersalin. Memang best!

Issey Kongsi Pengalaman Teman Isteri Bersalin
Untuk slot bersama penyampai radio dan pelawak, Issey, dia telah berkongsi pengalaman menyambut cahaya matanya pada bulan Ogos yang lalu. Sempat berkongsi kisah bagaiman dia melihat pengorbanan isterinya melahirkan, Issey juga berkongsi caranya membantu menguruskan bayi.

E-Workshop Urus Newborn Baby A-Z Beri Ilmu Buat Bakal Ibu Ayah. Menarik!

Rata-rata peserta sangat mengagumi Issey dan mengatakan penyampai radio itu merupakan seorang suami yang sangat penyayang, romantik dan mengambil berat terntang isterinya. Biarpun slot bersama Issey tida lama, tetapi sangat memberi impak terutamanya kepada bakal ayah yang mengikuti e-workshop ini.

IKLAN

Peserta Bertuah Menang Hadiah!
Tibalah masa yang dinanti-nantikan. Slot cabutan bertuah menyaksikan empat orang pemenang bertuah memenagi pelbagai hadiah menarik dari Pa&Ma. Dua orang peserta telah memenangi produk kecantikan bernilai RM120 manakala seorang peserta telah memenangi pam susu elektrik.

Pemenang utama telah memenangi baucar percutian 2H1M di LEGOLAND® Hotel. Tahniah kepada peserta yang bertuah! Diharapkan dengan setiap perkongsian dari para panel dan selebriti jemputan ini dapat memberi manfaat kepada para peserta dan juga followers Pa&Ma. Teruskan menyokong aktiviti-aktiviti yang akan dianjurkan oleh Pa&Ma selepas ini.

Jom tonton sesi live e-workshop semalam bagi yang terlepas untuk mengikutinya;

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI