Sejak PKP, tong sampah kat dapur cepat sangat penuh. Mana taknya dari pagi sampai ke malam mama terpaksa jadi chef profesional cuba pelbagai resipi. Jadi sampah pun berganda sikit daripada kebiasaannya.
Bukan itu je, telur juga antara yang paling laku. Beli sepapan yang 30 biji tak sampai seminggu boleh habis. Sarang telur tu pun dah bertimbun. Kadang bila dah serabut sangat melihatnya mama akan buang je kan.
Tapi kali ini apa kata cuba jadikannya alas tong sampah untuk serap air sampah dan secara tak langsung tong pun akan kering.
Menerusi perkongsian daripada Nur Husna Shaikun melalui Group #kemasrumahwithhani tentang tip dan kegunaan sarang telur untuk elakkan sisa makanan berbau busuk dan berair.
Projek sarang telur untuk alas tong sampah. Dapat idea dalam group ni juga.
Senang je nak buat ni;
Ads
Ambik sarung telur terpakai dan ukur pada bahagian bawah tong sampah.
Potong bagi muat-muat dengan saiz tong sampah anda ya.
Masukkan plastik sampah dan lapik pula dengan sarung telur yang sudah dipotong tadi.
**Fungsinya bagi serap air dan bau…
Ads
Menjengah di ruangan komen pula, warganet turut menggunakan cara yang sama bagi mengelak sisa sampah di dalam rumah berair dan berbau selain memberi tip lain yang berguna.
Tinggal lagi 6 hari sahaja webinar Mama Tak Penat Susukan Anak akan berlangsung. Tahniah & terima kasih admin ucapkan kepada 1000 orang yang sudah mendaftar sebagai peserta webinar terbesar ini. Mohon semua peserta untuk join Telegram Group Mama Tak Penat Susukan Anak di https://t.me/joinchat/a_u8xHQS-09mZDA1 kerana kita akan update segala info, itinerary webinar, pemenang cabutan bertuah, cara nak menang hadiah kuiz semasa webinar. Jadi penting ya untuk semua peserta join Telegram webinar.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ya kita bukan superhero hingga semua perkara kita hendak ambil kisah. Anak tertumpahkan air, berebut remote televisyen dan sebagainya bukan hal besar untuk kita fikirkan hingga buat kita tertekan.
Benda remeh biarkan sahaja, tenangkan diri dan uruskanlah jadual anda sebaiknya. Kawal emosi diri agar tenang berhadapan dengan anak. Inilah yang sebaiknya. Jika penat, berikan waktu untuk berehat sebentar. Tip yang dikongsikan oleh Dr Rozanizam Zakaria ini mak ayah boleh aplikasikan agar hati lebih tenang dan paling penting jangan tertekan dalam menguruskan anak-anak di rumah.
15 TIPS HADAPI TEKANAN BAGI IBU BAPA
Tekanan emosi dan perasaan dalam mendidik anak adalah sebahagian dari pakej yang datang dengan status menjadi seorang ibu atau bapa. Mari bersikap jujur dengan diri sendiri.
Kita bukan Superhero! Menguruskan urusan diri sendiri, keluarga, kerjaya dan anak-anak dalam masa yang sama adalah sumber tekanan yang datang hampir setiap hari. Kalau tidak betul gaya menguruskan tekanan ini, kita mungkin akan tersilap langkah.
Saya kongsikan 15 tips ini untuk panduan bersama.
1. TANGGUHKAN REAKSI ANDA
Tidak kita seteruk mana pun masalah yang ditimbulkan oleh anak anda, jangan terus bertindak. Tindakan serta merta anda, selalunya didorong oleh emosi (baca: Amygdala Hijack). Selalunya kesilapan dalam bertindak berlaku sewaktu kita impulsif, bertindak melulu tanda memikirkan kesan. Jadi berhenti sejenak, fikir dengan otak rasional, bukan otak emosi. Kemudian baru tentukan tindakan anda dalam situasi tersebut.
2. BELAJAR TEKNIK RELAKSASI
Macam-macam teknik anda boleh pelajari dari buku, alam maya mahupun professional. Tak semestinya yang terlalu rumit. Teknik pernafasan dalam (deep breathing technique – sedut-tahan-hembus dengan kiraan dan kitaran teratur), teknik distraction dan sebagainya sudah cukup berkesan dengan syarat di lakukan dengan betul dan konsisten.
3. PERBETULKAN FOKUS ANDA
Kita mudah terkesan dengan perkara yang kecil dan remeh seperti anak tumpahkan air, anak hilang jadual, anak berebut remote televisyen sehingga kita lupa fokus yang lebih besar. Pilih pertarungan anda. Jangan sampai isu kecil seperti air tumpah menjadi luka besar pada emosi anda dan anak-anak yang kekal sampai bertahun. Fikirkan apa yang anda ingin capai dalam situasi itu. Tugas anda mendidik dan bukan mengherdik. Ada masa diam dan tunjuk cara penyelesaian lebih berkesan dari membebel berjam sambil menyumpah seranah.
4. FIKIR PANJANG
Orang putih kata, begin with end in mind. Bila ingin berbuat sesuatu kepada anak atau diri sendiri, fikirkan apakah kesan jangka masa panjang tindakan kita. Apa yang kita ingin capai dari situasi ini. Kita mungkin puas hati seketika dapat kepas geram dengan memukul anak, tapi kesannya pada anak mungkin sampai bila-bila.
5. CARI HARI HUJUNG MINGGU UNTUK ANDA
Anda juga perlu cuti rehat dari jadi ibu bapa. Bila kali terakhir anda bercuti berdua dengan pasangan? Kalau rumahtangga dan anak-anak kelam kabut tak tahu punca, mungkin sebenarnya ia signal minta anda mohon cuti. Parkirkan anak di rumah ibubapa, ganjarkan diri anda dengan percutian seketika.
6. CARI HOBI/ AKTIVITI SOSIAL
Jangan ingat hobi dan bersosial hanya layak untuk orang bujang. Cari semula minat yang anda telah tinggalkan dek kesibukan menjadi ibu bapa. Jangan pencen awal dari main bola, membakar kek, menjahit manik, melukis, berkebun atau apa juga hobi yang membantu anda rehat dan rawat enjin anda.
7. URUS MASA
Bangun lambat, kerja tak siap, anak lewat ke sekolah, kerja sekolah anak tak siap – bahan asas yang cukup sempura untuk memulakan hari dengan keadaan tertekan. Susun semula prioriti kehidupan. Senaraikan apa yang perlu di buat sekarang, kemudian dan akan datang mengikut ketetapan yang realistik. Kaji penggunaan masa anda. Buang tabiat membuang masa – layan internet tanpa tujuan, bersembang tak bertopik atau drama yang bersiri-siri.
8. CARI KAWAN
Jangan ingat berkawan maksudnya ‘tak ingat anak bini’. Kawan ada ruang khas dalam hidup. Ia membantu menampung kelompongan yang ada dalam jiwa. Jangan duduk dalam gua dan berharap kita akan hidup gembira.
9. BERKONGSI
Setiap ibu bapa ada pengalaman tersendiri. Kongsi masalah anda, kongsi kejayaan anda. Belajar antara satu sama lain membantu membesarkan lensa kita dalam melihat cabaran mendidik anak-anak.
10. UBAH CARA FIKIR
Cara fikir kita menentukan emosi dan reaksi kita. Kalau kita rigid dan negatif dalam berfikir, emosi dan tindakan yang datang juga akan negatif. Contohnya anak buat salah, kalau kita fikir “kenapalah anak aku ni tak faham-faham!” – sudah tentu emosi yang akan terbit juga sama rasanya. Adakalanya kita berhenti dan ubah cara fikir “adalah tu yang tak kena, mungkin dia penat agaknya”. Emosi dan tindakan kita sudah tentu berbeza.
11. JANGAN LUPA TUHAN
Anak adalah amanah Allah. Allah jualah yang sumber kekuatan kita semua. Lebih dekat dengan pencipta, lebih dekat yang dicipta pada kita.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Mana-mana anak kecil pastinya tidak selesa dan mula menangis bila mana berada bersama orang yang asing, yang jarang bersama mereka.
Penampilan seorang bapa yang tiba-tiba merubah penampilan pada wajah dan memotong rambut panjangnya buat anak-anak mula menangis kerana tidak mengenali bapanya.
Dua beradik ini pada mulanya curiga dan tidak mengenali wajah dan penampilan baru ayah mereka mula rasa tidak selesa dan terus menangis menarik perhatian ramai.
Seorang pengguna Tik Tok, @pojie_husny yang juga bapa kepada dua beranak ini turut memuat naik videonya ketika proses memotong rambut.
“Lima tahun tak pernah potong rambut.
“Anak-anak dah tak kenal ayah sendiri…haha jem,” tulisnya berkongsi.
Apa yang menarik perhatian, dua beradik itu juga rupanya turut di bawa ke kedai gunting rambut supaya melihat sendiri perbezaan ayah mereka namun berubah muka keduanya sebaik rambut ayah mereka dipotong pendek.
“Masalah nya dah bawak, lepas gunting depan dia terus muka lain. Cari ayah dia, jeng terus,” katanya lagi.
Apa yang menarik perhatian bukan hanya aksi comel dua beradik ini bahkan juga wajah bapa yang kelihatan amat berbeza turut mendapat perhatian ramai.
Dari watak ganas dengan rambut yang panjang bertukar menjadi kacak. Begitu kongsi wargamaya.
Setiap orang ada kebaikan. Setiap orang juga ada keburukan. Tak ada siapa dalam dunia ni sempurna.
Kalau kita boleh terima ni, kenapa kita nak harap anak-anak kecil kita tu jadi sempurna? Langsung tak realistik, kan!
Macam mana yang realistik?
Kita cari kebaikan anak. Dan bantu bimbing kekurangan.
Tak payah nak compare anak kita dengan anak-anak orang. OK?
Anak ni rupanya tak automatik jadi baik. Lincah dan nakal tu semulajadi tingkah laku mereka. Sebab mereka tak tau apa baik dan apa buruk. Kita mak ayah ni la rupanya yang perlu motivasikan anak jadi baik.
Untuk motivasikan anak untuk jadi baik, kita perlu buat mereka rasa diterima, didengari, diperlukan, bernilai dan jadikan mereka rasa mereka sebahagian dari ahli keluarga. Bukan individu yang berasingan.
Bila mereka luah perasaan, letak tepi barang yang kita pegang. Pandang matanya.
Bila kita buat kerja rumah, beri sekali tugas kepada mereka.
Bila mereka memerlukan, kita hadiahkan pelukan.
Biar mereka tau, sumber kasih sayang ada dalam rumah. Tak perlu nak cari di sekolah. Atau menagih pada orang yang salah.
Kalau ada perangai anak yang kita tak senang, reflek semula diri kita. Adakah kita yang jadi penghalang anak untuk jadi baik?
Adakah kita hargai bila mereka berbuat baik? Atau adakah kita hanya nampak mereka bila mereka buat salah?
Kalau kita rasa anak kita nakal, tangkaplah mereka waktu mereka buat baik. Anak nakal sebenarnya lagi perlu banyak dipeluk dan dipuji.
Pemilihan makanan sebelum bersalin sangat penting untuk membekalkan tenaga, mengelakkan keletihan dan membantu ibu melalui proses kelahiran dengan lebih selamat.