Kehamilan

Elak Kuat Menangis Dan Bersedih Waktu Mengandung, Ada Kesan Buruk Kepada Bayi!

Share

Ibu yang sedang hamil, elak kuat menangis dan bersedih waktu mengandung ya kerana ada banyak kesan buruk kepada bayi dalam kandungan.

Waktu mengandung apa yang ibu makan dan minum akan diperolehi oleh bayi dalam rahim. Bukan itu sahaja, jangan lupa tentang emosi ibu sendiri. Ramai bakal ibu yang kadang kala terlupa bahawa emosi turut memainkan peranan penting terhadap tumbesaran bayi dalam kandungan.

Dengan kata lain emosi yang ibu rasakan sewaktu mengandung boleh memberi kesan kepada bayi. Itu antara sebab mengapa ramai selalu berpesan terutama terhadap bakal ibu yang sedang mengalami kedukaan agar jangan terlalu mengikut perasaan, ingat anak dalam kandungan.

Menurut kajian Psychological Science, janin berusia enam bulan boleh terpengaruh dengan emosi ibu dan kesannya dapat dilihat dalam jangka masa panjang iaitu selepas bayi dilahirkan.

Berikut ini antara kesan yang boleh berlaku ke atas bayi sekiranya emosi ibu kerap terganggu sepanjang hamil.

1. Kadang kala ibu hamil juga ada mengalami stres yang ringan sekali-sekala. Jangan risau, kerana ini tidak memberi kesan kepada bayi tetapi awas sekiranya ibu kerap mengalami stres teruk diikuti tekanan kerana kesan buruk akan terjadi kepada emosi bayi kelak.

2. Ibu yang terlalu kerap stres dan risau berlebihan mungkin akan melahirkan bayi yang mudah gelisah dan kolik yang akan membuatkan bayi berusia bawah tiga bulan menangis selama berjam-jam tanpa sebarang sebab dan sukar ditenangkan.

3. Tubuh ibu hamil yang stres akan menghasilkan hormon stres. Walaupun emosi ibu tidak melalui plasenta, tetapi hormon akan melaluinya. Jadi, bila ibu stres maka hormon stres yang diterima janin juga semakin banyak.

4. Kemurungan sewaktu hamil biasanya hampir sama dengan selepas bersalin. Dikatakan 10% ibu hamil mengalami tekanan tersebut tetapi yang perlu dipantau adalah kesannya kepada janin yang dikandung.

5. Bayi yang lahir daripada ibu yang mengalami tekanan semasa mengandung mempunyai risiko 1.5 kali ganda lebih besar untuk mengalami tekanan apabila mencecah usia 18 tahun dan boleh mengalami gangguan emosi seperti perilaku agresif.

6. Selain tekanan, ibu hamil yang ada menyimpan perasaan dendam atau benci terhadap seseorang turut boleh memberi kesan buruk kepada bayinya. Ibu yang tidak rapat dengan bayi dalam kandungan boleh menyebabkan anak mengalami gangguan emosi.

Ingatlah bakal ibu, apabila hamil bermakna anda perlu mengambil kira banyak perkara. Bukan hanya perlu jaga apa makanan dan minuman yang diambil tetapi emosi diri juga perlu dijaga. Elakkan daripada sering bersedih dan tertekan kerana ia memberi kesan besar terhadap emosi bayi yang bakal lahir.

IKLAN