Ketika kita meraikan anak-anak dan seluruh keluarga untuk berhari raya bersama-sama, jangan dilupakan soal kesihatan diri yang perlu kita dahulukan.

Walaupun pelbagai juadah tradisional dihidangkan bagi memeriahkan sambutan, sekali gus membuatkan kita cenderung untuk makan secara berlebihan, namun jangan diikutkan hati. Adalah penting untuk mengutamakan kesihatan dan kesejahteraan diri biarpun semasa meraikan Syawal.

Menurut Pakar Perunding Gastroenterologi dan Hepatologi di Pusat Perubatan Sunway, Bandar Sunway, Dr Lim Sim Yee turut menitipkan pesanan untuk sentiasa menjaga diri dan pemakanan sihat anak sepanjang musim perayaan ini. Jangan makan berlebihan.

“Makan berlebihan semasa raya boleh menyebabkan berat badan bertambah, terutamanya apabila mengambil lebih banyak kalori daripada yang dibakar. Ini boleh memberi kesan negatif kepada kesihatan bagi jangka masa panjang, misalnya peningkatan risiko obesiti serta penyakit berkaitan seperti diabetes dan penyakit jantung.

“Makan terlalu banyak atau mengambil hidangan yang mengandungi lemak dan gula yang tinggi juga boleh menyebabkan masalah penghadaman seperti senak perut, kembung perut dan sembelit,” kongsinya.

Elak Anak Makan Biskut & Snek Terlampau Banyak, Ini 7 Pilihan Berkhasiat Untuk Hari Raya Yang Sihat!

Malah Dr Lim menyarankan agar memilih makanan lebih sihat seperti hidangan yang dipanggang atau dibakar bagi menggantikan hidangan bergoreng atau mengandungi lemak tinggi.

Pilih juadah yang mengandungi protein tanpa lemak, bijian penuh dan perbanyakkan sayur-sayuran. Anda boleh juga mengawal saiz makanan dengan menggunakan pinggan yang lebih kecil atau mengambil kuantiti yang lebih sedikit bagi setiap hidangan. Makan dengan perlahan juga boleh membuatkan anda cepat kenyang selain dapat mengelakkan makan berlebihan.

Menguruskan pengambilan gula agak mencabar semasa musim perayaan kerana banyak juadah tradisional, minuman dan pencuci mulut mempunyai kandungan gula yang tinggi. Justeru, pilihlah air mineral atau minuman tanpa gula. Anda juga boleh membuat minuman sendiri dengan mencampurkan air kosong dengan hirisan buah-buahan dan herba. Buah-buahan segar boleh menggantikan keinginan terhadap makanan manis tanpa mengandungi gula tambahan.

Elak Anak Makan Biskut & Snek Terlampau Banyak, Ini 7 Pilihan Berkhasiat Untuk Hari Raya Yang Sihat!

IKLAN

“Anda juga boleh cuba membuat versi pencuci mulut tradisional yang lebih sihat dengan menggunakan pemanis semula jadi bagi menggantikan gula putih seperti kurma, madu dan sirap mapel. Kurangkan kandungan gula dalam resipi dan lebihkan pengambilan serat seperti bijirin atau buah-buahan,” kata Dr Lim.

Pilih snek anak, elak biskut terlalu banyak
Kanak-kanak juga cenderung untuk makan terlalu banyak biskut dan snek, serta minum minuman kordial dan berkarbonat semasa melawat keluarga dan rakan-rakan semasa musim perayaan. Menunjukkan contoh yang baik kepada anak-anak dengan memilih pemakanan sihat boleh membantu mereka membuat pilihan makanan yang betul.

“Tetapkan had berapa banyak makanan manis atau berkalori tinggi yang boleh dimakan oleh anak anda setiap hari semasa musim perayaan.

“Pupuk mereka untuk berkongsi makanan dengan keluarga dan rakan-rakan daripada memakannya sendirian, dan galakkan mereka mengambil bahagian dalam aktiviti fizikal seperti berjalan kaki atau berbasikal. Ini boleh membantu membakar lebihan kalori dan tenaga, dan secara tidak langsung menjurus kepada amalan gaya hidup sihat,” ulas Dr Lim lagi.

Dr Lim turut berkongsi beberapa petua untuk menyediakan hidangan tradisional yang lebih sihat.

Elak Anak Makan Biskut & Snek Terlampau Banyak, Ini 7 Pilihan Berkhasiat Untuk Hari Raya Yang Sihat!
Gambar hiasan.

Rendang
Gunakan potongan daging yang lebih nipis seperti dada ayam atau daging lembu tanpa lemak, dan kurangkan jumlah santan yang digunakan. Anda juga boleh memasukkan lebih banyak sayur-sayuran seperti lada benggala dan brokoli untuk menambah khasiatnya.

IKLAN

Ayam Masak Merah
Pilihlah dada ayam tanpa kulit untuk menggantikan paha ayam yang tinggi lemak, dan kurangkan jumlah minyak sewaktu memasak. Masukkan lebih banyak sayur-sayuran seperti lobak merah dan bayam untuk meningkatkan densiti nutriennya, dan gantikan garam dan gula dengan pilihan lebih sihat seperti herba dan rempah ratus bagi menambah rasa hidangan.

Kuah Kacang
Gunakan mentega kacang asli dan bukannya mentega kacang yang diproses kerana ia mungkin mengandungi garam dan gula tambahan. Kurangkan kandungan gula dan masukkan bahan-bahan lain yang kaya dengan khasiat seperti halia dan bawang putih untuk meningkatkan manfaat kesihatannya.

Sayur Lodeh
Kuah sayuran ini selalunya dimasak dengan pelbagai jenis sayur-sayuran termasuk kekacang, terung dan kubis. Ia adalah hidangan rendah kalori, padat dengan nutrien yang mengandungi serat tinggi serta antioksidan. Bagi menjadikannya lebih sihat, kurangkan jumlah santan atau pilih jenis rendah lemak.

Elak Anak Makan Biskut & Snek Terlampau Banyak, Ini 7 Pilihan Berkhasiat Untuk Hari Raya Yang Sihat!

Acar
Acar merupakan sayur jeruk yang sering disajikan sebagai hidangan sampingan. Ia merupakan hidangan rendah kalori, mengandungi serat yang tinggi dan kaya dengan vitamin dan mineral. Bagi menjadikannya lebih sihat, kurangkan jumlah garam dan gula.

IKLAN

Ketupat
Juadah yang dibuat daripada beras dan dibalut dengan daun kelapa ini membekalkan sumber tenaga yang baik untuk tubuh badan. Ia juga rendah lemak dan tidak mengandungi kolesterol. Walaupun ia merupakan pilihan yang sihat, anda boleh menjadikannya lebih sihat dengan menggandingkannya dengan lauk-lauk berasaskan sayuran.

Lemang
Pilih versi yang dibuat dengan beras perang bagi menggantikan beras putih kerana ia mengandungi lebih banyak serat dan nutrien. Anda juga boleh mengurangkan jumlah santan atau memilih jenis rendah lemak.

Menarik: Kena Marah Dengan Daddy Conteng Pintu Bilik Air, Ramai Terhibur Dengan Jawapan Fatima!

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

Biasa dah kita dengar orang memburu malam Lailatulqadar bila akhir bulan Ramadan ini kan? Tetapi kali ini nak kena dengar juga cerita keindahan malam Lailatulqadar yang di kongsikan oleh Mama Irma Hasmie dan adik-adik Bintang Kecil ni.

Apa sebenarnya malam Lailatulqadar dan apa perlu kita buat untuk 10 malam terakhir? Kenalah saksikan sampai habis 1001 Malam Istimewa diserikan oleh KARIHOME.

Pa&Ma

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI