Tingkah laku bermasalah yang dilakukan oleh kanak-kanak adalah tingkah laku yang dianggap tidak sesuai yang mana boleh memberi kesan buruk kepada diri mereka sendiri dan juga orang lain.

Ekspektasi Ibu Bapa Yang Tinggi Antara 4 Punca Masalah Tingkah Laku Anak. Ikuti 3 Lagi Puncanya!

Antaranya ialah menjerit-jerit apabila marah, mencampak barang mainan, memukul kanak-kanak lain, menggigit rakan, mengejek rakan-rakan, mengasingkan diri dan pendiam.

Menurut Konsultan Pendidikan Awal Kanak-kanak, Dr. Mahani Razali, terdapat beberapa sebab kepada tingkah laku bermasalah dalam kalangan kanak-kanak.

IKLAN

Antara sebab tersebut adalah seperti berikut:-

IKLAN
  1. Ekspektasi ibu bapa yang tinggi. Kadangkala ibu bapa mengharapkan anak-anak menunjukkan tingkah laku yang diharapkan sedangkan anak-anak tidak boleh memenuhinya. Contoh: Ibu bapa mengharapkan anak-anak duduk diam dalam tempoh yang lama, atau bertingkahlaku seperti kanak-kanak yang lebih berusia.
  2. Kurang pengetahuan Kanak-kanak tidak tahu bagaimana untuk bertingkah laku dalam sesetengah situasi atau dalam situasi baru. Kadangkala tingkah laku yang ditunjukkan dianggap sebagai bermasalah. Contohnya: Kanak-kanak bermain dan berlari bersama rakan-rakan ketika menziarahi jiran di hospital.
  3. Kemahiran komunikasi Kanak-kanak belajar kemahiran sosial dan teknik berkomunikasi secara berkesan melalui interaksi dengan orang dewasa dan rakan-rakan. Kurangnya kemahiran komunikasi boleh menyebabkan kanak-kanak bertingkah laku tidak sesuai apabila berinteraksi dengan orang lain. Contohnya: Kanak-kanak melayan orang tua seperti mana mereka melayan rakan-rakan kerana kurangnya kemahiran berkomunikasi dengan orang tua.
  4. Pemahaman tentang kesan sesuatu tingkah laku Kanak-kanak tidak mengetahui dan perlu diberitahu tentang kesan daripada tingkah lakunya terhadap diri sendiri dan orang lain. Kadangkala kanak-kanak menunjukkan tingkah laku bermasalah kerana mereka tidak tahu kesan daripada perbuatan tersebut. Contohnya: Kanak-kanak mengetuk rakan dengan buku kerana tidak tahu perasaan dan kesakitan yang dialami oleh rakannya itu.

Ekspektasi Ibu Bapa Yang Tinggi Antara 4 Punca Masalah Tingkah Laku Anak. Ikuti 3 Lagi Puncanya!

IKLAN

Saksikan rancangan Pa&Ma setiap selasa di Astro Prima & Astro Maya HD pada pukul 12 tengah hari dan ulangannya 9 malam. Tajuk minggu ini Si Cilik Multi Lingual.

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI