Memang kalua mengelakkan makan minum manis itu penting bagi ibu yang mengalami diabetes masa hamil. Tapi itu baru 10%. Dietitian cadangkan buat 3 perkara ini juga baru boleh turunkan gula dalam darah lebih berkesan.
Pegawai dietetik Puan Fizah Sobri telah berkongsi tentang kencing manis di kalangan ibu hamil. Ramai yang beranggapan mengelakkan makanan & minuman manis sudah cukup untuk mengawal paras gula, sedangkan banyak lagi faktor lain yang perlu ditekankan.
Disamping itu, ada ibu yang bertindak tidak makan & minum untuk mengelakkan paras gula dalam darah meningkat. Ini adalah contoh cara kawalan salah yang perlu diperbetulkan. Berikut ialah perkongsian beliau;
IBU MENGANDUNG DENGAN KENCING MANIS ATAU GESTATIONAL DIABETES MELLITUS (GDM)
Penyakit ini tak sama dengan kencing manis dewasa biasa.Ia lebih bahaya. Komplikasi lebih teruk sebab ia bukan sahaja memberikan efek kepada ibu tetapi juga bayi yang dikandung.
Antara komplikasi kepada bayi ialah;
Bayi boleh lahir besar dengan berat lebih daripada 4kg dan ke atas. Keadaan ini pula boleh menyebabkan komplikasi sewaktu lahir.
Bayi boleh sangkut kepala ketika bersalin dan ini boleh menyebabkan baby lemas.
Bayi juga boleh sangkut di bahu dan menyebabkan kecederaan saraf di bahagian bahu (shoulder dystocia).
Bayi juga boleh meninggal akibat hypoglycemia (keadaan gula dalam darah yang terlalu rendah).
Bayi juga boleh meninggal dalam kandungan (intrauterine death).
TERLALU STRICT KAWAL DIET BERI KESAN NEGATIF KEPADA JANIN
Memang mommies takut bila kena GDM ni dan akibat ketakutan ni ramai yang terlalu strict dalam mengawal diet
“Sebab doktor / misi kata tak boleh makan banyak / makan nasi sebab nanti gula naik”
Mommies memang betul jika makan dengan cara tak betul gula akan naik, tapi terlalu sikit baby dan mommy juga tak akan cukup zat
Ads
” Saya dah elak dah makan minum manis tapi gula tetap naik jugak..”
Makanan yang perlu dielakkan kecuali bila HYPOGLYCEMIA (bacaan darah bawah 4.4mmol/l) adalah seperti gula, jem,kaya,minuman bermalt, cordial air, air bertin/berkotak,dan gula gula
ELAK MAKAN MINUM MANIS HANYA 10% SAHAJA, KENA BUAT 3 PERKARA INI JUGA
Menurut Fizah, tindakan ibu-ibu mengelakkan makanan dan minuman manis hanya akan memberikan kesan 10% sahaja dari pengawalan diet. Ibu-ibu perlu mengawal dan melakukan beberapa perkara ini untuk memastikan kencing manis terkawal. Maka mereka juga perlu
#1. Menjaga jadual makan
Ibu yang mengalami kencing manis semasa hamil perlu memastikan jadual makan teratur. Makan perlulah secara konsisten, pada masanya (on time), tidak boleh melangkau waktu makan (no skipping meals) dan jika perlu masukkan snack time bila yang sesuai.
#2. Mengawal jumlah makanan
Ibu juga perlu memastikan untuk mengambil semua macronutrient, karbohidrat, protein, lemak dan juga WAJIB ada serat setiap kali makan berat.
Fizah jugat melarang agar ibu yang mengalami kencing manis ketika hamil memakan sayur dan lauk sahaja.
Ads
Katanya karbohidrat perlu dipantau dan disukat kerana sebab ini yang menyebabkan kenaikan gula jika terlebih makan. “Tapi kalau TAK MAKAN mommies takde tenaga nanti dan akan pengsan.”
#3. Jenis makanan
Ibu perlu tahu jenis-jenis makanan yang boleh diambil bila-bila masa, dan ada ada yang perlu diawasi (jika ambil gula dalam darah boleh naik dengan tinggi dan mendadak, hanya boleh diambil jika hypo sahaja). Ada juga yang perlu dihadkan (makanan yang ada gula tapi tak rasa manis, boleh makan tapi kena kawal kuantiti)
Ada juga pertambahan zat-zat seperti melalui supplement zat besi, vitamin C, B complex, asid folik dan kalsium.
IBU GDM JANGAN SEWENANGNYA AMBIL SUPLEMEN
Fizah turut menerangkan tentang tindakan ibu-ibu yang mengambil suplemen untuk mengawal gula dalam darah sedangkan ia akhirnya boleh memudaratkan.
Dan ada juga bab mommies ambil susu ibu mengandung atau maternal milk formula.
TIADA SUPPLEMEN DI LUAR SANA YANG AKAN MENGAWAL KENAIKAN GULA DALAM DARAH
Pengawalan hanya datang dari cara mommy MENGAWAL DIET SAHAJA dan sama ada perlu atau tidak bantuan insulin.
Saya ulangi TIADA SUPPLEMEN YANG BOLEH MENGAWAL KENAIKAN GULA DALAM DARAH
Tolong jangan mudah percaya pada penjual supplemen.
Supplemen seperti namanya tujuan adalah untuk menambah zat yang tak cukup dari diet
BUKAN SEBAGAI UBAT/RAWATAN.
Jika mommies dapat ambil zat dengan cukup dari diet tak perlu pun supplement
Pokoknya nak jaga GDM perlu pengawalan diet yang betul
Secara amnya untuk elak pengambilan karbohidrat yang berlebihan atau terlalu kurang boleh amalkan tips berikut;
Pinggan yang kosong ambil 2 jenis sayur HIJAU dahulu.
Kemudian baru ambil sumber protein (lauk seperti ayam,ikan,daging,telur).
Akhir sekali baru sumber karbohidrat (seperti nasi, mee, meehoon, kuehteow, roti, biskut, oat)
Apabila disahkan mengandung, kebanyakan ibu dalam dilema sama ada mahu bercerai susu ataupun terus menyusu. Hal ini berlaku kesan daripada konflik yang dialami setelah mendapat nasihat daripada ahli keluarga, kawan-kawan mahupun doktor.
Pakar Laktasi, Rita Rahayu Omar menyatakan, setakat ini belum ada bukti yang mengesahkan kehamilan boleh memudaratkan kandungan. Namun, jika pernah keguguran berturut-turut, melahirkan bayi pramatang, hamil kembar dan menunjukkan tanda-tanda akan melahirkan lebih awal daripada tarikh jangkaan, anda perlu beri perhatian sewajarnya kerana oksitosin boleh merangsang kontraksi dan boleh menyebabkan kelahiran pramatang.
Golongan ibu yang perngah mengalami 4 keadaan sebegini dikategorikan sebagai berisiko. Oleh kerana itulah, ibu ini biasanya dinasihatkan untuk bercerai susu.
Walau bagaimanapun, kajian menunjukkan bahawa rahim tidak memahami ‘mesej’ daripada oksitosin untuk memulakan kontraksi sehinggalah kandungan berusia lebih kurang 24 minggu. Jadi, penyusuan sehingga kandungan berusia 20 minggu masih dianggap selamat untuk ibu yang berisiko.
Tak perlu bercerai susu mendadak
Oleh yang demikian, anda tidak perlu bercerai susu secara mendadak. Sekiranya bercadang meneruskan penyusuan susu ibu, anda perlu mengambil kira beberapa perkara penting iaitu sejarah perubatan, tahap keselesaan fizikal dan emosi; usia anak dan keperluan penyusuannya.
Dalam pada itu, penyusuan susu ibu sewaktu mengandung tidak akan menghalang janin mendapatkan zat makanan yang diperlukannya. Malah, tidak akan melemahkan tubuh anda juga. Sewaktu mengandung, amat penting untuk anda mengambil makanan berkhasiat, mendapatkan berat badan yang sesuai dan menikmati rehat secukupnya. Apabila anda memperoleh khasiat yang mencukupi, sepatutnya tiada masalah untuk anda membekalkan khasiat untuk kandungan dan anak yang disusukan.
Untuk pengetahuan, sewaktu mengandung, kebanyakan ibu akan mengalami masalah dalam penghasilan susu disebabkan oleh perubahan hormon. Malah, sewaktu trimester kedua, susu itu akan mula berubah menjadi kolostrum. Kuantiti dan rasa susu akan berubah secara mendadak. Oleh kerana itulah, kebanyakan anak akan bercerai susu dengan sendirinya setelah menganggap rasa susu berbeza daripada biasa.
Perlu diingat! Jika menyusukan bayi berumur kurang daripada enam bulan sewaktu mengandung, anda perlu memantau perkembangan dan pertambahan berat badannya. Bayi yang berumur enam bulan ke atas pula, biasanya akan berubah selera kepada makanan pejal memandangkan bekalan susu makin berkurangan.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Setiap pasangan yang berumah tangga pasti memasang niat untuk mempunyai zuriat sendiri. Boleh jadi cepat, boleh jadi lambat. Semuanya bergantung kepada rezeki. Jangan pernah kenal erti putus asa dan berhenti berusaha. Hasilnya pasti ada, sebagai manusia biasa banyakkan bersabar dan berdoa pada Allah SWT.
Bagi pasangan yang sedang berikhtiar untuk hamil, bolehlah anda cuba tip ini seperti yang dikongsikan oleh Pusat Rawatan As-Syifa An-Nur ini. Caranya tidak sukar, hanya memerlukan kesungguhan serta keyakinan untuk melakukannya.
Usai solat subuh, sama ada suami atau isteri dan lebih baik jika kedua-duanya sekali untuk membaca Bismillah 1 kali (dengan penuh penghayatan). Kemudian, berselawatlah kepada Nabi Muhammad SAW sebanyak 3 kali.
Kemudian anda sujud dan lafazkan kalimah syahadah sebanyak 101 kali dalam sujud itu. Mohonlah kepada Allah SWT apa yang anda inginkan. (Umpamanya: Ya Allah, kurniakanlah kepada hambamu ini zuriat atau anak yang soleh yang Engkau berkati di dunia dan di akhirat). Selesai berdoa, tutup dengan membaca selawat sebanyak 3 kali.
Amalkan cara ini selama 15 hari dan teruskan jika belum berhasil. Jangan menyerah atau berputus asa, kerana Allah tidak suka sikap begitu.
Sebelum ‘bersama’, suami bacalah zikir “Ya Mutakkabir” (Allah Yang Maha Memiliki Keagungan) sebanyak 11 kali. Si isteri pula hendaklah membaca “Ya Awwal” (Yang Tiada Permulaan Adanya) sebanyak 333 kali setiap hari. Isteri juga hendaklah membaca setiap hari “Ya Zaljalaali Wal Ikram”11 kali kemudian ditiupkan dalam air dan diminum.
Suami isteri boleh mengamalkan membaca surah Yusuf atau surah Maryam setiap hari. Amalkan dengan penuh harap agar dimakbulkan oleh Allah SWT akan zuriat yang baik dan sentiasa dirahmati Allah SWT.
Letakkan pengharapan yang paling tinggi semoga apa yang anda hajatkan mendapat perhatian dari Allah SWT. In sya Allah.
Semoga pasangan yang masih mencuba untuk hamil dapat mendapat sedikit pengisian dari perkongsian ini dan dapat mencubanya. Tidak salah berusaha, apatah lagi dengan mengutamakan serta mengingati Allah SWT dalam usaha mendapatkan anak. Jangan lupa, anda juga boleh mengamalkan makanan sunnah sebagai alternatif untuk cuba mengandung. Selamat mencuba!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Baru-baru ini isteri kepada penyanyi terkenal John Legend, Chrissy Teigen mengalami keguguran selepas dimasukkan ke hospital akibat pendarahan teruk.
Ekoran daripada itu, pelakon Puteri Sarah bagaikan terpanggil untuk berkongsi pengalaman mengalami keguguran dan mengandung di luar rahim ketika awal perkahwinannya dahulu.
Menurut Puteri Sarah, 34, dia terpaksa menjalani pembedahan ketika itu bagi menyelamatkan nyawanya daripada terkorban.
“Menyayat hati. Satu benda yang harus diketahui. Sarah pernah keguguran dulu sebelum mengandungkan anak pertama Syaikhul, masa itu tahun 2014.
“Ectopic pregnancy (kehamilan luar rahim), lagi menakutkan..sakit perut teruk nak pengsan dan nasib baik masa itu cepat pergi hospital.
“Apabila kena Ectopic pregnancy tak bedah cepat-cepat ibu boleh meninggal ya,” tulisnya menerusi Instagram Stories pada Jumaat lalu.
Menerusi perkongsian tersebut, Puteri Sarah turut memuat naik posting isteri penyanyi John Legend, Chrissy Teigen yang baru sahaja mengalami keguguran, baru-baru ini.
Tambah pemilik nama Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin ini, kejadian tersebut terjadi pada awal perkahwinannya bersama pelakon dan pengarah Syamsul Yusof.
“Dah la masa tu baru empat bulan berkahwin, masa kena itu banyak pendarahan dalaman.
“Kalau tak cepat-cepat, dah meninggal kut. Allah masih bagi peluang untuk hidup dan lahirkan Shaikhul dan Sumayyah, bersyukur masih hidup!” tulisnya lagi.
Puteri Sarah dan Syamsul berkahwin pada 8 Mac 2014. Hasil perkahwinan tersebut, pasangan ini dikurniakan dua orang cahaya mata Syaikhul Islam, 3, dan Sumayyah, 1.
EPISOD 7 PA&MA JOURNEY BERSAMA JOVIANINA: ANAK ENSIKLOPEDIA
Anak-anak zaman sekarang lebih advance dan suka mempelajari benda baru. Dengan teknologi terkini, anak-anak banyak belajar dari program TV dan internet. Ibu bapa perlu menjadi kreatif untuk bercerita pada anak-anak namun pastikan anda memantau setiap yang mereka pelajari.
Saksikan Episod ke 7, Pa&Ma Journey Bersama JoviaNina pada 7 Oktober 2020, jam 9 malam hanya di Astro Ria saluran 104/124.
Kisah benar seorang ibu tentang bagaimana karies botol menyebabkan semua gigi anaknya terpaksa dicabut melalui pembedahan. Ketahui punca, perjalanan emosi dan tips elak masalah sama.