Elakkan daripada membuat kesilapan ini dalam penjagaan tali pusat bayi baru lahir! Bukan mama sahaja, papa & ahli keluarga pun perlu tahu. Silap cara boleh akibatkan jangkitan kuman dan bernanah!

Fungsi plasenta ialah mengangkut oksigen dan nutrien daripada ibu kepada janin untuk membesar dan berkembang. Ia mula terbentuk daripada usia kehamilan 8 minggu. Apabila selesai proses kelahiran, plasenta akan dipotong kerana bayi tidak lagi memerlukan uri.

Elak Buat 8 Kesilapan Ini Dalam Penjagaan Tali Pusat Bayi Baru Lahir! Bukan Mama Sahaja, Papa & Ahli Keluarga Pun Perlu Tahu

LURUH DALAM MASA 3 HINGGA 10 HARI

Pusat yang terbentuk pada bayi adalah pangkal tali pusat yang telah dipotong semasa proses kelahiran. Tali pusat yang tertinggal pada bayi perlu dirawat supaya tidak berlaku jangkitan kuman. Pada kebiasaannya tali pusat ini akan tertanggal dengan sendirinya dalam masa 3 hingga 10 hari bergantung kepada tahap penjagaan. Sekiranya penjagaan yang dilakukan betul, maka lebih cepat ia tertanggal. Namun tempoh luruh ini juga berbeza bagi setiap bayi.

Jangkitan kuman lazimnya boleh melambatkan proses tertanggalnya tali pusat. Sepsis atau jangkitan kuman dalam darah adalah salah satu yang sering berlaku sekiranya penjagaan yang kurang bersih pada pusat bayi. Sepsis tidak boleh dipandang ringan kerana ia boleh menyebabkan kematian kepada bayi.

TANDA-TANDA TALI PUSAT YANG BERMASALAH

  • Timbul kemerah-merahan pada sekeliling pusat bayi.
  • Bau yang kurang menyenangkan.
  • Mengeluarkan nanah.
  • Bayi demam.

Oleh sebab itu, mama dan papa serta penjaga perlu melakukan langkah penjagaan yang betul untuk mengelakkan masalah pada tali pusat bayi. Segera mendapatkan rawatan sekiranya bayi menunjukkan tanda-tanda ini.

8 TIP PENJAGAAN TALI PUSAT BAYI

  1. Elakkan keadaan yang lembap pada tali pusat bayi. Ini kerana kelembapan adalah salah satu keadaan yang menggalakkan pembiakan bakteria dan kuman.
  2. Hindari penyapuan sebarang ubat-ubatan, bedak atau ramuan tradisional selain daripada yang dibekalkan oleh pihak hospital.
  3. Cucian yang kerap akan membantu mempercepatkan ia kering dan luruh. Anda boleh mencuci setiap kali ingin menukar lampin bayi iaitu setiap 3 hingga 4 jam sekali.
  4. Pastikan tangan anda bersih sebelum proses mencuci tali pusat. Tangan yang kotor meningkatkan risiko jangkitanm kuman.
  5. Elakkan menyentuh bahagian tali pusat bayi selepas dicuci.
  6. Jangan pakaikan barut terlalu ketat
  7. Jangan cabut tali pusat bayi kerana bimbang berlaku pendarahan. Biarkan ia tercabut sendiri.
  8. Pastikan tali pusat berada di luar semasa memakaikan lampin. In bertujuan untuk mengelakkan kelembapan dan jangkitan kuman yang berpunca daripada najis dan air kencing.

Elak Buat 8 Kesilapan Ini Dalam Penjagaan Tali Pusat Bayi Baru Lahir! Bukan Mama Sahaja, Papa & Ahli Keluarga Pun Perlu Tahu

PENJAGAAN TALI PUSAT DALAM MASA 24 JAM SELEPAS KELAHIRAN

Penjagaan tali pusat dalam masa 24 jam selepas kelahiran atau basah perlukan cucian daripada bahagian atas. Pastikan setiap kali sapuan memerlukan satu ketulan kapas yang dimulai daripada bahagian atas ke bawah dan berakhir pada cord clamp yang dipegang. Pastikan tangan anda bersih dan ketulan kapas juga mestilah bersih. Gunakan larutan yang dibekalkan oleh pihak hospital.

Elak Buat 8 Kesilapan Ini Dalam Penjagaan Tali Pusat Bayi Baru Lahir! Bukan Mama Sahaja, Papa & Ahli Keluarga Pun Perlu Tahu

PENJAGAAN TALI PUSAT KERING

Selalunya selepas beberapa hari, penghujung tali pusat bayi akan mula kering. Cara mencucinya juga berbeza di mana anda bleh memulakan daripada bawah/ pangkal tali pusat dahulu iaitu bahagian yang masih lembap. Kemudian sapuan perlu dilakukan daripada bawah ke atas daripada semua sudut. Sapuan kemudian perlu dilakukan pada bahagian atas dan diakhiri pada bahagian cord clamp.

Elak Buat 8 Kesilapan Ini Dalam Penjagaan Tali Pusat Bayi Baru Lahir! Bukan Mama Sahaja, Papa & Ahli Keluarga Pun Perlu Tahu

Perlu diingatkan bahawa setiap kali selepas cucian, anda ditegah daripada menyentuh bahagian tersebut lagi sehingga proses pencucian seterusnya. Elakkan membelek tali pusat dengan tangan kotor!

Apabila ingin memakaikan lampin kepada bayi, pastikan pusat tersebut berada di bahagian luar dan bukan bahagian dalam lampin. Ia bertujuan untuk mengelakkan kelembapan dan terkena najis/ air kencing yang boleh menyebabkan jangkitan kuman.

 

 

 

 

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI