Tidak hanya jangkitan virus Covid-19 itu sendiri begitu membahayakan kanak-kanak bahkan lebih buruk lagi kesannya selepas dijangkiti virus itu.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, kanak-kanak bawah 18 tahun yang dijangkiti COVID-19 boleh mengalami Multi System Inflammatory Syndrome in Children (MIS-C) iaitu keadaan kritikal yang boleh berlaku apabila terjadinya keradangan organ dalaman terutamanya jantung, paru-paru dan otak.

Malah kata beliau lagi, sejak Jun 2020 hingga Disember 2021, sebanyak 174 kes kanak-kanak bawah 18 tahun telah mengalami MIS-C akibat jangkitan COVID-19.

Elak Keradangan Organ, Kanak-Kanak Dijangkiti Covid-19 Perlu Ambil Vaksin!

“Sehingga kini, tujuh kes (4 peratus) kematian kanak-kanak telah disebabkan oleh MIS-C susulan jangkitan COVID-19.

“Kanak-kanak juga berisiko mendapat Long-COVID (sindrom COVID-19 selepas fasa akut jangkitan),” katanya dalam satu kenyataan perkembangan COVID-19.

Pecahan ini melibatkan kanak-kanak berusia bawah setahun 24 kes, 1 hingga bawah 5 tahun (38 kes), 5 hingga bawah 9 tahun (64 kes), 9 hingga bawah 12 tahun (36 kes) dan 12 tahun ke atas (11 kes).

Elak Keradangan Organ, Kanak-Kanak Dijangkiti Covid-19 Perlu Ambil Vaksin!

IKLAN

Maut akibat kesan serius
Bukan untuk menakutkan namun inilah hakikatnya. Tambah Dr Noor Hisham lagi, kumpulan kanak-kanak yang berisiko tinggi untuk mengalami jangkitan COVID-19 yang serius adalah golongan pesakit kanak-kanak yang mempunyai penyakit paru-paru kronik, penyakit jantung, lemah sistem imun badan, kencing manis, sedang menjalani rawatan menggunakan steroid (seperti pesakit autoimun dan transplan), kanser, asma dan obesiti.

Elak Keradangan Organ, Kanak-Kanak Dijangkiti Covid-19 Perlu Ambil Vaksin!

Memandangkan kanak-kanak kini merupakan golongan yang berisiko tinggi untuk dijangkiti COVID-19, beliau berkata antara kaedah utama bagi mengurangkan risiko berkenaan adalah dengan kawalan kendiri dan vaksinasi.

Elak Keradangan Organ, Kanak-Kanak Dijangkiti Covid-19 Perlu Ambil Vaksin!

Malah tambah Dr Noor Hisham lagi, vaksin COVID-19 Comirnaty(R) (Pfizer-BioNTech) telah diluluskan penggunaannya untuk kanak-kanak berumur lima hingga 11 tahun di Malaysia dan daripada kajian klinikal manakala keberkesanannya pula adalah sebanyak 91 peratus serta berupaya untuk meningkatkan tindak balas imun yang tinggi terhadap penyakit COVID-19.

IKLAN

Ini sekaligus dapat mengurangkan risiko penyakit COVID-19 yang serius.

Elak Keradangan Organ, Kanak-Kanak Dijangkiti Covid-19 Perlu Ambil Vaksin!

Terdahulu menurut kata beliau lagi, bermula awal Januari hingga pertengahan Februari 2022, bilangan kanak-kanak bawah 12 tahun yang dijangkiti COVID-19 adalah seramai 50,826 orang.

Hal ini mungkin disebabkan oleh penularan varian Omicron serta peningkatan pergerakan kanak-kanak dalam komuniti susulan pembukaan semula sesi persekolahan, pusat jagaan kanak-kanak dan bayi.

Menarik: Alhamdulillah Untuk Hadiah Paling Bermakna, Isteri Hamil, Fizo Omar Teruja Nak Timang Baby

IKLAN

Elak Keradangan Organ, Kanak-Kanak Dijangkiti Covid-19 Perlu Ambil Vaksin!

Buat mama papa yang mahu anak lancar bahasa Inggeris, jom sertai e-workshop Panduan Ajar Anak Pandai English, Mudah Sangat!

Bersama barisan panel berkredibiliti seperti Dr Azu, Dr Fie serta penampilan istimewa Dato Dr Sheikh Muzaphar. E-workshop ini PERCUMA dan anda berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah berupa baucer barangan bernilai hampir RM1000!

Daftar sekarang di https://toko.ideaktiv.com/product/panduan-ajar-anak-pandai-english/

 

Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

Sumber: Astro Awani

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI