Sebagai ibu bapa, pernah tak anda perhatikan gelagat si kecil apabila dia mula marah? Cara dia meluahkan marah? Adakah sama seperti anda ketika anda sedang marahkan si kecil?
Jika ia, ubahlah dari sekarang kerana sikap ibu bapa sebenarnya ditiru oleh anak-anak kecil dan mendatangkan kesan kepada otak serta perkembangan mereka. Ikuti perkongsian daripada doktor kanak-kanak ini.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Bila anak memanjat, melompat cepat je hulur gajet sebab nak bagi anak diam dan tak ganggu kerja. Ingat di usia setahun hingga empat tahun itulah bagus untuk anak aktif dan bergerak. Tapi bila ibu bapa tengok anak aktif, mereka akan suruh anak duduk diam dan bagi gajet sampai 2 3 jam tak bergerak.
Oleh itu, pilihan paling baik nak bagi anak duduk diam, buka TV, bagi iPad, bagi telefon.
“Nah! Ambil, duduk diam-diam, jangan bergerak.”
Di sebabkan ibu ayah sendiri yang menggalakkan, anak pun suka. Fokus bukan main lagi tengok cerita apa pun dalam gajet. Lepas tu leganya mak ayah rasa… aman dunia.
Menurut Liyana Raya (Terapis Cara Kerja), jika diikutkan mak ayah dah buat banyak salah bila ‘divert’ kan perhatian anak kepada gajet dan TV sebab runsing tengok anak-anak bergerak.
Dalam situasi ini, mak ayah kena tahu kenapa anak kita suka bergerak? Bila anak-anak ni bergerak, tahu tak sebenarnya mereka sedang meransang sistem keseimbangan (vestibular system), sistem otot & sendi (proprioceptive) serta pergerakan motor kasar (gross motor movement) untuk menjadikan mereka lebih fokus, merangsang kebolehan berfikir, membantu menstabilkan otot-otot yang terlibat dalam penulisan, serta membantu anak-anak menjana sistem visual yang membantu dalam proses penulisan dan copying di sekolah.
Pemahaman anak-anak terhadap pembelajaran akan lebih bagus sekiranya anak-anak bergerak. Dengan bergerak, anak-anak akan lebih bersedia untuk mengatur pergerakan dan penulisan dengan lebih tersusun.
Sebab itu saya tak menggalakkan sangat anak-anak usia setahun hingga empat tahun tu belajar dengan flashcards dan gajet sahaja.
Kita masa kecil pun mana ada mak ayah bagi duduk dan belajar sekitar usia tersebut. Lebihkan bergerak berbanding duduk dan belajar. Sistem visual, tactile, proprioceptive dan vestibular mereka kena banyak bagi exposure dan exploration berbanding sistem ‘duduk diam-diam’ yang mak ayah sekarang buat untuk anak-anak.
Kalau anda rasa rimas bila tengok anak-anak bergerak di rumah orang lain, kawal pergerakan anak-anak anda. Boleh hadkan seketika, boleh bagi gajet.Tetapi ingat, lepas tu kena ganti dengan bagi bergerak balik. Bawa ke taman permainan sama ada indoor ataupun outdoor. Di situ, bagilah dia orang bergerak dengan bebas. Taman permainan adalah tempat yang terbaik untuk membuat pergerakan bebas anak-anak anda.
Jadi, jangan ingat kalau anak duduk diam tu, banyak yang mereka belajar. Sebenarnya mereka tak belajar apa pun. Sistem dalam badan tak diransang juga. Bagi gajet tak salah, tapi mcm mana kita seimbangkan dengan pemberian ransangan badan, itu yang penting.
Bemain ialah fitrah kanak-kanak. Menerusi bermain anak mudah faham & ingat. Manakala pengulangan pula bantu perkembangan sel otak.
Menurut Puan Noor Afidah Abu Bakar, konsultan keibubapaan dengan bermain anak 20 kali ganda lebih mudah faham. Jadi ibu bapa jangan rimas kalau anak buat perkara sama berulang kali, itu tanda sel otak sedang berhubung.
Beliau menampilkan kajian yang dilakukan oleh saintis di mana pengulangan menerusi bermain jauh lebih berkesan kepada kanak-kanak!
KANAK-KANAK BELAJAR LEBIH EFEKTIF DENGAN PENGULANGAN
Secara umumnya kita sudah pun tahu bahawa kanak-kanak belajar dengan efektif apabila sesuatu pembelajaran itu berlaku secara berulang-ulang. Contohnya
Tingkah laku yang positif juga boleh dipupuk jika dilatih dan diamalkan secara berulang-ulang.
BANTU BINA PERHUBUNGAN NEURON DALAM OTAK
Pengulangan atau ‘repetition’ ini sangat penting untuk proses pembelajaran kerana pengulangan inilah yang membina perhubungan neuron dalam otak. Perhubungan neuron ini diperkukuhkan lagi apabila pengulangan berlaku.
DENGAN BERMAIN, TAK PERLU ULANG BANYAK KALI UNTUK INGAT
Walau bagaimanapun, kajian mendapati bahawa BERMAIN tidak memerlukan pengulangan yang banyak bagi mewujudkan perhubungan neuron.
Ini kerana bermain itu sendiri adalah kaedah pembelajaran yang SANGAT EFEKTIF bagi kanak-kanak. Kanak-kanak mempelajari pelbagai perkara melalui bermain, walaupun mereka kelihatan releks dan santai, kerana itulah tugas hakiki mereka.
PAKSA DUDUK DIAM BERTENTANG DENGAN PROSES PEMBELAJARAN
Memaksa kanak-kanak untuk duduk diam di meja pada satu jangkamasa yang lama tanpa sebarang pergerakan atau penerokaan adalah ‘counter productive’ bagi proses pembelajaran.
Ini merupakan satu penderaan intelektual kerana ia melawan fitrah semulajadi kanak-kanak.
Bandingkan 400 pengulangan dan 20.
Bezanya sungguh banyak.
Amirul kelihatan normal seperti kanak-kanak lain di sekolahnya. Walau bagaimanapun, Amirul agak sukar memberikan tumpuan kepada pengajaran guru di kelas dan sering kelihatan seperti di dunianya sendiri. Kelakuannya semakin menjadi-jadi jika tiada sebarang pemantauan dilakukan terutamanya pada waktu rehat.
Dia akan memanjat di sana-sini, melompat-lompat dan sering mengganggu rakan-rakannya yang lain. Guru-guru di sekolahnya seolah-olah tidak mampu lagi untuk mengawal kelakuan dan tindakannya itu kerana sebarang teguran seolah-olah ‘masuk ke telinga kanan, keluar ke telinga kiri.’
Sebagai ibu bapa atau penjaga, pernahkah anda mengalami situasi seperti ini? Mungkin anda pernah melihat anak saudara atau sepupu anda berkelakuan seperti berikut? Anda mesti menganggap bahawa mereka adalah seorang kanak-kanak yang nakal dan tidak mendengar kata. Mungkin juga anda ada memeriksa sekiranya kanak-kanak tersebut mempunyai dua pusar rambut di kepalanya. Nanti dulu, jangan mudah menjatuhkan hukum sebelum anda menilai dan mengenal pasti berkenaan keadaan sebenar kanak-kanak tersebut. Kesemua tindakan tersebut mungkin merupakan antara tanda-tanda ADHD.
Apa itu ADHD?
ADHD merupakan singkatan bagi attention deficit hyperactivity disorder. Ia merupakan satu keadaan perubatan yang sering terjadi dalam kalangan kanak-kanak, di mana mereka mempunyai perbezaan dalam perkembangan dan aktiviti otak berbanding kanak-kanak lain. Mereka sering mempunyai masalah dalam memberikan tumpuan, duduk diam, dan kawalan diri. Sebab itulah mengapa anda kadangkala boleh melihat, sesetengah kanak-kanak ini menjadi sangat hiperaktif berbanding kanak-kanak lain. ADHD turut berkembang walaupun seseorang individu itu telah meningkat dewasa.
Mitos berkaitan ADHD
Terdapat beberapa tanggapan buruk atau mitos yang sering berlegar berkenaan kanak-kanak yang mengalami ADHD. Mitos-mitos ini berkemungkinan wujud akibat ketidakpedulian, atau perasaan mudah untuk membuat kesimpulan awal tanpa memahami apakah keadaan sebenar ADHD tersebut. Berikut merupakan antara mitos yang sering diperkatakan berkenaan kanak-kanak ADHD.
Mitos 1: Kaedah keibubapaan yang lemah penyebab ADHD
Ramai yang menganggap bahawa kanak-kanak yang hiperaktif ini sebagai seorang yang kurang sopan dan tidak berdisiplin. Ini sekali gus memberi tanggapan bahawa ibu bapanya tidak mendidiknya dengan baik. Ini ternyata tidak benar kerana mereka tidak menyedari bahawa kelakuan tersebut merupakan tanda-tanda yang berkaitan dengan masalah perubatan, bukannya disebabkan asuhan yang teruk.
Mitos 2: Kanak-kanak penghidap ADHD adalah seorang yang malas
Untuk pengetahuan anda, kanak-kanak atau individu penghidap ADHD sebenarnya ingin menyelesaikan sesuatu tugasan. Akan tetapi, mereka perlu bergelut untuk menyiapkan sesuatu tugasan yang mungkin kelihatan mudah pada pandangan orang lain. Mereka perlu dibimbing dan sentiasa diberi peringatan bagi menyelesaikan kerja terutamanya bagi tugasan yang memerlukan usaha mental yang berterusan.
Memandangkan penghidap ADHD akan sentiasa bergelut dengan keadaan seperti mudah hilang minat, tidak teratur, kurang bermotivasi dan mudah hilang fokus, ini yang menjadikan mereka kelihatan dan disalah anggap seperti seorang yang malas.
Mitos 3: ADHD bukanlah satu masalah yang serius
Mitos atau tanggapan seperti ini bukan sahaja menyelubungi penghidap ADHD, malah ia turut memberikan tanggapan negatif terhadap individu yang mengalami kemurungan, keresahan dan pelbagai masalah berkaitan kesejahteraan mental yang lain. Untuk pengetahuan anda, penghidap ADHD cenderung untuk mengalami keresahan dan keadaan seperti ini boleh memberikan kesan yang serius terhadap kualiti keseluruhan kehidupan seseorang individu.
Kajian turut menyokong bahawa bahagian otak penghidap ADHD memberikan kesan yang berbeza terhadap “fungsi eksekutif” otak seperti merancang, mengatur, atau memulakan tugasan berbanding bukan penghidap ADHD. Kajian juga telah menunjukkan bahawa ADHD adalah sejenis masalah atau penyakit keturunan dengan 1 daripada 4 individu yang menghidap ADHD, memiliki ibu atau bapa yang turut menghidap ADHD.
Mitos 4: Hanya kanak-kanak lelaki yang menghidap ADHD
Walaupun kajian menunjukkan bahawa kanak-kanak lelaki mempunyai kelaziman melebihi dua kali ganda untuk menghidap ADHD berbanding budak perempuan, ini tidak bermakna bahawa kanak-kanak perempuan tidak berpotensi menghidap ADHD. Budak perempuan yang menghidap ADHD mungkin tidak kelihatan terlalu aktif atau menunjukkan kelakuan yang kurang senang berbanding kanak-kanak lelaki. Mereka lebih gemar untuk mengelamun atau berangan-angan, dan oleh sebab itu mereka cenderung untuk diabaikan dan kekal tidak didiagnosis.
Kanak-kanak atau individu yang mempunyai ADHD sering disalah anggap dengan pelbagai tanggapan negatif. Masalah yang mereka alami cenderung untuk diabaikan disebabkan ramai yang menganggapnya sebagai sesuatu yang tidak serius untuk diberikan tumpuan. Lebih malang lagi jika tanggapan-tanggapan tersebut akhirnya menyebabkan seseorang kanak-kanak itu hilang keyakinan diri.
Bagi ibu bapa, penjaga, atau guru, pastikan anda mengenal pasti dengan lebih jelas terlebih dahulu apa yang menyebabkan seseorang kanak-kanak itu bertindak sedikit berbeza berbanding kanak-kanak lain. Kanak-kanak seperti Amirul juga berhak untuk menikmati kehidupannya tanpa terkesan dengan tanggapan negatif di sekeliling.